Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Ramadhan datang lagi memberi peluang kepada kita mendekatkan diri kepada Allah dengan ganjaran yang besar.
Esok kita akan mengerjakan ibadah puasa. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Firman Allah S.W.T:
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
Semoga ramadhan kali ini dapat meningkatkan darjat kita sebagai umat Islam. Melangkah ke arah yang baik dari sebelum ini.
Saya bukanlah pakar bab agama, cuma berkonsi pandangan sebagai seorang insan. Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.
Wallahualam bi shawab
Salam Ima.
BalasPadamSelamat menjalankan ibadah puasa dan meraih taqwa dalam bulan ramadhan kali ini.
Wa'salam Mak Yang,
BalasPadamAlhamdulillah, ramadhan datang lagi.
Bulan yang dinanti-nantikan ganjarannya.
Insya'allah kita sama-sama perhebatkan amal ibadat kita.