Halaman

Sabtu, 23 Februari 2013

SERU DENGAN PENUH HIKMAH





Assalamualaikum 



Tersebutlah sebuah kisah di antara dua cucu Rasulullah, Saidina Hassan dan Hussin…

Alkisahnya begini, di suatu ketika, dua orang cucu Rasulullah yang amat tersohor lagi terbilang itu mengambil wudhu’ bersama-sama di suatu tempat. Ketika itu mereka masih kecil. Tiba-tiba, datang seseorang yang sudah berumur mengambil wudhu’ di kawasan yang sama. Nak dijadikan cerita, wudhu’ orang tua tersebut agakkurang sempurna. Hassan dan Hussin kebingungan memikirkan bagaimana harus ditegurnya perbuatan tersebut. Lalu mereka mengambil keputusan untuk bertanding wudhu’ siapakah yang paling sempurna, dengan menjadikan orang tua tersebut sebagai hakim. Akhirnya, orang tua tersebut perasan yang sebenarnya wudhu’ dialah yang tidak sempurna.

Sungguh cantik cara mereka cuba menegur. Melukakan hati sesama insan tidak digalakkan di dalam Islam. Kerana Islam itu sendiri bermaksud DAMAI, PATUH, KESELAMATAN DAN BERSERAH DIRI. 




Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah

Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Jumaat, 15 Februari 2013

BAGAIMANA NAK AJAK KEKASIH KITA PELUK ISLAM DAN KAHWIN?







Assalamualaikum dan selamat pagi,

Pagi ini saya ingin berkongsi pandangan oleh suami saya tentang bagaimana nak ajak kekasih bukan Islam memeluk Islam dan berkahwin. Ini adalah pandangan suami saya sebagai saudara baru untuk panduan  mereka yang ingin sedikit pandangan yang sedikit yang mungkin boleh diguna pakai.  Artikel ini dipetik dari blog kami suami isteri di www.adamfazi.com .



 ------------------





Saya ada menerima beberapa Private Massage di fanpage Facebook saya bertanyakan pandangan tentang bagaimana nak ajak BF /GF yang bukan Islam memeluk Islam dan berkahwin.


Pada pandangan dan dari pengalaman saya : 
1. Sbg seorang Muslim, tunjukkan keindahan Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Jika kita sendiri tak tunjuk teladan dan mempraktikkannya ajaran dan meninggalkan laranganNya amat sukar untuk mereka memahami apa itu Islam.


2.Jangan paksa GF/BF kita memeluk Islam untuk kahwin. Biarlah mereka memeluk Islam kerana Allah dan cinta akan Islam.

Rabu, 6 Februari 2013

PAHALA MEMBACA AL-QURAN


Rasulullah s.a.w telah bersabda bermaksud :
"Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran"
bacaan harianku