Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Dalam mengharungi kehidupan seharian, kita tak terlepas dari pelbagai perasaan yang baik dan sebaliknya. Saya seorang pendiam suka memendam perasaan. Tapi kadang kala terlepas juga perasaan marah tu.
Marah adalah suatu sifat semulajadi manusia, cuma perlu pada tempat dan masa yang betul, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu. Marah adalah sifat yang pastinya ada dalam diri setiap manusia. Tidak kira apa pun pangkat dan darjat mahupun peringkat umur, pastinya akan mempunyai perasaan marah.