Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Lama sungguh tak update blog ni. Banyak idea yang ingin dicoretkan dalam blog ni. Di dalam dunia IT sekarang. Kita boleh dapat ilmu dengan pantas dan banyak perkara yang kita tidak tahu, kita boleh tahu dengan mudah kerana penyebaran ilmu yang amat mudah serta ia mudah persebar dengan cepat sekali. Sekarang sudah ramai muslimah kita mendapat kesedaran mengenai menutup aurat. Bagaimana ingin menutup aurat. Pelbagai jenis tudung, seledang dan pakaian yang indah untuk mengajak dan menyeru muslimah kita bertudung. Alhamdulillah ramai yang sudah bertudung. Bertudung???? Bertudung tapi memakai baju yang nipis, jarang, singkat, ketat. Adakah itu sudah memenuhi syarat dalam hukum agama Islam bagi wanita Islam menutup aurat dengan sempurna.
Menjadi seorang wanita Islam atau muslimah sebenarnya tidak susah. Tapi ia memerlukan kesedaran diri, rasa tanggungjawab, dan tahu siapa kita, tujuan kita hidup atas muka bumi Allah ini.... semua ini tidak akan menjadi tanda tanya pada diri kita semua.
Malah bukannya semua orang mendapat didikan agama Islam dari keluarga mereka sejak dari kecil. Tapi ada yang dapat didikan agama pon masih rasa ada perasaan dan sikap 'tak pe' dalam diri.
'Tak pe' saya masih muda, belum akhil baligh lagi. Tak perlu menutup aurat lagi"
" 'Tak pe' anak saya masih muda, bagila mereka berfesyen dulu... biarkanlah mereka... Sampai masanya mereka akan menutup bertudung la."
"'Siapa kata saya tak tutup aurat.. saya kan pakai tudung. Tak pe' la saya pakai legging. Legging ni kan dah tutup kaki saya."
Jom kita baca artikel dari sinarharian yang amat menarik perhatian saya.
SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
24 Februari 2012
ISLAM itu indah dan tidak membebankan hamba. Islam juga tidak pernah mengharamkan umatnya untuk bergaya mengikut peredaran masa, tetapi hendaklah menepati syariat. Tidak salah untuk kelihatan cantik sekiranya kena pada tempatnya kerana ALLAH suka pada benda cantik.
Rehal bersama Editor Syariah yang juga penulis, Mohamad Wahid Abd Hanif, 31, menyelongkar gaya pemakaian masyarakat hari ini yang dilihat semakin ketara ‘sopannya’ sama ada lelaki mahu pun wanita.
KELIRU DENGAN HUKUM
Mohamad Wahid berkata, isu pakaian bukanlah perkara baru, ia menjadi perbincangan utama dalam setiap majlis ilmu yang dihadiri. Berpakaian menjolok mata walaupun bertudung sehingga terdedah sana sini sudah menjadi trend dan apabila ada suara baik menegur boleh pula menjawab don’t jugde the book by its cover.
“Ramai bertanyakan mengapa kesedaran dalam berpakaian tidak wujud dalam jiwa individu Muslim, mengucap dua kalimah syahadah, tetapi enggan menutup aurat seperti dituntut Islam.
“Mengapakah ada sebahagian orang Islam enggan menutup aurat? Jawapannya mungkin kerana mereka berada dalam kekeliruan dan jahil dengan hukum menutup aurat,” katanya memula bicara.
Menurutnya, tidak dinafikan ada yang enggan menutup aurat disebabkan sifat sombong yang terpalit dalam hati. Bukan tidak tahu akan hukum menutup aurat, tetapi menolak kebenaran. Nabi Muhammad SAW mentakrifkan sombong itu adalah batarul haqqi waghamtun naas bermaksud menolak kebenaran dan menghina manusia. (Riwayat Muslim).
Dewasa ini, wujudnya pelbagai pandangan daripada pihak yang keliru dengan agama ALLAH sehingga mengatakan menutup aurat menzalimi wanita.
Mohamad Wahid menjelaskan, golongan berkenaan sebenarnya tidak memahami konsep menutup aurat. Mereka mengatakan memakai tudung menutup kepala sama seperti menutup akal dan minda, ada yang salah faham dengan firman ALLAH maksudnya: “Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.” (Surah al-A’raf ayat 26).
Mereka mengatakan pakaian takwa itu adalah lebih baik daripada pakaian menutup aurat. Tidak kurang juga mengatakan bahawa ayat mengenai aurat ini ditujukan kepada isteri-isteri Baginda, tidak semestinya semua wanita wajib menutup aurat.
“Sesuatu yang perlu dijelas adalah menutup aurat bukan lambang kemunduran. Adakah kemajuan itu ertinya kita perlu mendedahkan aurat dan berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh?, kenyataan dikeluarkan warganegara Turki, Ahmad Reda, supaya ditumbangkan sahaja sistem pemerintahan Islam di Turki kerana dia menganggap selagi lelaki dan perempuan di negara itu tidak bercampur bebas dan membuka hijab, maka tidak akan ada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki,” ujarnya berkongsi maklumat.
Beliau berkata, situasi sedemikian turut berlaku di Mesir. Seorang tokoh terkenal negara itu, Taha Husin, menyebut, “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau buruk, sama ada manis atau pahit, sama ada disukai atau dicaci.”
Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ia berbeza dengan Barat. Begitulah antara kekeliruan yang berlaku dalam kalangan orang Islam sendiri berkaitan dengan kewajipan menutup aurat.
AURAT ITU MARUAH
Wanita mahupun lelaki mempunyai batas aurat yang perlu dijaga, setiap undang-undang digubal ALLAH mempunyai sebab tertentu berkaitan kehidupan seharian makhluk-Nya.
Batasan aurat lelaki walau sesama jantina bermula dari pusat hingga ke lutut, ya tidak dinafikan kaum Adam mempunyai sedikit kelonggaran berbanding Hawa, tetapi hari ini betapa mudahnya mereka mendedahkan aurat bagi memenuhi tuntutan berfesyen.
Abu said al-Khudri meriwayatkan Rasulullah bersabda: “Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan.
Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perempuan dalam satu selimut tanpa pakaian.” (Hadis riwayat Bukhari).
Al-Quran didatangkan dalam pakej lengkap, semua perkara terhitung dalamnya, firman ALLAH bermaksud: “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-nak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang beriman, hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (Surah al-Ahzab ayat 59).
“Firman ALLAH itu menyentuh persoalan mengenai jilbab. Dalam kamus Arab, al-Mu’jam al-Wasit karya Dr Ibrahim Anis, (cetakan Darul Ma’arif, Kaherah), Jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-Jasadi (pakaian yang menutup seluruh tubuh). Diertikan juga dengan ma fauqa ats-Tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan atas pakaian rumah seperti jubah) turut diertikan sebagai al-mula’ah asy-tamilu biha al-Mar’ah (pakaian luar digunakan menutup seluruh tubuh wanita). Berdasarkan ayat itu jelas menyebut pakaian yang menutup seluruh tubuh wanita. Sekiranya pakaian itu ketat atau nipis sehingga menampakkan tubuh maka ia tidak dikira menutup aurat.
“Wanita di luar sana, fahamilah pengertian berjubah, ALLAH memerintahkan wanita-wanita beriman agar menutupkan tubuhnya dengan jubah atau pakaian yang langsung tidak menampakkan susuk tubuh, namun kini kita diulit dengan arus fesyen yang tidak pernah berhenti,” nasihatnya.
Menurutnya, wanita diwajibkan memakai tudung menutup seluruh kepala, leher dan melabuhkan hingga ke bawah dada. Sebagaimana firman ALLAH: “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka.” (Surah an-Nur ayat 31).
Dua pakaian ini hendaklah dipakai wanita atau perempuan yang baligh ketika keluar rumah sama ada ke tempat kerja atau pasar. Sekiranya ingkar mematuhi arahan ALLAH ini, berdosalah dan layak bagi mereka mendapat balasan seksa ALLAH di akhirat kelak.
ISLAM PERINTAH TUTUP AURAT
Perlu diingati perintah menutup aurat bukan persoalan adat tetapi persoalan ta’abud iaitu ibadat atau dalam rangka beribadah kepada ALLAH. Justeru perlulah dipenuhi syarat-syarat dan rukunnya agar amalan itu diterima-Nya.
“Umat Islam hendaklah memahami bahawa Islam mementingkan persoalan etika dan akhlak. Saya ingin meminjam pandangan penceramah bebas, ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam satu ceramah beliau bahawa dalam Islam ada etika. Kalau kita nak pejabat, ada etika pakaiannya. Kalau kita hendak ke tempat yang hebat seperti hotel lima bintang ada kod pakaiannya. Kalau polis ada kod pakaiannya.
“Tempat sebegini kita tidak boleh memakai sewenangnya, contoh hanya memakai selipar jepun dengan tuala atau memakai kain pelikat. Begitu jugalah dalam Islam apabila Muslim hendak keluar dari rumah. Kalau dalam rumah, anda bersama keluarga atau isteri dengan suami boleh membuka tudung.
Tetapi sebaik melangkah keluar hindarilah aurat daripada diperlihatkan kepada bukan mahram. Dalam Islam ada akhlak yang perlu dijaga sebagaimana sabda Nabi: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (Hadis riwayat al-Baihaqi)," katanya.
-------------------------------------------------------------------
Antara kempen mengenai Aurat Sempurna yang tersebar luas di dunia IT.
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah
Wallahualam bi shawab
^_^
BalasPadamkakak!!
saya suka isi blog nya..
tersangat bermanfaat untuk wanita-wanita muslimah..
saya sangat berharap agar wanita-wanita Aceh membaca blog kakak ini..
teruskan dan jangan pernah berhenti berkarya..
Salam Ukhuwah..
:)
Terima kasih keran sudi dtg baca blog saya :)
Padam