Halaman

Rabu, 12 Januari 2011

REMEH-TEMEH TENTANG ZAKAT








Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.


Masyarakat umum seing keliru bagaimana hendak mengeluarkan zakat? Bila perlu dikeluarkan? Kalau dah bayar cukai pendapatan, apakah perlu mengeluarkan zakat kepada keluarga sendiri yang fakir miskin? Bolehkah amaun minimum duit dalam bank yang perlu dikeluarkan zakat? Berapa yang perlu dikeluarkan? Bagaimana pula emas yang dipakai hingga ke siku?

Ini sebahagian persoalan yang sering menerobos minda masyarakat umum. Soalan itu nampak remeh-temeh tetapi ramai yang tidak pasti jawapannya secara tepat.

Jumaat, 7 Januari 2011

KEKELIRUAN YANG BIASA DI ALAMI MUSLIMAH



Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.  Ingin saya kongsikan sebuah buku yang beli tahun lepas iaitu buku "80 Kekeliruan Wanita Islam". Buku ini menjelaskan tentang kekeliruan yan sering dilakukan oleh wanita Islam. Sesungguhnya hidup ini amat singkat. Di akhirat kita diminta bertanggungjawabkan setiap perlakuan yang dilakukan bertentangan dengan ajaran Islam bagi memperolehi kebahagian di akhirat. Pendek kata, kehidupan di dunia adalah tabungan untuk akhirat. Tanggungjawab di akhirat akan menjadi lebih ringan jika kita menjauhi kekeliruan tersebut satu demi satu.