Halaman

Isnin, 9 September 2013

ADAB DALAM ISLAM



                                                           


Berdasarkan Kamus Pelajar adab merupakan budi pekerti yg halus atau tingkah laku yg baik. Manakala Kamus Dewan Edisi ke-3 dan Edisi ke-4 pula mendefinisikan adab sebagai tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan atau cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu, budi bahasa dan tingkah laku, pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia.

Maksud ADAB dalam Bahasa Ingerris  ialah good manners , polite , courteous , civil , respect , courtesy , etiquette

Saya buka semula buku yang pernah baca bab adab dalam buku yang berjudul Asas-Asas Fardu Ain yang ditulis oleh Allahayarham Ustaz Sulaiman Endut;

Adab atau bererti pekerti, perangai, tingkahlaku, tabiat  dan adab kebiasaan. Budi pekerti ada yang baik dan ada yang buruk.

Ia dipanggil sifat mahmudah seperti ;
sabar, amanah, benar dan lain-lain. 

Begitu juga dengan sifat mazmudah seperti;
Sombong, dengki, dendam dan lain-lain. 


Penyair Ahmad Syauqi pernah berkata : 

"Satu bangsa dikenal kerana akhlak (budi pekerti). Jika budi pekertinya telah runtuh, maka runtuh pulalah bangsa itu." 



Akhlak yang baikadalah penting. Oleh itu salah satu tugas Rasulullah S.A.W diutuskan oleh Allah adalah untuk memperbaiki akhlak umat manusia.

Rasulullah S.A.W bersabda;
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."



Dalam agama Islam , akhlak adalah satu pengukur sama ada sempurna atau tidak iman seseorang.

Rasulullah S.A.W bersabda;

"Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya."

Sesungguhnya akhlak memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan satu-satu bangsa.



Minggu lepas ketika menghadiri Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Habib Ali Zaenal Abidin ada menceritakan mengenai adab makan dan minum. Entry kali ini saya nak kongsikan sedikit Adab Makan.




ADAB MAKAN


Sebelum Makan

1. Makan dan minuman dari sumber yang halal bukan dari sumber haram atau syubhat.
2. Hendaklah seorang itu berniat makan dan minum untuk menguat badan kerana beribadat kepada Allah
3. Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan. Hadis Rasulullah S.A.W
"Berkata makanan itu ialah dengan berwuduk sebelum dan sesudahnya"

Jumaat, 6 September 2013

SIRAH : KISAH NABI MUSA DENGAN SEORANG AHLI SYURGA YANG MEMBELA BABI?


                                                           

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.