Halaman

Khamis, 24 Februari 2011

DOA PENDAMAIAN




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Dalam hidup kita sehari-harian. Pelbagai rintangan dan dugaan kita lalui. Kali ini DOA PENDAMAIAN adalah antara doa yang boleh kita amalkan dalam hidup seharian. 



Allahumma ashlih dzaata baininaa, wa allif baina quluubinaa wa azwaajinaa wa dzurriyyaatina watub 'alainaa innaka antat tawwaabur 'rahim, waj'alnaa syaakiriina lini'matika, mustsniina biha qaabiliina lahaa wa atimmahaa 'alainaa

"Ya Allah! Berilah kesejahteran kepada perantara kami mesrakanlah antara hati kami, keluarga dan antara adik beradik kami, Berikanlah kami taubat dan ampun, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Taubat, Maha Pemurah. Jadikanlah kami senantiasa bersyukur atas kurnia-Mu, senantiasa memuji, menerima dan sempurnakanlah kurniaan-Mu itu bagi kami."



Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah


Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Rabu, 23 Februari 2011

HIDUP KITA HANYA ADA 3 HARI DAN 2 NAFAS





Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.



"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam  sudah menjadi sejarah.
Hari Ini  apa yang sedang Kita lakukan.
Esok  hari yang belum pasti.
Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

Selasa, 22 Februari 2011

DOA APABILA ISTERI MARAH




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. 
Doa hari ini amat istimewa. Doa apabila isteri marah. Isteri juga kadang kala marah tak tentu hala. Jadi untuk memenangkan perasaan si isteri. Suami boleh baca doa ini. Ia juga boleh dibaca kedua-dua suami isteri . Insya'allah



Allahumma Rabba Muhammadin Ighfirlii wa adzhib ghaizha qalbii wa ajirnii min mudhillaaatil' fitani

"Ya Allah Ya Tuhan Muhammad! Ampunilah segala dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan dan lindungi aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan."



Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah



Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Isnin, 21 Februari 2011

DOA MOHON DILINDUNGI DARI MUSIBAH




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Kali ini doa yang ingin saya kongsikan bersama ialah DOA  MOHON DILINDUNGI DARI MUSIBAH




Allahumma inni a'uudzu bika min munkaraatil akhlaaqi,
wal  'a'maali, wal 'ahwaa-i wal  wal 'adwaa-i

"Ya Allah! Aku memohon perlindungan dari segala tingkah laku yang tidak baik, dari segala tindak perbuatan yang tidak baik, dari segala nafsu yang tidak baik, dari  segala macam penyakit yang berbahaya."



Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah


Wallahualam bi shawab

bacaan harianku

Ahad, 20 Februari 2011

TIP MUDAH RUMAH TANGGA BAHAGIA









Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.Bagi merealisasikan kehidupan rumah tangga mengikut kehendak Allah disenaraikan di sini beberapa tip yang boleh dipraktikkan.

Punca isteri hilang hormat pada suami











Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Hari ini sayaingin kongsikan satu artikel yang sesuai untuk pasangan suani isteri mahupun yang bakal menempuh alam rumah tangga. Artikel ini saya dapat dalam inbox emel saya. 

Selamat membaca... 


Khamis, 17 Februari 2011

MATA TUGASMU BESAR






Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Sebentar tadi saya telah mendengat ceramah di Radio Perak.fm di dalam kereta perlajanan  ke Tapah atas urusan kerja. Ceramahnya amat menarik mengenai sunnah Rasulullah. Antara yang menarik minat saya mengenai mata. Dalam ceramah tersebut menceritakan Rasulullah menegur seorang hamba Allah selepas melihat beliau solat. Rasulullah menyuruh beliau solat sekali lagi. Setelah selesai beliau solat, Rasulullah menyuruh sekali lagi beliau solat semula. Kemudian selesailah solat  tersebut. Sekali lagi Rasulullah menuruh beliau solat sekali lagi. Dengan rasa ingin tahu apa silapnya yang Rasulullah menyuruh beliau solat beberapa kali, beliau pon bertanya,