Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Hari ini saya sedang saya makan di ruang makan di rumah, tiba-tiba mata ini melihat di dinding rumah, sebuah bingkai (frame) berwarna emas yang tertulis kata-kata yang menarik. Kata-kata yang buat saya sayu iaitu Khutbah Terakhir Nabi MUHAMMAD S.A.W. Begitu sayangnya Rasullullah pada kita tapi pandang sipi je semua wasiat dan ajaran-ajaran yang ditinggalkan pada kita.
Saya bukanlah seorang yang pandai bab-bab agama. ia lebih kepada tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa kita tak pernah rasa bersyukur.
Mungkin kita rasa kita dah dilahirkan sebagai seorang Islam. Kita rasa kita dah cukup Islam pada keturunan dan kad pengenalan. Adakah itu sudah memadai?
Dahulu saya pon tak pernah ambil berat tentang bab-bab agama kerana bagi saya kehidupan dunia seperti mendapatkan ijazah itu penting kalau tak ada kita bukanlah orang yang berjaya. Selepas itu mesti ada kerjaya yang bagus, gaji yang lumayan, kereta yang mewah, pakai pakaian yang cantik-cantik iaitu mesti up to date dan sebagainya. Saya rasa bukan saya sahaja begitu, malah nak kata kebanyakan remaja-remaja zaman sekarang juga begitu.
Tapi Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun pada hamba-Nya, kesedaran terhadap agama itu muncul selepas mengenangkan akan kehidupan di akhirat kelak.
Di manakah tempat saya kelak?
Bagaimana agaknya suasana padang masyar?
Cukupkah amalan saya di dunia untuk meniti jambatan Siraat al-Mustaqim yang tiada suatu jambatan yang paling panjang dalam dunia kini yang terpaksa dilalui dalam masa setahun, apalagi 15,000 tahun atau 28,000 tahun dan tiadalah pula suatu jambatan dalam dunia kini yang dapat dilalui dalam sekelip mata saja?
Sakitnya melalui Siraat al-Mustaqim. Tajamnya ..... halusnya jambatan itu seperti rambut yang dibelah tujuh..... Ya Allah takutnya.... pitam rasanya bila membayangkan semua ini...
Dari situ, saya mula memperbaiki diri. Bila kita tahu kita jahil, janganlah kita sombong. Kerana Allah mengetahui apa yang tersirat dalam hati kita.
Sejak dari itu saya ingin melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya kerana saya tahu tujuan hidup saya iaitu saya in hanya Hamba Allah. Janji saya kepada Allah sejak saya di alam roh lagi sebelum ditiupkan ke dalam rahim Ibu saya.
Terima kasih Allah kerana Kau sangat sayang akan hamba-Mu ini dari lupa akan tanggungjawab dan alpa akan suruhan -Mu.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...
Wallahualam bi shawab