Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)

Khamis, 21 Januari 2010

HADIRKAN 3 PERKARA KETIKA SOLAT






Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, sebagai mana yang kita ketahui solat adalah tiang agama kita. Sekiranya kita tidak mendirikan solat seolah-olah menggambarkan bahawa kita memandang remeh pada solat yang diwajibkan pada setiap umat Islam. Bagi Fazi, solat itu mestilah dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas tanda cintanya kita pada Allah, sebagai tanda syukur dan sebagainya.

Pernah tak kita sedang solat, kita terfikirkan perkara lain? Itu tandanya kita tidak kusyuk bukan? Saya juga sering tidak kusyuk ketika di dalam solat. Dalam perkara yang sedang bermain difikiran. Tidak fokus!

Saya ada terbaca dan mendengar ceramah mengenai kita perlu hadirkan 3 perkara ketika solat iaitu Al-Tolah, Al-Khudhu dan Al-Takzim.

Apa itu Al-Tolah, Al-Khudhu dan Al-Takzim?

1. Al-Tolah iaitu sentiasa meminta-minta kepada Allah.
Ini kerana oleh kerana itulah bacaan dalam solat semuanya ada unsur meminta sesuatu dengan Allah.

2. Al-Khudhu bermaksud rasa hina diri.
Apabila kita rukuk, timbul perasaan hina diri lebih-lebih lagi ketika sujud.

3. Al-Takzim pula bermaksud mengaku betapa agungnya Allah.


Semoga selepas ini kita lebih peka dan fokus ketika mengadap Allah 5 kali sehari dan amal idabat kita diterima oleh Allah.

Wallahualam bi shawab








bacaan harianku

Selasa, 19 Januari 2010

5 JENIS MANGSA BURUAN BINATANG HURAISY





Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, semoga hidup kita pada hari ini lebih tenang dan diberkati Allah dunia dan akhirat.

Pada hari akhirat kelak akan keluar seekor binatang dari neraka yang digelar Huraisy. Saiznya panjang seperti jarak di antara langit dan bumi dan lebarnya pula seperti dari barat ke timur. Apabila ia keluar maka malaikat Jibrail a.s. berkata;

"Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak cari siapa?"


Lalu kata Huraisy;

"Aku mencari 5 jenis orang itu:

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang menderkahai ibu bapanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap hal dunia di dalam masjid."






Dengan melihat diri sendiri, adakah kita ada ciri-ciri di atas? Subhanallah... takutnya. Kalau ada, cepat-cepatlah kita sedar dan bertindak meninggalkan perkara yang dimungkari oleh Allah. Tidak terlambat untuk kita berubah dan bertaubat. Allah Maha Pengampun lagi Penyayang untuk hambaNya yang mahu bertaubat.


Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Sabtu, 16 Januari 2010

NABI MUHAMMAD DIBEDAH KETIKA KECIL




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh kepada saudara-saudari semua. Entry kali ini amat menarik. Seorang kekasih Allah yang menjadi contoh kepada kita semua umat Islam. Betapa sayangnya Allah sehingga menghantar malaikat Jibrail untuk mencuci segumpal darah dalam tubuh Nabi Muhammad dari sifat syaitan.


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menceritakan, semasa baginda masih lagi kecil baginda telah didatangi oleh malaikat Jibrail. Ketika itu baginda sedang bermain dengan beberapa orang kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Maka malaikat Jibrail as pun memeluk Nabi Muhammad SAW dari belakang lalu membaringkan. Kemudian malaikat Jibrail as pun membelah dadanya dan mengeluarkan segumpal darah seraya berkata;

"Inilah bahagian syaitan yang ada dalam dirimu."


Kemudian malaikat Jibrail as pun membersihkan dengan air zam zam di dalam piring emas. Setelah itu malaikat Jibrail pun memasukkannya semula ke tempat asalnya.

Peristiwa itu berlaku dengan disaksikan oleh kanak-kanak yang bermain dengannya tadi. Kamudian kanak-kanak itu berlari mendapatkan ibu susuan Nabi Muhammad sambil berkata;

" Muhammad telah dibunuh."


Maka dengan perasaan sedih mereka pun berlari mendapatkan Nabi Muhammad yang dikatakan telah mati dibunuh itu. Menurut Anas dia mengatakan bahawa dia kerap ternampak bekas jahitan itu pada dada Rasulullah SAW.



Wallahualam bi shawab

bacaan harianku

Selasa, 12 Januari 2010

SAKSI




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, berjumpa lagi kita pada 2:30 pagi. Ketika Fazi melayari internet tadi, Fazi terdengar sebuah lagi yang penuh makna dan memberi kesan pada diri. Nait-bait liriknya memberikan satu kesedaran. Jom kita hayati lagu ini dengan teliti. Sebuah lagu nyanyian Rabbani feat Mawi.


Saksi
Album : 1418-1428H
Munsyid : Rabbani (feat Mawi)



Saat dan waktu semasa hidupmu
Apa yang dilaku, apa amalanmu
Jangan kita lupa Dia ketahui-Nya
Jangan kita leka segala dihidu-Nya

Dunia sementara sandiwara semata
Kembali pada-Nya akhirat di sisi-Nya
Hidup penuh dosa tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka kan kita terimanya

Tangan berkata apa dilakunya
Kaki bicara ke mana yang melangkah
Mata bersuara apa pandangannya
Telinga bercerita apa yang didengar

Tiba nanti masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Banyak kan mendengar
Mampu bersuara
Saksi berbicara
Amalan semata

Sujudlah kepada-Nya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa
Mohon iman bertakhta
Di hati dan di jiwa
Hindar segala siksa
Saat amalanmu ditanya




Selepas mendengar lagu tadi, Fazi rasa Allah telah amanahkan seiap anggota badan untuk berbuat baik. Jangan disalah gunakan. Mata, telinga, lidah dan sebagainya mempunyai amanah yang perlu dilaksanakan. Merekalah saksi kita di akhirat kelak. Lidah kita akan patri. Yang berbicara hanyalah anggota badan kita yang lain menjadi saksi setiap perbuatan kita.

Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Isnin, 11 Januari 2010

NABI ISMAIL MENERIMA HAJAR ASWAD DARI JIBRAIL





Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, pada malam yang sepi ini Fazi teringin berkongsi kisah Nabi Ismail serta ayahnya Nabi Ibrahim dan Hajar Aswad. Kisah menarik dan bagus untuk kita ketahui asal usul Hajar Aswad.


Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail betrungkus lumus untuk menjayakan permbinaannya dengan mengangkat batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Berkata Nabi Ibrahim a.s kepada Nabi Ismail a.s;

"Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibrail a.s memberikan batu yang cantik. Nabi Ismail a.s dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim as . Nabi Ibrahim a.s merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya;

"Dari mana kamu dapat batu ini?"


Berkatalah Nabi Ismail a.s ;

"Batu ini aku terima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibrail)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekrang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaka yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum Muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu. Yang tidak dapat mencium cukuplah sekadar memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

Ada riwayat mengatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarah kaabah ia menjadi hitam seperti yang didapati sekarang.

Wallahu a'lam. Apabila manusia manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahao saudara-saudaraku Hajar Aswad itu tidak mempunyai apa-apa kekuasaan. Menciumnya hanyalah sunnah dan di tempat Hajar Aswad itu merupakan tempat di perkenankan doa.

Bagi yang ada kepalangan berdoalah di sana, Insya'allah doanya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah. Sebab tipu daya syaitan sangat kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khatab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad);

"Aku tahu sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswa)."





Wallahualam bi shawab



bacaan harianku

Selasa, 5 Januari 2010

MUSIBAH DAN TEKANAN MENGGUGURKAN DOSA-DOSA KITA.


Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, semoga kehidupan kita pada hari ini memberikan kita satu semangat yang baru dan bertenaga sebagai hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi ini. Pelbagai ujian yang diturunkan kepada kita oleh Allah untuk melihat tahap kesabaran dan keimanan kita. Dalam mengharungi pelbagai dugaan kehidupan, Fazi juga selalunya tidak mampu menanggungnya. Ada kalanya Fazi kecundang dengan dugaan yang diberikan. Tak tertanggung rasanya. Perasaan sendiri tak menentu, mudah marah, menyendiri, hilang rasa keyakinan diri dan lain-lain lagi. Tapi Fazi cuba mendekatkan diri pada yang Esa mengadu dan meluahkan rasa yang tidak tertanggung lagi. Jadi hari ini Fazi ingin berkongsi tips meringankan tekanan semasa ditimpa ujian dan musibah bersama saudara-saudari semua melalui pembacaan dan pengalaman sendiri.


1. PENGHAPUSAN DOSA

Ingatlah bahawa segala ujian atau tekanan yang berlaku itu bertujuan menghapuskan dosa. Firman Allah dalam surah al-Syura ayat 30;

"Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan ( dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu."


2. MENINGKATKAN DARJAT

Musibah itu akan menyebabkan seseorang mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Nabi s.a.w bersabda;

"Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengguugurkan daun-daunnya."


3. MENGINGATI ALLAH

Ujian yang berlaku menyebabkan seseorang itu ingat akan Allah s.w.t


4. MENSYUKURI NIKMAT

Bayangkan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Allah s.w.t. kepada kita sebelum ini.


5. BERASA UJIAN KITA LEBIH RINGAN

Mengingatkan diri bahawa ujian yang telah menimpa orang lain, yang jauh lebih berat daripada apa yang kita deritai.


6. ALLAH MENYAYANGI KITA

Ujian yang berlaku merupakan tanda Allah cinta kepada hamba-Nya. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud;

" Barang siapa dikendaki Allah baginya kebaikan, maka akan diberikan cubaan padanya."

(Riwayat al-Bukhari)




Faz: Lihatlah betapa sayangnya Allah pada kita, rupanya ujian dan tekanan yang diberikan untuk memberi kita kesedaran dan menghapus dosa-dosa kita yang lalu. Selain menghapuskan dosa kita, rupanya kita ditingkatkan harjat di sisi Allah. Tapi sebagai manusia selalu mengeluh menyalahkan Allah balik kerana Allah menurunkan ujian. Fazi akui apabila kita ditimpa musibah ataupun ujian, kita lebih dekat pada Allah kerana pada ketika itu mencari tempat mengadu. Pada Allah saja baru kita memohon ampun sejujurnya, pada ketika itulah mengenangkan dosanya diri ini tidak menjalankan tugas dan amanah sebagai hamba-Nya ketika kita berjanji pada alam roh sebelum ditupkan ke dalm rahim ibu kita. Derhakannya kita bila dikenang-kenangkan dosa kita. Tapi kenang saja tidak boleh ia mestilah disusuli dengan perbuatan kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Ahad, 3 Januari 2010

QAMAR BANI HASHIM








Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, tahun lepas pada bulan Ramadhan Fazi telah menonton sebuah drama bersiri mengenai Rasulullah. Sebuah drama yang memberi kita ilmu, pengajaran dan sambil itu lebih mudah untuk faham tentang Rasulullah dan agama Islam. Kali ini Fazi cuma ingin berkongsi satu kisah yang terjadi dalam perjalanan kehidupan pada baginda berusia 12 tahun.



Dalam usia dua betas tahun bapa saudara Baginda Abu Talib membawa bersama-samanya ke Negeri Syam (Syria). Ketika mereka sampai di suatu tempat yang dikenali dengan
“Basra”, mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama “Buhaira”, seorang yang bijak mengenai Kitab Injil dan agama Nasrani (Kristian). memerhati Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasailam kemudian bertanya kepada Abi Talib, katanya:

“Budak ini anak tuan hambakah?"

Lantas dijawab oleh Abi Talib;

"Kenapa tidak! Ya, budak ini anakku."

Oleh kerana Abu Talib terlalu kasih dan sayang kepada RasuluLlah sejak dahulu lagi maka beliau menyebut-nyebut baginda sebagai anaknya. Kemudian Buhaira menegaskan;

“Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup.”

Abu Talib menjawab;
“Sebenarnya budak ini anak saudaraku, bapanya meninggal ketika ia masih dalam perut ibunya”.

Paderi tadi menambah;
“Memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala—galanya tercatat dalam Injil dan di sini ingin saya memberi nasihat iaitu supaya segeralah engkau membawanya pulang sebab kalaulah ternampak oleh orang-orang Yahudi mereka akan mengancam nyawanya kerana anak saudaramu ini di masa muka nanti akan membawa suatu perkara besar dan agung.”

Maka Abu Talib pun segeralah pulang ke Mekah bersama RasuluLlah SallaLlahu‘alaihi Wasallam.





Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Sabtu, 2 Januari 2010

SENANGNYA KITA TERTIPU DENGAN SYAITAN


Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, alhamdulillah Fazi masih lagi bernafas untuk terus menjalankan tugas sebagai hamba-Nya pada tahun 2010. Selamat Tahun Baru 2010. Entry kali ini amat menarik dan mengejutkan. Selama ini, Fazi kira apa Fazi lihat adalah benar. Rupanya sudah terjawab apabila Fazi menerima emel dari Malaysia Ria. Fazi telah copy & paste supaya kita boleh berkongsi kebenarannya.






"Bertakwalah kepada ALLAH di mana kau berada & sambunglah perbuatan jahat itu dgn kebaikan supaya terhapus (kejahatannya) , & bergaullah sesama manusia dgn budi yg baik (akhlak yg baik)."
[ Riwayat At-Tirmidzi ]



Korang mesti pernah tengok gambar Jin Gua Hira' kan??


kalau korang nak tau, gambar tu sebenarnya TIPU, HOAX, FRAUD,FAKE!! !!!!!!!!! !
Ni gambar sebenar!! Gambar tu bukan gambar Jin pun!! Dan bukan diambil di Gua Hira' pun!!!

Terima kasih kepada journalist Turki ALI MURAT GUVEN.


Dearbrother, I am a Muslim-Turkish journalist from Istanbul. I am mailingyou the true story of famous "faked" jinn picture on the net. I catchedthis famous cave monster from his leg in a show cave nearBristol- England! It is NOT the satan, or jinn, or another bizzarething. It is only a silly sculpture made by hard-plastic for onlytouristic attraction and fun. The Muslim world believes this silly jokefor years. I was researching the backside of this internet myth for oneyear and I arrived the truth last December.
-ALI MURAT GUVEN-



Kita tertipu sudah lama dengan gambar kononnya Jin Gua Hira'!!
Zaman sekarang ini, gambar pelik boleh kita anggap di'photoshop' kan.... dankita anggap gambar pelik yang diambil dahulu semuanya tulen kerana teknik photoshop masih tidak wujud dan susah mahu menipu dengan gambar,namun kita tersilap...penipuan tetap berlaku..

Gua Hira,tempat suci di mana Nabi Muhammad saw mendapat wahyu pertama..

Tempat Nabi-Nabi adalah tempat mulia/suci dan terjaga dari sekelian keburukan dunia, apatah lagi tidak logik setan boleh berpossing relax kat guatuh. Satu lagi gambar setan tu langsung tak masuk akal.

Gambar tu dibuat bertujuan menghina Nabi Besar SAW.
Kononreflek di sebalik gambar tu ialah N.Muhammad bertapa dengan setan(nauzubillah) dan yang menyampaikan ayat Al-Quran itu adalah dari tipudaya setan di dalam gua. Kekadang gambar di internet dianggap sebagai lucu adalah merbahaya kepada akidah. Kita dipesong secara homur tanpa mengetahui motif disebaliknya




Setelah di baca dan diteliti, mudahnya kita di tipu... dan tertipu. Semoga kita mendapat pelindungan dari Allah SWT dari tipu daya syaitan. Berhati-hati, selidik dahulu sebelum mempercayai apa yang lihat. Apa yang kita lihat tidak semestinya betul. Gunakan akal fikiran yang Allah SWT berikan supaya kita tidak di terwatakan oleh mereka yang suka melihat umat Islam terpedaya dengan permainan mereka dan semestinya mereka tergolong daripada syaitan. Sekian dari Fazi untuk dikongsikan bersama saudara-saudari semua.

Wallahualam bi shawab

bacaan harianku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES