Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)

Sabtu, 30 Mac 2013

TAKUT DAN BERHARAP KEPADA ALLAH




                                                      



Assalamualaikum

Semalam pengajian di Majlis Ta'lim Darul Murtadza, tausiyah oleh AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID (pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza) membahasakn kitab Terjemahan Riyadhus Shalihin. Bab Mengumpulkan Antara Takut dan Berharap kepada Allah. 

Kita sebagai manusia perlu ada perasaan takut dan berharap untuk memantapkan iman kita. 

Allah Taala berfirman:
"Tiada yang merasa aman dari siksaan Allah kecuali orang-orang yang merugi."
(Al-A'raf, 7:99)
Kita perlu takut lebih dari berharap lebih 
contoh :  kita perlu takut akan dengan azab Allah lebih untuk menghalang kita berbuat maksiat. Kemudian kita perlu mengharapkan  rahmatNya. 


Kita juga perlu berharap lebih dari takut 
contoh: Apabila kita berada di dalam terlalu takut seperti dalam keadaan nazak. Kerana ketika itu kita memerlukan mengharap dan harapan yang baik pada Allah. 





Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah

Wallahualam bi shawab

bacaan harianku

Isnin, 25 Mac 2013

ASMAUL HUSNA : AL-MALIK (YANG MAHA MEMERINTAH)





Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
AL-MU'MINUN ayat 116

bacaan harianku

Isnin, 4 Mac 2013

ZIKIR AL 'AFUW - YANG MAHA PEMAAF













Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah

Wallahualam bi shawab




bacaan harianku

Sabtu, 2 Mac 2013

DHAD YANG BERIMAN








Assalamualaikum,

Semalam saya bersama suami pergi ke Majlis Ta'lim Darul Murtadza seperti biasa. Selalu Sheikh AlHabib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Alhamid yang memberi ta'lim tapi kali ini ada uztaz jemputan iaitu Ustaz Don .

Ustaz Don menceritkan kisah biawak Dhad yang beriman.

Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan-Nihayah bahawa dalam sebuah kisah yang disampaikan oleh Sayyidina Umar al-Khattab r.a. :

Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi dari Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah s.a.w. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi, maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata, “Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat mengembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya!”

Sayyidina Umar al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata,”Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”

Nabi s.a.w. tenang menjawab permintaan Umar r.a., “Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?”


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES