Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Pada hari yang mulia ini iaitu hari Jumaat saya ingin berkongsi ilmu mengenai wanita syurga dan neraka.
Mari kita mulakan dengan empat golongan wanita yang berada di syurga.
Mari kita mulakan dengan empat golongan wanita yang berada di syurga.
1. Wanita yang menjaga dirinya dari berbuat haram.
2. Wanita yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang maka ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
3. Wanita yang ramai keturunan lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang ( dalam kehidupan) bersama suaminya.
4. Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia berkahwin khuatir putera-puterinya akan tersia-sia. (Jika ada jaminan anak-anaknya tidak disia-sia boleh dia berkahwin).
Manakala untuk empat golongan wanita yang berada di dalam neraka pula;
1. Wanita yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang dia tidak mampu.
2. Wanita yang kotor mulutnya terhadap suaminya, tidak menjaga diri, jika suaminya datang ia akan memakinya.
3. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup, kecuali makan, minum dan tidur dan dia tidak sanggup berbakti kepada Allah dan Rasulnya dan tidak sanggup berbakti kepada suaminya.
4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasan dan memperlihatkan kecantikan untuk menarik kaum lelaki.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Wanita yang menyakiti hati suami pada hari khiamat nanti Allah akan jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya."
Menjadi seorang wanita bukanlah susah untuk masuk syurga jika kita menjalankan tanggung jawab sebagai muslimah dan isteri yang baik. Dan jangan pula kita lupa, amat senang untuk kaum wanita tercampak ke dalam perut neraka jahaman . Selamat beramal.
Wallahualam bi shawab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan