Rak Buku Bacaan Harian ku
AHLI PERPUSTAKAAN
Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)
Halaman
Jumaat, 25 Januari 2013
Khamis, 24 Januari 2013
Rabu, 23 Januari 2013
SYAITAN KENCING TELINGA MEREKA KETIKA SUBUH
Dari Abu Wa’il, dari Abdullah, beliau berkata:
“Ada yang mengatakan kepada Rasulullah SAW bahwa terdapat seseorang yang tidur malam hingga subuh (maksudnya tidak bangun malam).
Rasulullah SAW lantas mengatakan :
“Demikianlah syaitan telah mengencingi kedua telinganya.”
(HR. An Nasa’i no. 1609 dan Ibnu Majah no. 1330. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib no. 640 mengatakan bahwa hadits ini sahih).
Jumaat, 11 Januari 2013
KAWAN YANG KU INGINKAN
IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.
Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan."
“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”
“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.
“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.
Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.
Khamis, 10 Januari 2013
Rabu, 9 Januari 2013
BERGANDINGAN TANGAN HINGGA KE SYURGA
Jumaat, 4 Januari 2013
Khamis, 3 Januari 2013
ZIKIR IMAM AL GHAZALI
ZIKIR Pembuka Pintu Rezeki
1. Memperbanyak Membaca
La hawla Wala Quwwata Illa billah
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah
( HR. At Tabrani )
2. Membaca
La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca
La ilaha illallahul malikul haqqul mubin
maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur
(HR. Abu Nu’ aim dan Ad Dailami).
Rabu, 2 Januari 2013
Kronologi makhluk manusia
Kronologi makhluk manusia :
Alam Roh
Di alam roh ini makhluk manusia belum lagi dipanggil manusia. Ia masih lagi dalam bentuk roh. Tak banyak yang Allah sampaikan mengenai alam ini. Apapun Roh telahpun berjanji kepada Allah untuk taat. Roh juga berumur sebaya. Yang membezakan ialah waktu roh itu dimasukkan ke dalam rahim ibu yang mengandung pada zaman ini, zaman sebelum ini mahupun zaman yang akan datang. Dalam ertikata lain setiap insan yang kita temui sebenarnya sama baya dengan kita di alam roh cuma dengan kehendak Allah Talla mereka dilahirlah terlebih dahulu di alam ini.
Alam Rahim
Roh yang dimasukkan telah ditetapkan Allah akan amal, rezeki, ajal dan sebagainya sepanjang kehidupannya di dunia. Alam yang dilalui tanpa sedar ini selama lebih kurang 9 bulan masa dunia lamanya.
Alam Hidup di Dunia
Alam inilah kita dinamakan manusia dan disini jugalah penentuan perjalanan kita yang seterusnya baik atau buruk. Tidak seperti di alam yang sebelum ini dimana kita langsung tak boleh membuat pilihan kerana Allah Taala telah memberikan ketetapan, hanya di alam ini pula kita boleh membuat pilihan samaada untuk patuh kepada perintah Allah atau sebaliknya.
SOLAT SUNAT RAWATIB
Solat rawatib mengiringi solat tardu sebelum ataupun selepas. Untuk mencari keredaan Allah, tambahlah ibadat solat kita dengan amalan yang disunnahkan ini semoga dapat menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.
Langgan:
Catatan (Atom)