Halaman

Jumaat, 24 Februari 2012

CANTIK LUAR, CANTIK DALAM : AURAT






Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.  Lama sungguh tak update blog ni. Banyak idea yang ingin dicoretkan dalam blog ni. Di dalam dunia IT sekarang. Kita boleh dapat ilmu dengan pantas dan banyak perkara yang kita tidak tahu, kita boleh tahu dengan mudah kerana penyebaran ilmu yang amat mudah serta ia mudah persebar dengan cepat sekali. Sekarang sudah ramai muslimah kita mendapat kesedaran mengenai menutup aurat. Bagaimana ingin menutup aurat. Pelbagai jenis tudung, seledang dan pakaian yang indah untuk mengajak dan menyeru muslimah kita bertudung.  Alhamdulillah ramai yang sudah bertudung. Bertudung????  Bertudung tapi memakai baju yang nipis, jarang, singkat, ketat. Adakah itu sudah memenuhi syarat dalam hukum agama Islam bagi wanita Islam menutup aurat dengan sempurna.