
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah
Wallahualam bi shawab
Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)


"Diciptakan malaikat daripada cahaya, Jin daripada api dan Adam a.s daripada apa yang disifatkan buat kamu" (Ahmad dan Muslim)
Dari Ibn Masud r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada seorang pun dikalangan kamu melainkan bersamanya Qarin dari Jin"Mereka berkata: Engkau juga wahai Rasululah s.a.w. Sabda baginda: "Ya begitu juga aku, melainkan Allah membantu aku ke atasnya lalu ia telah Islam, maka ia tidak menyuruh aku melainkan dengan kebaikan.
Dari Abi Said al Khudri r.a berkata: Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya aku melihat kamu sukakan kambing dan kampung. Maka apabila kamu berada di tengah kambing dan kampung kamu, maka kamu azan untuk solat maka angkatlah suramu untuk azan, kerana tidak mendengar panjangnya suara muazzin oleh Jin, manusia dan sesuatu melainkan akan menyaksikaanya pada hari kiamat.
"Jin itu ada tiga jenis: Jenis yang terbang di udara, jenis ular dan anjing, jenis yang bermukim dan jenis yang berpindah randah"
Daripada Aisyah r.a berkata: bersabda Rasulullah s.a.w: "Dicipta malaikat daripada Nur, jin daripada marij daripada api dan adam seperti sifat kamu"