Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)

Jumaat, 29 Oktober 2010

Khidmat nasihat CyberSecurity




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel dari kosmo yang saya rasa sesuai untuk dikongsikan bersama. 



Khidmat nasihat CyberSecurity




APABILA sesebuah organisasi disaran mengambil langkah- langkah keselamatan siber, ia bukanlah semata-mata melindungi komputer daripada serangan virus, kecurian maklumat dalam talian oleh pihak luar atau mengelakkan penurunan prestasi komputer.
Hakikatnya, penjenayah siber bukanlah semata-mata individu yang duduk di meja komputernya dan menggodam dari jarak jauh.
Hakikatnya, penjenayah siber sebahagian besarnya adalah individu terdekat yang kita kenali dan bekerja dalam persekitaran yang sama.
Motif pencurian data terjadi atas niat mencari keuntungan yang ditawarkan pihak ketiga atau organisasi lain. Semua itu terjadi atas kepentingan peribadi atau perniagaan.
Maklumat peribadi organisasi boleh menjadi bahan dagangan yang penting untuk organisasi pesaing. Justeru, ada pihak yang sanggup menjadi perisik atau pengintip bagi memperoleh keuntungan yang ditawarkan.
Ketua Konsultan, Pengurusan Projek dan Konsultansi HeiTech Managed Services Sdn. Bhd., Kavitha Muthy memberitahu, individu dalaman yang terbabit dengan jenayah siber kebanyakannya ialah pekerja yang tidak lagi gembira dengan pekerjaannya.
“Pekerja berkenaan sukar menolak perbuatan mencuri data kerana mereka mungkin dijanjikan habuan yang besar. Mungkin ia ditawarkan pekerjaan di syarikat pesaing atau upah yang berjumlah ribuan ringgit.
STATISTIK laporan jenayah siber meningkat setiap tahun.


“Ternyata, data organisasi amat ‘diburu’ pihak tertentu kerana ia mengandungi segala maklumat kewangan, pelan pembangunan, strategi dan sebagainya,” kata Kavitha.
Selain menjual data kepada individu atau organisasi lain, wujud juga penjenayah siber dalaman yang menggodam maklumat peribadi individu lain untuk tujuan peras ugut. Mangsa selalunya didesak membayar sejumlah wang bagi mengelakkan maklumat peribadi dirinya didedahkan kepada umum atau di Internet.
Justeru katanya, sebelum berlaku sebarang kejadian kecurian maklumat atau sistem digodam orang dalaman, polisi berkaitan perlu diwujudkan dan dilaksanakan supaya individu terbabit dapat dikesan dan didakwa.
“Pengurusan organisasi memerlukan sistem kawalan keselamatan yang berterusan bagi merancang, melaksanakan dan memeriksa setiap aktiviti dalaman terutamanya penggunaan komputer dan pengurusan fail-fail dalam talian.
“Selain itu, terdapat undang-undang yang dapat menghukum penjenayah siber di bawah Akta Komputer 1997, Akta Hak Cipta 1997, Akta Perdagangan Elektronik 2006 dan beberapa lagi,” jelasnya.
Peranan CyberSecurity
Kavitha memberitahu, ramai pihak tidak sedar mengenai peranan CyberSecurity Malaysia dalam membantu pihak yang terbabit serangan penjenayah siber. Selain laporan kes kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), laporan sokongan CyberSecurity Malaysia penting untuk membantu siasatan.
“CyberSecurity Malaysia dapat memberi khidmat nasihat kepada individu atau organisasi yang menjadi mangsa jenayah siber serta menjalankan siasatan melalui makmal forensiknya.
“Laporan sokongan CyberSecurity Malaysia pula dapat menjadi maklumat sokongan kepada PDRM di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersialnya,” jelas Kavitha.
Dalam pada itu, CyberSecurity Malaysia boleh dihubungi melalui pusat bantuan Cyber999 di talian 1-800-88-2999 atau layari laman web www.cybersecurity.my. Orang ramai juga boleh melihat statistik terkini laporan jenayah siber yang boleh didapati di laman web www.mycert.org.my di bawah CyberSecurity Malaysia.

LAMAN web yang mengajar teknik menggodam seperti ini mudah didapati di Internet.


Sementara itu, kehilangan data peribadi organisasi bukan sahaja menjadi kebimbangan organisasi berkenaan tetapi juga orang ramai. Antara organisasi yang berisiko adalah organisasi yang menyimpan maklumat peribadi pelanggan seperti maklumat kad keahlian pasar raya.
“Adakah kita yakin maklumat peribadi yang kita berikan ketika mengisi borang keahlian akan selamat? Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi berkenaan mungkin disalahgunakan individu berkepentingan?
“Pasti ramai yang pernah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel daripada pihak yang tidak dikenali terutamanya yang menawarkan produk-produk tertentu. Kita pula berasa hairan pihak berkenaan begitu mudah memperoleh maklumat peribadi kita,” katanya.
Oleh yang demikian, perisian sahaja tidak cukup untuk melindungi sebarang maklumat digodam individu tidak bertanggungjawab.
Kesedaran individu, masyarakat dan organisasi adalah amat kritikal bagi memastikan sebarang maklumat penting tidak terlepas kepada pihak ketiga sewenang-wenangnya.
“Peranan kerajaan sahaja tidak mampu menangani masalah jenayah siber dan kecurian maklumat. Ia memerlukan sokongan semua pihak supaya kejadian serupa tidak berulang.
“Pihak yang terbabit menguruskan data juga perlu memastikan persekitaran yang selamat supaya maklumat yang disimpan tidak digodam dengan mudah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ulasnya.



bacaan harianku

Rabu, 20 Oktober 2010

Tajdid Iman: Pintu taubat wanita berzina terbuka luas







Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel yang saya rasa sesuai untuk dikongsikan bersama. 


  


Oleh Dr Juanda Jaya






Masyarakat perlu ada sifat pemaaf, prihatin bendung gejala buang bayi daripada berleluasa

PERSEPSI negatif masyarakat terhadap dosa penzina agaknya melampau sampai ke tahap tiada ampun lagi. Jika setakat mencela perbuatan terkutuk itu tidaklah berat ditanggung penzina yang mahu bertaubat. Tetapi jika sampai tidak menaruh belas kasihan bahkan dipulaukan, dikeji seumur hidup sampai anak yang dilahirkan turut sama menanggung dosa orang tua dengan panggilan anak haram, diistimewakan dengan sebutan nama berbin dan binti Abdullah supaya berbeza daripada anak-anak lain, apakah ini sikap memaafkan masyarakat kita?

Apabila berlaku fenomena membuang bayi, kita sepakat mengutuk sekeras-kerasnya kejahatan ini tanpa menilai mengapa ia berlaku. Adakah disebabkan budaya masyarakat yang jauh menyeleweng daripada agama, jika benar mengapa ramai orang Islam yang terbabit?

Mungkin orang kafir lebih bijak menghapuskan benih perzinaan itu dengan melakukan pengguguran, tetapi persoalannya adalah sikap membunuh darah daging yang sempurna bentuk jasad dan sifatnya itu lebih kejam daripada pengguguran pada awal kandungan.

Kita tidak mempersoalkan tindakan mana lebih kejam kerana memang kedua-duanya adalah dosa besar dalam Islam. Tetapi umat Islam perlu memiliki sifat kemanusiaan dan jangan menghukum teruk wanita yang berzina supaya mereka tidak takut dan kembali melakukan dosa besar dengan membuang bayi.

Bayi tidak berdosa itu terbunuh mungkin disebabkan proses kelahiran yang disembunyikan akibat perasaan takut dan malu, bukan kerana sengaja mahu dibunuh. Bagaimana jika ia bukan hasil perzinaan, kerana jenayah rogol misalnya atau 'haruan makan anak'?

Disebabkan masyarakat tiada belas kasihan dan keluarga berantakan, maka wanita yang terbabit berusaha menutupi dosa dengan melahirkan sendiri anak tak berdosa itu. Mustahil mereka mahu membunuh bayi selepas kelahiran. Kalau berniat membunuh, mereka akan melakukannya pada awal kandungan lagi. Mungkin sesetengahnya tidak sempat menggugurkan kandungan dan terpaksa menunggu saat kelahiran, tetapi pada masa menunggu itu mengapa keluarga dan masyarakat tidak mahu memaafkan sehingga wanita ini putus asa dan akhirnya membunuh bayinya.

Keluarga dan masyarakat berperanan besar dalam menyelesaikan fenomena ini. Orang Islam yang taat jangan sesekali memandang serong wanita yang sudah bertaubat. Mereka yang terlanjur dan mahu bertaubat sepatutnya dibimbing, dikasihani dan ditunjukkan jalan keluar. Jika kita bersikap keras, membenci dan terus memusuhi mereka tanpa memberi peluang, fenomena sebegini akan berlarutan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu [246]. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali Imran ayat: 159)

Kita dituntut untuk terpanggil dan sensitif dengan gejala tidak sihat di sekeliling rumah, tempat kerja, lingkungan di seluruh negeri kita. Jika ada anak saudara yang terlanjur, mampukah kita memberi kemaafan dan menanggung sama aib itu, atau kita menutupinya kerana takut dicemuh masyarakat kemudian tidak peduli dengan perbuatannya bahkan melarang anak perempuan kita bergaul rapat dengannya?

Bukankah lebih baik mengajar anak-anak kita menolong, menasihat dan mencari jalan keluar supaya taubatnya benar-benar nasuha? Malangnya, cerita keji itu tetap dikenang selamanya dan dijadikan cacian dalam keluarga sendiri padahal wanita itu sudah bertaubat.

Kita lihat pandangan dan sikap Baginda SAW terhadap wanita berzina dalam suatu hadis mengenai taubat yang bermaksud, "Ada seorang wanita dari Juhainah datang kepada Rasulullah SAW sedang dirinya hamil kerana berzina. Dia berkata: Wahai Rasulullah aku telah melakukan kesalahan yang menyebabkan aku terkena hudud, maka laksanakanlah hudud itu kepadaku. Kemudian Rasulullah SAW memanggil wali perempuan ini dan bersabda: Berbuat baiklah kepadanya apabila sudah melahirkan bawalah dia kepadaku." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW tidak sesekali mengeji wanita yang ingin bertaubat ini, tidak mencari dan mengheret lelaki yang melakukannya dan tidak menjatuhkan hudud ke atasnya saat itu juga. Bahkan Rasulullah SAW berpesan kepada ayahnya atau bapa saudaranya atau saudara lelakinya supaya menjaga wanita ini baik-baik. Betapa lembutnya akhlak Nabi SAW, sedangkan ramai anak-anak perempuan di sekelilingnya terlanjur tak dapat menahan marah ke atas mereka. Sehingga menyebabkan wanita itu tetap dalam kejahatannya bahkan bertambah jahat lagi dengan membuang bayi mereka.

Kemudian selepas wanita itu melahirkan dan cukup tempoh penyusuan bayinya, sesudah dia meninggal dalam hudud, baginda mensolatkannya. Umar r.a. bertanya: Wahai Rasulullah mengapa engkau mensolatkan wanita ini padahal dia berzina. Rasulullah bersabda: "Wanita ini benar-benar bertaubat seandainya taubat itu dibahagi kepada 70 orang Madinah nescaya masih cukup. Pernahkah kamu mendapatkan orang yang lebih utama daripada seorang yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Azza Wa Jalla."

Seperti kita, Umar mengeji sekeras-kerasnya penzina. Tetapi Rasulullah SAW mengingatkan mengenai kedudukan taubat lebih tinggi lagi daripada segala kejahatan yang pernah dilakukan manusia.

Sebelum hudud ditegakkan, negara mesti menyediakan badan dakwah dan kebajikan yang aktif berperanan mendidik umat, menggunakan pendekatan kasih sayang dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar, membanteras jenayah dengan usaha pencegahan berlandaskan ilmu, nasihat dan bimbingan.

Jika ibu bapa sibuk dengan urusan sendiri, tidak menghiraukan pendidikan agama kepada anak-anak, langkah terbaik adalah mengenakan dulu hukuman ke atas ibu bapa yang tidak bertanggungjawab sebelum menyalahkan anak-anak terbabit.

Malang sungguh, saat terlanjur mereka diberhentikan daripada pengajian, dipulau keluarga, tiada yang sudi menasihati dan membimbing, jalan taubat ditutup rapat oleh masyarakat sekeliling. Jika kita tidak mengubah persepsi terhadap wanita-wanita malang ini selamanya gejala buang bayi akan berleluasa.










Saya bukanlah pakar bab agama, cuma berkongsi pandangan dan bacaan sebagai seorang insan. Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.


bacaan harianku

MUSLIM CHINA MENGHADIRI SESI DOA.






Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Hari ini saya ingin berkongsi satu kiriman emel yang saya terima. 


Muslim China menghadiri sesi doa selama Idul Fitri di Dongguan Masjid Agung di bandar Xining, provinsi Qinghai di barat laut Chinas,  9 Sep.2010. Sejuk mata dan hati melihat masyarakat di sana bersatu padu dalam beragama.





















































Saya bukanlah pakar bab agama, cuma berkongsi pandangan dan bacaan sebagai seorang insan. Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.





bacaan harianku

Ahad, 3 Oktober 2010

JANGAN PUTUS ASA, INSYA'ALLAH KITA KAN TEMUI JALAN-NYA





Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Ingin berkongsi video clip yang amat menarik dan memberi motivasi pada sesiapa sahaja yang puus asa dalam hidupnya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mari kita hayati lirik lagu ini dari Maher Zain, Insha Allah





Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Chorus

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain &; Hamza Namira
© Awakening Records 2009









Saya bukanlah pakar bab agama, cuma berkongsi pandangan dan bacaan sebagai seorang insan. Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.


bacaan harianku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES