Halaman

Isnin, 31 Disember 2012

JANGAN SIA-SIAKAN HIDAYAH YANG DIBERIKAN






Hidayah merupakan perkara terpenting dalam kehidupan manusia. Tanpanya seseorang itu akan hidup dalam kesesatan. Sebab itu Allah memerintahkan kita memohon hidayah sekurang-kurang 17 kali dalam sehari iaitu bacaan dalam surah al-fatihah ( Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus).


Kita hendaklah sentiasa berdoa agar dikekalkan dalam keadaan beriman sehingga maut datang menjemput kita. Antara doa yang mesti dibaca setiap masa ialah doa yang diajar sendiri oleh allah dalam al-Quran untuk amalan kita semua. Iaitu doa :

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Ertinya: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." 
( Ali Imran: 8)



Rasulullah saw juga memberi contoh kepada kita dengan membaca doa :


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Ertinya: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu." (HR. Ahmad dan a-Tirmizi)

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Ertinya: "Ya Allah yang mengubahkan hati, ubahlah hati-hati kami kepada mentaatiMu" ( Imam Muslim)



Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. 
Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan