Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Selamat hari Ibu.
Rak Buku Bacaan Harian ku
AHLI PERPUSTAKAAN
Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)
Halaman
Ahad, 9 Mei 2010
Jumaat, 7 Mei 2010
TERMINAL SYURGA
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Beberapa bulan yang lalu saya telah membeli sebuah buku yang menarik dan ringkas untuk difahami. Buku yang berjudul 10 Terminal Syurga Rumah Tangga.
Buku ini mengandungi petua melahirkan rumah tangga yang di dalamnya bersemarak suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Terdapat tiga dimensi perkahwinan yang dicatat oleh Dr. Abdullah al-Ulwan dalam kitabnya yang masyur, Tarbiah al-Awlad fi al-Islam;-
i. Perkahwinan adalah fitrah manusia
ii. Perkahwinan adalah kepentingan dalam bermasyarakat
iii. Perkahwinan adalah penyucian dan pemilihan hati.
Ya Allah, kurniakan kepada si isteri kesetiaan kepada suaminya sebagaimana kesetiaan Zainab binti Muhammad. Pengabdian kepada Allah Taala sebagaimana pengabdian Rabiatul Adawiyah dan iltizam untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah sebagaimana yang ada pada diri Sumayyah. Jurniakan kepada si suami, kebijaksaan membimbing isterinya ke ambang syurga dan semoga ia sabar dengan apa yang mendugaannya sebagaimana Nabi Allah Ayyub a.s bersabar terhadap imannya, kesihatannya dan keluarganya.
Penulis : Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood dan Siti Nur Fatimah Hasan
Terbitan : Telaga Biru
Harga: RM17.OO
Langgan:
Catatan (Atom)