Halaman

Selasa, 26 April 2011

Perkara Haram Dalam Perniagaan




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Saya terbaca satu artikel yang menarik dan amat sesuai untuk semua lapiisan masyarakat baca dan memahaminya. AArtikel ini dari copy & paste dari http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/perkara-haram-dalam-perniagaan untuk dikongsikan bersama.


Oleh: Abdul Muhaimin Mahmood

Penolong Pengarah
Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim
 
Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
 
Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.

Selasa, 19 April 2011

PESTA BUKU DAH NAK DEKAT








Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. 
Pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur yang akan diadakan di PWTC bestnya. Rasa tak sabar nak ke sana. Harap-harap dapat pergi pesta buku kali ini. Selain daripada itu dapat juga lah membeli menarik, murah dan unik nanti. 
Jangan lepaskan peluang pergi pesta buku nanti ye? 


Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah


Wallahualam bi shawab


http://www.klibf.com.my/src/



bacaan harianku

Rabu, 13 April 2011

UMRAH







Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Lama rasanya tak menulis di blog ini. Saya menyepi kerana telah pergi mengunjungi Baitullah menjadi tetamu-Nya baru-baru ini menunaikan ibadah umrah. Syukur alhamdulillah akhirnya sampai juga dan dijemput juga menjadi tetamu-Nya. Tiada perkataan yang dapat digambarkan selain bersyukur ke atas hadrat-Nya dengan peluang yang diberikan menjejaki hati ke sana.


Fazi ingin kongsikan bersama apa itu maksudnya umrah. 

Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.

Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.

Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).

Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:

Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".

Niat Ihram, Tawaf dan Sa'i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.

Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji iaitu bulan Zulhijjah sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9,10,11,12 dimana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.

Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.

Oklah sampai sini dulu entry untuk kali ini, insya'allah kita sambung lagi cerita UMRAH. 


Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah


Wallahualam bi shawab



bacaan harianku