Nak seri muka? buat solat wuduk.
Untuk penyakit Kronik rajinlah buat solat sunat Tahajud
Murah rezeki amalkan Solat Sunat Dhuha
Mengeratkan kasih sayang amalkan Solat Witir.
Penulis buku
Antara gambar secara praktikal juga ditunjukkan.
Mudah difahami kerana ada disertakan gambar cara-cara melakukan solat sunat.
Tajuk : SOLAT SUNNAT
Pengarang : USTAZ ABDUL RAHMAN MOHAMED
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Mukasurat : 170
Harga: RM 29.90 (SEMANANJUNG MALAYSIA)
RM31.90 (SABAH & SARAWAK)
Islam ialah agama kesejahteraan , agama samawi yang syumul dengan konsep peribadatan yang menyeliruh, unik dan tersendiri. Ibadah dalam Islam menjurus kepada ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan yang banyak menyelesaikan masalah. Setiap ibadah dalam Islam mengandungi hikmah atau fadilat yang tersendiri. Jika digali dan dikaji maka yang terserlah kebaikan yang tersirat.
Buku ini menerangkan fadilat dan tatacara solat-solat sunat yang ada dalam ISlam. Dilengkapi dengan paparan situasi masalah-masalah masyarat yang ada jalan penyelesaiaannya dengan melaksanakan solat-solat sunat tertentu. Masalah kita juga mungkin disorot dalam buku ini.
Buku ini juga dilengkapi dengan gambar-gambar bagaimana melaksanaka solat sunat tertentu suapaya lebih mudah difahami dan praktikal.
p/s: jangan pula kita mengejar yang sunat sahaja, yang wajib dilupakan. Dahulukan yang wajib dan diiringi dengan yang sunat pula.
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah
Wallahualam bi shawab