Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, tahun lepas pada bulan Ramadhan Fazi telah menonton sebuah drama bersiri mengenai Rasulullah. Sebuah drama yang memberi kita ilmu, pengajaran dan sambil itu lebih mudah untuk faham tentang Rasulullah dan agama Islam. Kali ini Fazi cuma ingin berkongsi satu kisah yang terjadi dalam perjalanan kehidupan pada baginda berusia 12 tahun.
Dalam usia dua betas tahun bapa saudara Baginda Abu Talib membawa bersama-samanya ke Negeri Syam (Syria). Ketika mereka sampai di suatu tempat yang dikenali dengan
“Basra”, mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama “Buhaira”, seorang yang bijak mengenai Kitab Injil dan agama Nasrani (Kristian). memerhati Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasailam kemudian bertanya kepada Abi Talib, katanya:
“Budak ini anak tuan hambakah?"
Lantas dijawab oleh Abi Talib;
"Kenapa tidak! Ya, budak ini anakku."
Oleh kerana Abu Talib terlalu kasih dan sayang kepada RasuluLlah sejak dahulu lagi maka beliau menyebut-nyebut baginda sebagai anaknya. Kemudian Buhaira menegaskan;
“Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup.”
Abu Talib menjawab;
“Sebenarnya budak ini anak saudaraku, bapanya meninggal ketika ia masih dalam perut ibunya”.
Paderi tadi menambah;
“Memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala—galanya tercatat dalam Injil dan di sini ingin saya memberi nasihat iaitu supaya segeralah engkau membawanya pulang sebab kalaulah ternampak oleh orang-orang Yahudi mereka akan mengancam nyawanya kerana anak saudaramu ini di masa muka nanti akan membawa suatu perkara besar dan agung.”
Maka Abu Talib pun segeralah pulang ke Mekah bersama RasuluLlah SallaLlahu‘alaihi Wasallam.
Wallahualam bi shawab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan