Halaman

Isnin, 27 Mei 2013

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LA ILAHA ILLALLAH & ALLAHU AKHBAR


Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Hari ini saya ingin berkongsikan satu hadis mengenai sedekah. 



Dari Abu Dzar r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda;


“Pada setiap ruas seseorang di antara kalian
di setiap pagi ada kewajiban sedekah.
Setiap bacaan tasbih adalah sedekah,
Setiap tahmid adalah sedekah,
Setiap tahlil adalah sedekah,
Setiap tahlil adalah takbir,
memerintah kebaikan adalah sedekah, 
dan mencegah kemungkaran adalah sedekah.
Namun, semua itu dapat dicukupi dengan 
Solat 2 rakaat yang dikerjakan seseorang 
diwaktu dhuha.”
 
(HR Muslim)


Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Zakat , Bab "Penjelasan bahawa Kita Sedekah digunakan Untuk setiap Jenis Kebaikan." (720)


Dianjurkan untuk memperbanyakkan sedekah sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan dan sebagai penolak bencana. Apabila tidak mampu bersyukur dengan perbuatan, maka bersyukurlah kepada Allah dengan ucapan, iaitu dengan membaca zikir kepadaNya, menyucikanNya, mengangungkanNya, dan menjadi pemberi nasihat dalam agamaNya.

Keutamaan memperbanyak zikir kepada Allah dengan zikir-zikir yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW, menjaga solat dhuha sekurang-kurangnya 2 rakaat dan paling banyak 8 rakaat dengan ketentuan waktu yang telah disebutkan.

Sedekah dan infak bagi orang yang mampu adalah lebih utama daripada amal lain, manfaatnya dirasakan oleh orang lain. Namun jika menggabungkan antara amal dan harta dan amal fisik, maka ia melakukan sesuatu yang lebih baik. 

Kitab : Syarah Riyadhus Shalihin 1 
Bab 13 : Penjelasan Tentang Banyaknya Jalan Kebaikan
Hadis 2/118




Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. 
Wallahualam bi shawab
bacaan harianku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan