Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Setelah banyak membuat kajian dari bacaan dan juga bertanya pandangan dari yang arif tentang hukum hakam bercelak. Jadi saya ingin kongsikan sedikit ilmu pengetahuan yang kita pandang remeh, tapi memberi pahala kalau boleh diguna pakai dengan cara yang betul.
Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
“Hendaklah kamu memakai celak mata kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata.” – (At Tibbun Nabawi)
Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, bermaksud;
“Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali”
– ( Ibnu Mahaj – At Tibbun Nabawi).
Faedah lain kita memakai celak mata seperti mana yang disebut di dalam At Tibbun Nabawi, bahawa perbuatan mencelak mata boleh mendatangkan beberapa faedah seperti
- Menyihatkan mata
- Menguat dan membersihkan (menerangkan) pandangan
- Menghilangkan penyakit mata
- Mencantikkan warna atau menyinar cahaya mata
Bercelak mata sunat bagi wanita dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahajatanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah. Seperti mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna (berlebih-lebihan) menambah bulu mata palsu dan sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan mengincukan bibir dengan warna merah secara berlebih-lebihan adalah dilarang keran semuanya adalah tabarruj jahiliah yang dilarang.
Namum, jika wanita bersolek untuk suaminya walaupun menyerupai tabbaruj jahiliah adalah digalakkan dan sunat pula (dapat pahala). Dapat pahala... mmmm . Tapi jika untuk keluar rumah dan untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang sama sekali.
Jadi sini dapatlah kita simpulkan, memakai celak adalah bagus untuk kesihatan mata dapat pahala kerana ia adalah sunnah Rasulullah. Bagi wanita pakai untuk berhias tapi niat hanya untuk tatapan suami. Selepas ini Fazi bolehlah berhias tanpa rasa syak wasangka tapi hanya untuk suami tercinta sahaja dan keizinannya juga.
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah
Wallahualam bi shawab
assalam ukhti..
BalasPadamsy suka blog ni :)
n izinkan share ilmu2 lam blog ni yer :)
salam ukhwah..
jemput la join kami d fb lam this group:
https://www.facebook.com/groups/gengniQabis/
wa'salam :)
Padamboleh silakan :)