Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Sebentar tadi saya telah mendengat ceramah di Radio Perak.fm di dalam kereta perlajanan ke Tapah atas urusan kerja. Ceramahnya amat menarik mengenai sunnah Rasulullah. Antara yang menarik minat saya mengenai mata. Dalam ceramah tersebut menceritakan Rasulullah menegur seorang hamba Allah selepas melihat beliau solat. Rasulullah menyuruh beliau solat sekali lagi. Setelah selesai beliau solat, Rasulullah menyuruh sekali lagi beliau solat semula. Kemudian selesailah solat tersebut. Sekali lagi Rasulullah menuruh beliau solat sekali lagi. Dengan rasa ingin tahu apa silapnya yang Rasulullah menyuruh beliau solat beberapa kali, beliau pon bertanya,
"Wahai Rasulullu, sila bagitahu saya apa yang kurang solat saya setelah berkali-kali saya mengulangi solat saya."
lalu Rasulullah berkata
"Kamu tidak solat dengan tertib, terlalu laju kamu solat."
Begitulah mata Rasulullah, memerhati setiap tindak tanduk umatnya. Baginda ingin umatnya solat dengan betul dan menggunakan mata yang Allah berikan untuk melihat segala tindak tanduk yang kita lakukan betul dan mencari kekurangan diri supaya boleh diperbaiki dan menjadi mata sebagai pengawas pada gerak geri anggota badan kita, memastikan setiap anggota badan kita menjalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan dan melindungi anggota badan kita dari melakukan kemungkaran & menjaga aurat serta melihat perkara kebaikan dan kebesaran Allah sahaja.
Setelah mendengar ceramah tersebut membuatkan saya rasa masih banyak tugas mata saya belum jalankan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. Allah berikan amanah supaya kita menjaga mata kita, tapi kita masih alpha.
Agaknya kalau mata kita buta, tentu susah kita hendak memastikan tubuh badan atau aurat kita ditutupi dengan betul. Entah-entah ternampak jambul di depan. Tak pon baju yang dipakai jarang sehingga menampakkan badan... Bagaimana ye... siapa yang dapat pasti semua ini ya.. ?
Bagaimana kedudukan sujud, rukuk, dan duduk antara dua sujud kita betul ke tidak?
Mata oh mata..... ketika itu baru kita sedar akan nikmat mata yang Allah berikan.
Hendak mendapat pahala melalui mata begitu senang.... Melihat al-Quran sahaja sudah dapat pahala. Melihat satu huruf dalam al-quran pon dapat pahala belum baca dan dengar lagi.. Bayangkan pahalanya.. Melihat Kaabah pon dah dapat pahala. Melihat wajah kedua ibubapa kita .... masya'allah besarnya pahala....
Itulah kenikmatan mata yang tanpa kita sedari....
Nak dapat dosa melalui mata amat mudah, Melihat maksiat dapat dosa. Melihat aurat orang lain dapat dosa, Melihat diri sendiri melakukan kemungkaran pon dapat dosa... Membaca bahan lucah dapat dosa. Melihat gambar-gambar lucah dapat dosa... dan banyak lagi senangnya kita mendapat dosa sekiranya kita tidak menjaga mata kita..
Jadi jagalah mata kita dengan penuh amanah dan tanggungjawab seperti yang kita janjikan lagi di alam roh.
Entry kali ini hanyalah pandangan saya setelah mendengar ceramah di radio. Sekiranya ada tersalah, diharap saudara-saudari yang dihormati dapat betulkan saya.
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah
Wallahualam bi shawab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan