Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia. (Surah At-Tahrim: Ayat 6)

KOLEKSI BUKU

Sabtu, 2010 Februari 06

AL-KHALIQ (MAHA PENCIPTA)





Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Al-Khaliq, Pencipta Yang Maha Kuasa yang mencipta dan tiada kepada dia. Yang tidak wujud tiba-tiba saja menjadi wujud. Dialah yang mencipta segala sesuatu di alam ini tanpa bantuan atau tanpa rujukan. Al-Khaliq adalah nama Allah yang ke 12 di dalam ASMA UL HUSNA.

Zikir yang paling baik ialah zikir Asma Ul Husna. Insya'allah apa-apa yg kita hajati dimakbulkan dgn izin-Nya.

1. BANTUAN MALAIKAT
Bila membaca Ya Khaliq di tengah malam, Allah SWT akan menghantarmalaikat untuk membantu kita memilih jalan yang benar di dunia ini sehingga ke hari khiamat. Kita juga akan mendapat ganjaran bagi amalan yang dilakukan malaikat itu. Allah SWT menciptakan malaikat untuk membantu kita. Syukur, alhamdulillah.

2. MENDAPATKAN BARANG YANG HILANG
Baca Ya Khlaiq 5000 kali jika kehilangan harta atau orang yang disayangi, Insya'Allah barang yang hilang itu akan dijumpai atau orang yang disayangi itu akan kembali.

3. MENAHAM PERASAAN MARAH
Jika kita mempunyai rakan-rakan yang khianat kepada kita, dan membuat kita marah, bacalah Ya Khaliq untuk menamatkan persengketaan dan perasaan marah tersebut.

Baca sebanyak mana yang kita suka antara solat sunat Subuh dengan solat fardhu Subuh, insya'allah kebenaran akan tiba dan kita akan memperoleh kemenangan. :)

4. MENDAPAT MAKANAN DAN ZURIAT
Bagi mereka yang tidak mempunyai makanan atau anak, bacalah Ya Khaliq sebanyak 125 kali selama yang perlu. Insya'allah kita akan mendapat apa yang dihajatkan. Bacalah di waktu antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh.

5. TERSELAMAT DARI BAHAYA
Untuk mendapat terlindungan dari sebarang bahaya, baca Ya Khaliq 100 kali apabila kita terasa terancam. Insya'allah, kita akan selamat. Ini juga akan membantu membersihkan hati kita.

6.BEROLEH KEMENANGAN
Bacalah Ya Khaliq 100 kali sebelum kita masuk gelanggang, pertandingan, dan sebagainya untuk mendapat kejayaan dan kemenangan. Insya'allah kita akan merasai nikmat sebenar seorang juara.


7. MEMBERSIHKAN JIWA
Di waktu tengah malam ketika semua orang tidur, bangunlah dan sebutlah Ya Khaliq 731 kali, insya'allah jiwa dan jasad kita akan dibersihkan dan cahaya kebenaran akan terpancar di wajah kita.



Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Wallahualam bi shawab



bacaan harianku

Jumaat, 2010 Februari 05

EMPAT GOLONGAN WANITA YANG BERADA DI DALAM SYURGA DAN NERAKA




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Pada hari yang mulia ini iaitu hari Jumaat saya ingin berkongsi ilmu mengenai wanita syurga dan neraka.

Mari kita mulakan dengan empat golongan wanita yang berada di syurga.

1. Wanita yang menjaga dirinya dari berbuat haram.

2. Wanita yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang maka ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.

3. Wanita yang ramai keturunan lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang ( dalam kehidupan) bersama suaminya.

4. Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia berkahwin khuatir putera-puterinya akan tersia-sia. (Jika ada jaminan anak-anaknya tidak disia-sia boleh dia berkahwin).



Manakala untuk empat golongan wanita yang berada di dalam neraka pula;

1. Wanita yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang dia tidak mampu.

2. Wanita yang kotor mulutnya terhadap suaminya, tidak menjaga diri, jika suaminya datang ia akan memakinya.

3. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup, kecuali makan, minum dan tidur dan dia tidak sanggup berbakti kepada Allah dan Rasulnya dan tidak sanggup berbakti kepada suaminya.

4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasan dan memperlihatkan kecantikan untuk menarik kaum lelaki.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Wanita yang menyakiti hati suami pada hari khiamat nanti Allah akan jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya."



Menjadi seorang wanita bukanlah susah untuk masuk syurga jika kita menjalankan tanggung jawab sebagai muslimah dan isteri yang baik. Dan jangan pula kita lupa, amat senang untuk kaum wanita tercampak ke dalam perut neraka jahaman . Selamat beramal.

Wallahualam bi shawab

bacaan harianku

Khamis, 2010 Januari 21

HADIRKAN 3 PERKARA KETIKA SOLAT






Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, sebagai mana yang kita ketahui solat adalah tiang agama kita. Sekiranya kita tidak mendirikan solat seolah-olah menggambarkan bahawa kita memandang remeh pada solat yang diwajibkan pada setiap umat Islam. Bagi Fazi, solat itu mestilah dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas tanda cintanya kita pada Allah, sebagai tanda syukur dan sebagainya.

Pernah tak kita sedang solat, kita terfikirkan perkara lain? Itu tandanya kita tidak kusyuk bukan? Saya juga sering tidak kusyuk ketika di dalam solat. Dalam perkara yang sedang bermain difikiran. Tidak fokus!

Saya ada terbaca dan mendengar ceramah mengenai kita perlu hadirkan 3 perkara ketika solat iaitu Al-Tolah, Al-Khudhu dan Al-Takzim.

Apa itu Al-Tolah, Al-Khudhu dan Al-Takzim?

1. Al-Tolah iaitu sentiasa meminta-minta kepada Allah.
Ini kerana oleh kerana itulah bacaan dalam solat semuanya ada unsur meminta sesuatu dengan Allah.

2. Al-Khudhu bermaksud rasa hina diri.
Apabila kita rukuk, timbul perasaan hina diri lebih-lebih lagi ketika sujud.

3. Al-Takzim pula bermaksud mengaku betapa agungnya Allah.


Semoga selepas ini kita lebih peka dan fokus ketika mengadap Allah 5 kali sehari dan amal idabat kita diterima oleh Allah.

Wallahualam bi shawab








bacaan harianku

Selasa, 2010 Januari 19

5 JENIS MANGSA BURUAN BINATANG HURAISY





Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, semoga hidup kita pada hari ini lebih tenang dan diberkati Allah dunia dan akhirat.

Pada hari akhirat kelak akan keluar seekor binatang dari neraka yang digelar Huraisy. Saiznya panjang seperti jarak di antara langit dan bumi dan lebarnya pula seperti dari barat ke timur. Apabila ia keluar maka malaikat Jibrail a.s. berkata;

"Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak cari siapa?"


Lalu kata Huraisy;

"Aku mencari 5 jenis orang itu:

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang menderkahai ibu bapanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap hal dunia di dalam masjid."






Dengan melihat diri sendiri, adakah kita ada ciri-ciri di atas? Subhanallah... takutnya. Kalau ada, cepat-cepatlah kita sedar dan bertindak meninggalkan perkara yang dimungkari oleh Allah. Tidak terlambat untuk kita berubah dan bertaubat. Allah Maha Pengampun lagi Penyayang untuk hambaNya yang mahu bertaubat.


Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Sabtu, 2010 Januari 16

NABI MUHAMMAD DIBEDAH KETIKA KECIL




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh kepada saudara-saudari semua. Entry kali ini amat menarik. Seorang kekasih Allah yang menjadi contoh kepada kita semua umat Islam. Betapa sayangnya Allah sehingga menghantar malaikat Jibrail untuk mencuci segumpal darah dalam tubuh Nabi Muhammad dari sifat syaitan.


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menceritakan, semasa baginda masih lagi kecil baginda telah didatangi oleh malaikat Jibrail. Ketika itu baginda sedang bermain dengan beberapa orang kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Maka malaikat Jibrail as pun memeluk Nabi Muhammad SAW dari belakang lalu membaringkan. Kemudian malaikat Jibrail as pun membelah dadanya dan mengeluarkan segumpal darah seraya berkata;

"Inilah bahagian syaitan yang ada dalam dirimu."


Kemudian malaikat Jibrail as pun membersihkan dengan air zam zam di dalam piring emas. Setelah itu malaikat Jibrail pun memasukkannya semula ke tempat asalnya.

Peristiwa itu berlaku dengan disaksikan oleh kanak-kanak yang bermain dengannya tadi. Kamudian kanak-kanak itu berlari mendapatkan ibu susuan Nabi Muhammad sambil berkata;

" Muhammad telah dibunuh."


Maka dengan perasaan sedih mereka pun berlari mendapatkan Nabi Muhammad yang dikatakan telah mati dibunuh itu. Menurut Anas dia mengatakan bahawa dia kerap ternampak bekas jahitan itu pada dada Rasulullah SAW.



Wallahualam bi shawab

bacaan harianku

Selasa, 2010 Januari 12

SAKSI




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, berjumpa lagi kita pada 2:30 pagi. Ketika Fazi melayari internet tadi, Fazi terdengar sebuah lagi yang penuh makna dan memberi kesan pada diri. Nait-bait liriknya memberikan satu kesedaran. Jom kita hayati lagu ini dengan teliti. Sebuah lagu nyanyian Rabbani feat Mawi.


Saksi
Album : 1418-1428H
Munsyid : Rabbani (feat Mawi)



Saat dan waktu semasa hidupmu
Apa yang dilaku, apa amalanmu
Jangan kita lupa Dia ketahui-Nya
Jangan kita leka segala dihidu-Nya

Dunia sementara sandiwara semata
Kembali pada-Nya akhirat di sisi-Nya
Hidup penuh dosa tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka kan kita terimanya

Tangan berkata apa dilakunya
Kaki bicara ke mana yang melangkah
Mata bersuara apa pandangannya
Telinga bercerita apa yang didengar

Tiba nanti masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Banyak kan mendengar
Mampu bersuara
Saksi berbicara
Amalan semata

Sujudlah kepada-Nya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa
Mohon iman bertakhta
Di hati dan di jiwa
Hindar segala siksa
Saat amalanmu ditanya




Selepas mendengar lagu tadi, Fazi rasa Allah telah amanahkan seiap anggota badan untuk berbuat baik. Jangan disalah gunakan. Mata, telinga, lidah dan sebagainya mempunyai amanah yang perlu dilaksanakan. Merekalah saksi kita di akhirat kelak. Lidah kita akan patri. Yang berbicara hanyalah anggota badan kita yang lain menjadi saksi setiap perbuatan kita.

Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Isnin, 2010 Januari 11

NABI ISMAIL MENERIMA HAJAR ASWAD DARI JIBRAIL





Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, pada malam yang sepi ini Fazi teringin berkongsi kisah Nabi Ismail serta ayahnya Nabi Ibrahim dan Hajar Aswad. Kisah menarik dan bagus untuk kita ketahui asal usul Hajar Aswad.


Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail betrungkus lumus untuk menjayakan permbinaannya dengan mengangkat batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Berkata Nabi Ibrahim a.s kepada Nabi Ismail a.s;

"Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibrail a.s memberikan batu yang cantik. Nabi Ismail a.s dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim as . Nabi Ibrahim a.s merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya;

"Dari mana kamu dapat batu ini?"


Berkatalah Nabi Ismail a.s ;

"Batu ini aku terima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibrail)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekrang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaka yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum Muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu. Yang tidak dapat mencium cukuplah sekadar memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

Ada riwayat mengatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarah kaabah ia menjadi hitam seperti yang didapati sekarang.

Wallahu a'lam. Apabila manusia manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahao saudara-saudaraku Hajar Aswad itu tidak mempunyai apa-apa kekuasaan. Menciumnya hanyalah sunnah dan di tempat Hajar Aswad itu merupakan tempat di perkenankan doa.

Bagi yang ada kepalangan berdoalah di sana, Insya'allah doanya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah. Sebab tipu daya syaitan sangat kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khatab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad);

"Aku tahu sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswa)."





Wallahualam bi shawab



bacaan harianku

Kongsikan Blog : bacaanharianku.blogspot.com ini

Share |
Related Posts with Thumbnails