Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)

Jumaat, 15 Februari 2013

BAGAIMANA NAK AJAK KEKASIH KITA PELUK ISLAM DAN KAHWIN?







Assalamualaikum dan selamat pagi,

Pagi ini saya ingin berkongsi pandangan oleh suami saya tentang bagaimana nak ajak kekasih bukan Islam memeluk Islam dan berkahwin. Ini adalah pandangan suami saya sebagai saudara baru untuk panduan  mereka yang ingin sedikit pandangan yang sedikit yang mungkin boleh diguna pakai.  Artikel ini dipetik dari blog kami suami isteri di www.adamfazi.com .



 ------------------





Saya ada menerima beberapa Private Massage di fanpage Facebook saya bertanyakan pandangan tentang bagaimana nak ajak BF /GF yang bukan Islam memeluk Islam dan berkahwin.


Pada pandangan dan dari pengalaman saya : 
1. Sbg seorang Muslim, tunjukkan keindahan Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Jika kita sendiri tak tunjuk teladan dan mempraktikkannya ajaran dan meninggalkan laranganNya amat sukar untuk mereka memahami apa itu Islam.


2.Jangan paksa GF/BF kita memeluk Islam untuk kahwin. Biarlah mereka memeluk Islam kerana Allah dan cinta akan Islam.


3.. Sekiranya BF/GF memang ada menunjukkan minat terhadap Islam, berikan buku-buku bacaan mengenai Islam yang mudah difahami is kandungannya. Bawa mereka ke kelas agama seperti di PERKIM untuk memahami Islam dengan lebih lanjut. 


4. Buatlah solat sunat taubat selalu supaya dosa kita diampunkan supaya doa kita mudah diperkenankan. Lagipon kita digalakkan lakukan solat taubat selalu.

Solat istikarah juga perlu untuk mendapat pertunjuk dari Allah adakah Si Dia jodoh terbaik untuk kita.

Solat hajat juga harus dibuat  supaya Si Dia mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam dengan sepenuh hati.


5. Selebihnya kita serahkan pada Allah menentukan-Nya.
Berusaha,beribadat, berdoa , tawakkal Insya'allah segala yang diinginkan dimakbulkan.


6. Jika dia bukan jodoh kita, jangan putus asa dan kecewa. Kerana Allah ada rancangan yang terbaik dan ada hikmahNya untuk kita.
Insan yang baik tentu Allah jodohkan dengan Insan yang baik juga. Insya'allah


Hanya pandangan kecil seorang saudara baru yang hina lagi berdosa di sisi Allah. Sekiranya ada salah silap pandangan saya minta dimaafkanlah.
Wassalam.


ADAM CORRIE





Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah

Wallahualam bi shawab

bacaan harianku

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum fazi dan suami..moga sihat dan dirahmati Allah sentiasa..untuk menimbulkan minat pada bangsa dan agama lain terhadap Islam kita wajar menjadi ikon pada diri sendiri terlebih dahulu..niat yang baik,,Allah pasti bantu..kita adalah ikon kepada agama kita sendiri..segalanya kerana Allah..

    BalasPadam


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES