Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)
Memaparkan catatan dengan label KISAH MALAIKAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KISAH MALAIKAT. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Ogos 2010

Subhanallah. .. Sayangnya Allah & Malaikat kepada Hambanya




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w..t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam..."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.



Saya bukanlah pakar bab agama, cuma berkongsi pandangan dan bacaan sebagai seorang insan. Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.




bacaan harianku

Sabtu, 6 Februari 2010

AL-KHALIQ (MAHA PENCIPTA)





Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Al-Khaliq, Pencipta Yang Maha Kuasa yang mencipta dan tiada kepada dia. Yang tidak wujud tiba-tiba saja menjadi wujud. Dialah yang mencipta segala sesuatu di alam ini tanpa bantuan atau tanpa rujukan. Al-Khaliq adalah nama Allah yang ke 12 di dalam ASMA UL HUSNA.

Zikir yang paling baik ialah zikir Asma Ul Husna. Insya'allah apa-apa yg kita hajati dimakbulkan dgn izin-Nya.

1. BANTUAN MALAIKAT
Bila membaca Ya Khaliq di tengah malam, Allah SWT akan menghantarmalaikat untuk membantu kita memilih jalan yang benar di dunia ini sehingga ke hari khiamat. Kita juga akan mendapat ganjaran bagi amalan yang dilakukan malaikat itu. Allah SWT menciptakan malaikat untuk membantu kita. Syukur, alhamdulillah.

2. MENDAPATKAN BARANG YANG HILANG
Baca Ya Khlaiq 5000 kali jika kehilangan harta atau orang yang disayangi, Insya'Allah barang yang hilang itu akan dijumpai atau orang yang disayangi itu akan kembali.

3. MENAHAN PERASAAN MARAH
Jika kita mempunyai rakan-rakan yang khianat kepada kita, dan membuat kita marah, bacalah Ya Khaliq untuk menamatkan persengketaan dan perasaan marah tersebut.

Baca sebanyak mana yang kita suka antara solat sunat Subuh dengan solat fardhu Subuh, insya'allah kebenaran akan tiba dan kita akan memperoleh kemenangan. :)

4. MENDAPAT MAKANAN DAN ZURIAT
Bagi mereka yang tidak mempunyai makanan atau anak, bacalah Ya Khaliq sebanyak 125 kali selama yang perlu. Insya'allah kita akan mendapat apa yang dihajatkan. Bacalah di waktu antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh.

5. TERSELAMAT DARI BAHAYA
Untuk mendapat terlindungan dari sebarang bahaya, baca Ya Khaliq 100 kali apabila kita terasa terancam. Insya'allah, kita akan selamat. Ini juga akan membantu membersihkan hati kita.

6.BEROLEH KEMENANGAN
Bacalah Ya Khaliq 100 kali sebelum kita masuk gelanggang, pertandingan, dan sebagainya untuk mendapat kejayaan dan kemenangan. Insya'allah kita akan merasai nikmat sebenar seorang juara.


7. MEMBERSIHKAN JIWA
Di waktu tengah malam ketika semua orang tidur, bangunlah dan sebutlah Ya Khaliq 731 kali, insya'allah jiwa dan jasad kita akan dibersihkan dan cahaya kebenaran akan terpancar di wajah kita.



Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Wallahualam bi shawab



bacaan harianku

Sabtu, 16 Januari 2010

NABI MUHAMMAD DIBEDAH KETIKA KECIL




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh kepada saudara-saudari semua. Entry kali ini amat menarik. Seorang kekasih Allah yang menjadi contoh kepada kita semua umat Islam. Betapa sayangnya Allah sehingga menghantar malaikat Jibrail untuk mencuci segumpal darah dalam tubuh Nabi Muhammad dari sifat syaitan.


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menceritakan, semasa baginda masih lagi kecil baginda telah didatangi oleh malaikat Jibrail. Ketika itu baginda sedang bermain dengan beberapa orang kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Maka malaikat Jibrail as pun memeluk Nabi Muhammad SAW dari belakang lalu membaringkan. Kemudian malaikat Jibrail as pun membelah dadanya dan mengeluarkan segumpal darah seraya berkata;

"Inilah bahagian syaitan yang ada dalam dirimu."


Kemudian malaikat Jibrail as pun membersihkan dengan air zam zam di dalam piring emas. Setelah itu malaikat Jibrail pun memasukkannya semula ke tempat asalnya.

Peristiwa itu berlaku dengan disaksikan oleh kanak-kanak yang bermain dengannya tadi. Kamudian kanak-kanak itu berlari mendapatkan ibu susuan Nabi Muhammad sambil berkata;

" Muhammad telah dibunuh."


Maka dengan perasaan sedih mereka pun berlari mendapatkan Nabi Muhammad yang dikatakan telah mati dibunuh itu. Menurut Anas dia mengatakan bahawa dia kerap ternampak bekas jahitan itu pada dada Rasulullah SAW.



Wallahualam bi shawab

bacaan harianku

Isnin, 11 Januari 2010

NABI ISMAIL MENERIMA HAJAR ASWAD DARI JIBRAIL





Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, pada malam yang sepi ini Fazi teringin berkongsi kisah Nabi Ismail serta ayahnya Nabi Ibrahim dan Hajar Aswad. Kisah menarik dan bagus untuk kita ketahui asal usul Hajar Aswad.


Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail betrungkus lumus untuk menjayakan permbinaannya dengan mengangkat batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Berkata Nabi Ibrahim a.s kepada Nabi Ismail a.s;

"Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibrail a.s memberikan batu yang cantik. Nabi Ismail a.s dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim as . Nabi Ibrahim a.s merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya;

"Dari mana kamu dapat batu ini?"


Berkatalah Nabi Ismail a.s ;

"Batu ini aku terima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibrail)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekrang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaka yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum Muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu. Yang tidak dapat mencium cukuplah sekadar memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

Ada riwayat mengatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarah kaabah ia menjadi hitam seperti yang didapati sekarang.

Wallahu a'lam. Apabila manusia manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahao saudara-saudaraku Hajar Aswad itu tidak mempunyai apa-apa kekuasaan. Menciumnya hanyalah sunnah dan di tempat Hajar Aswad itu merupakan tempat di perkenankan doa.

Bagi yang ada kepalangan berdoalah di sana, Insya'allah doanya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah. Sebab tipu daya syaitan sangat kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khatab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad);

"Aku tahu sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswa)."





Wallahualam bi shawab



bacaan harianku

Rabu, 30 Disember 2009

RASULULLAH BERTANYA KEPADA JIBRAIL TENTANG API NERAKA




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, tiba-tiba rasa nyawa kita sekejap lagi akan dicabut oleh Izrail. Apabila kita mengingati mati, kita akan menjadi lebih takut pada Allah. Takut akan kedatangan Izrail mencabut nyawa kita, kemudian siksaan di dalam kubur pula sementara tibanya masa perhitungan di Padang Marsyar lalu di tentukan ke Syurga atau ke Neraka Jahaman. Hanya Allah yang tahu betapa takutnya Fazi mengingatkan semua itu. Bekalan amalan yang dibuat sepanjang nyawa Allah pinjamkan ini rasanya tak sampai sebesar zarah kuman pon. Lalu kali ini Fazi ingin berkongsi satu kisah yang amat menarik mengenai API NERAKA.




Dikisahkan bahawa Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibrail tentang api neraka, berkata Rasulullah saw;


"Wahai Jibrail! Beritahu kepadaku tentang api neraka."


Maka Jibrail pon berkata;

"Ya Muhammad, sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat, andai kata kalau api itu jatuh ke atas bumi ini walaupun sebesar lubang jarum nescaya akan terbakar lah bumi ini. Dan tentang baju neraka pula, kalau baju neraka itu digantungkan antara langit dengan bumi nescaya akan matilah semua penduduk bumi disebabkan bau busuk yang paling dasyat."



Kemudian berkata Jibrail lagi;

" Wahai Muhammad, kalau malaikat yang sembilan belas itu turun ke bumi sudah tentu akan mati semua penduduk bumi sebab bentuk mereka yang sangat menggerunkan dan kalau satu pergelangan dari rantai neraka itu jatuh ke bumi, ia akan menembus ke dalam tujuh petala bumi."


Apabila Rasulullah mendengar penjelasan dari Malaikat maka Rasulullah pun berkata;

"Hasbi ya Jibrail"(Cukuplah wahai Jibrail)


Lalu Rasulullah SAW menanggis dan diiringi dengan tangisan Malaikat Jibrail. Apabila Rasulullah melihat Jibrail menangis maka Rasulullah pun bertanya;

"Wahai Jibrail! Mengapa kamu menanggis padahal kedudukan kamu sangat mulia di sisi Allah SWT?"


Maka Jibrail menjawab;

"Ya Muhammad , tidak ada yang dapat menjamin keamananku, walaupun kedudukan aku sangat dekat dengan Allah SWT, tetapi aku takut kalau Allah SWT hendak merubah aku atau hendak menguji ku sebagaimana Harut dan Marut dan Iblis yang terkutuk itu."


Walaupun kedudukan Malaikat Jibrail sangat dekat dengan Allah ia tetap menanggis kerana takut kepada Allah SWT. Adakah kita begitu? Bila kita rasa sedih dan susah je baru ingat Allah. Itupon belum tentu lagikan? Bagi Fazi, kita ini terlalu sombong dengan Allah SWT dan apa yang kita ada padahal kita ini adalah pinjaman dari Allah dan ditugaskan menjadi hamba-Nya untuk mengikut perintah dan meninggalkan kemungkaran-Nya. Sayu hati ini megenangkan dosa sendiri. Semoga kita dapat iktibar dan ilmu yang berguna untuk bekalan dan panduan dunia dan akhirat.
Wallahualam bi shawab




bacaan harianku

MALAIKAT IZRAIL DAN POHON BESAR DI BAWAH ARSY




Pada malam yang tenang ini saya ingin berkongsi satu kisah malaikat yang amat digeruni oleh kita. Malaikat ini tak jemu-jemu dapat menjenguk kita setiap hari untuk dijemput pulang bila tiba masanya, iaitu Malaikat Izrail.


Dari Kabil Akbar katanya,

"Allah SWT telah menciptakan sebuah pohon di bawah Arsy yang mana daunnya itu sama banyak dengan bilangan makhluk yang Allah ciptakan. Jika seseorang itu telah diputuskan ajalnya, maka umurnya hanya tinggal 40 hari dari hari yang diputuskan. Dan jatuhlah daun itu kepada Izrail, maka tahulah Izrail bahawa ia telah diperintahkan untuk mencabut nyawa orang tertulis pada daun tersebut.

Setelah itu mereka menyebut orang yang tertulis pada daun tersebut sebagai mayat di langit, padahal ia masih hidup di dunia untuk jangka masa 40 hari dan diterangkan bahawa akan jatuh dua titisan dari bawah Arsy pada daun yang mana nama orang itu disebut sebagai mayat satu titisan berupa warna hijau dan satu lagi berupa warna putih.

Dikatakan kalau titsan yang berwarna hijau jatuh pada nama yang dituliskan pada daun itu, maka alamatnya celakalah dia dan kalau titisan putih jatuh pada daun orang yang nama ditulis pada daun itu, maka alamatnya, berbahagialah orang itu.

Untuk mengetahui tempat mati, maka Allah menjadikan malaikat Arham. Apabila Allah mencipta sesuatu kelahiran, Dia perintahkan malaikat Arham masuk kedalam sperma yang berada dalam rahim ibu dengan debu bumi yang akan diketahui di mana ia akan mati, lalu keluarlah seorang hamba itu menuju ke mana saja di pelusuk bumi ini. Kemudian ia akan kembali pada tempat pengembalian debu di mana di situlah ia menemui ajalnya."




Ya Allah, betapa besarnya kuasa-Mu. Fazi mengharapkan dengan kisah ini membuatkan Fazi lebih menghargai peluang yang diberikan oleh Allah untuk menjadi hamba-Nya yang taat dan bertakwa. Seperti biasa di harap kisah malaikat ini dapat memberikan kita semua satu kebaikan dan kesedaran akan kehadiran Izrail setiap masa. Amin.


Wallahualam bi shawab

bacaan harianku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES