Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)
Memaparkan catatan dengan label Terjemahan Riyadhus Shalihin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terjemahan Riyadhus Shalihin. Papar semua catatan

Rabu, 29 Mei 2013

[HADIS] TAK PERNAH RASA PUAS DENGAN DUNIA







Assalamualaikum

Dari Ibnu Abbas dan Anas bin malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Seandainya seorang Bani Adam (manusia) itu memiliki selembah emas, dia tentu mengingkan memiliki dua lembah dan sama sekali tidak akan memenuhi mulutnya kecuali tanah (tidak merasa puas sebelum mati) dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.”
(Muttafaqun ‘alaih)



Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Kelembutan Hati, bab “Fitnah Harta Yang Harus Di hindari” (11/216, 217) dari Ibnu Abbas dan Muslim dalam kitab Zakat bab “Seandainya Anak Adam Memiliki Dua Lembah (Emas) , maka Ia Pasti Mencari Lembah ke tiga”  (1048) dari Anas bin Malik.

[HADIS] TAUBAT DI MALAM HARI ATAU DI SIANG HARI?


Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Hari ini saya ingin berkongsikan satu hadis mengenai taubat. 


Dari Abu Musa Abdullah bin Qais Al-Asy'ari r.a, dari Nabi S.A.W. , bersabda;

“Sesungguhnya Allah Azza Wajalla selalu membentangkan tanganNya diwaktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan juga membentangkan tanganNya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah barat.”
(HR Muslim)

Isnin, 27 Mei 2013

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LA ILAHA ILLALLAH & ALLAHU AKHBAR


Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Hari ini saya ingin berkongsikan satu hadis mengenai sedekah. 



Dari Abu Dzar r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda;


“Pada setiap ruas seseorang di antara kalian
di setiap pagi ada kewajiban sedekah.
Setiap bacaan tasbih adalah sedekah,
Setiap tahmid adalah sedekah,
Setiap tahlil adalah sedekah,
Setiap tahlil adalah takbir,
memerintah kebaikan adalah sedekah, 
dan mencegah kemungkaran adalah sedekah.
Namun, semua itu dapat dicukupi dengan 
Solat 2 rakaat yang dikerjakan seseorang 
diwaktu dhuha.”
 
(HR Muslim)

Khamis, 9 Mei 2013

TAUBAT


Kita dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kerana Rasulullah S.A.W seorang yang maksum dan telah diampunkan oleh Allah S.W.T semua dosanya yang akan datang mahupun yang lalu, Baginda tetap beristighfar dan bertaubat sebanyak 70 kali dalam sehari. Perkara ini memberikan pelajaran penting bagi umatnya dan meningkatkan darjat serta kemuliaan baginya di sisi Allah S.W.T

Kita digalakkan melakukan solat sunnat taubat dan membaca istighfar , kerana kedua-duanya dapat menghapuskan dosa yang telah dilakukan oleh manusia tanpa disedari.
bacaan harianku

Rabu, 1 Mei 2013

HARAM MENGUTUK



Tidak sepantasnya (sepatutnya) bagi orang yang jujur itu suka mengutuk/melaknat. 

Hadis ini diriwayatkan Muslim dalam Kitab Kebajikan bab "Larangan Melaknat Binatang dan selainnya." 
Banyak mengutuk/melaknat itu kontra dengan kesempurnaan Iman.


RUJUKAN : Kitab Riyadhus Shahlihin 2.
Muka Surat : 248

bacaan harianku

Sabtu, 30 Mac 2013

TAKUT DAN BERHARAP KEPADA ALLAH




                                                      



Assalamualaikum

Semalam pengajian di Majlis Ta'lim Darul Murtadza, tausiyah oleh AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID (pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza) membahasakn kitab Terjemahan Riyadhus Shalihin. Bab Mengumpulkan Antara Takut dan Berharap kepada Allah. 

Kita sebagai manusia perlu ada perasaan takut dan berharap untuk memantapkan iman kita. 

Allah Taala berfirman:
"Tiada yang merasa aman dari siksaan Allah kecuali orang-orang yang merugi."
(Al-A'raf, 7:99)
Kita perlu takut lebih dari berharap lebih 
contoh :  kita perlu takut akan dengan azab Allah lebih untuk menghalang kita berbuat maksiat. Kemudian kita perlu mengharapkan  rahmatNya. 


Kita juga perlu berharap lebih dari takut 
contoh: Apabila kita berada di dalam terlalu takut seperti dalam keadaan nazak. Kerana ketika itu kita memerlukan mengharap dan harapan yang baik pada Allah. 





Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah

Wallahualam bi shawab

bacaan harianku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES