Halaman

Isnin, 21 Disember 2009

KEHEBATAN ORANG YANG MERAHSIAKAN SEDEKAH




KEHEBATAN ORANG YANG MERAHSIAKAN SEDEKAH


Daripada Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda;

"Ketika Allah telah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak, maka Allah menciptakan gunung-ganang dan menancapkannya di ataqs bumi sehingga berhentilah bumi itu bergerak-gerak lagi. Maka kagumlah para malaikat seraya bertanya:

"Ya Tuhanku, apakah ada antara makhluk Engkau yang lebih hebat daripada gunung-ganang itu?"

Allah menjawab:
"Ya ada, iaitu besi."

Para malaikat bertanya:
"Apakah ada di kalangan makhluk Engkau yang lebih hebat daripada besi?"

Allah menjawab:
"Ya ada, iaitu api."

Para malaikat bertanya lagi:
"Apakah ada di kalangan makhluk Engkau yang lebih hebat daripada api?"

Allah menjawab:
"Ya ada, iaitu air."

Para malaikat bertanya lagi:
"Apakah ada di kalangan makhluk Engkau yang lebih hebat daripada air?"

Allah menjawab:
"Ya ada, iaitu angin."

Para malaikat bertanya lagi:
"Apakah ada di kalangan makhluk Engkau yang lebih hebat daripada angin?"


Allah menjawab:
"Ya ada, iaitu keturunan Adam yang memberikan suatu derma (sedekah) dengan tangan kanannya dan merahsiakan sedekahnya itu sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya, maka dia lebih hebat daripada angin."


---------------------------------


Subhanallah, besarnya nikmat bersedekah. Insya'allah lepas ni Fazi memperbanyakkan amalan ni. Sekian sedikit ilmu yang dapat Fazi kongsikan pada hari ini.

Wallahualam bi shawab



bacaan harianku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan