Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Ingin saya kongsikan sebuah buku yang beli tahun lepas iaitu buku "80 Kekeliruan Wanita Islam". Buku ini menjelaskan tentang kekeliruan yan sering dilakukan oleh wanita Islam. Sesungguhnya hidup ini amat singkat. Di akhirat kita diminta bertanggungjawabkan setiap perlakuan yang dilakukan bertentangan dengan ajaran Islam bagi memperolehi kebahagian di akhirat. Pendek kata, kehidupan di dunia adalah tabungan untuk akhirat. Tanggungjawab di akhirat akan menjadi lebih ringan jika kita menjauhi kekeliruan tersebut satu demi satu.
Antara isi kandungan di dalam buku ini ;
- Kekeliruan dalam masalah akidah
- Kekeliruan dalam masalah rukun Islam
- Kekeliruan dalam berpakaian
- Kekeliruan di dalam rumah dan pergaulan suami isteri
- Kekeliruan dalam perkahwinan
- Kekeliruan ketika keluar rumah, melakukan perjalanan dan bergaul dengan lelaki yang bukan muhrim.
Antara persoalan yang menarik di dalm buku ini yang ingin saya kongsikan bersama ialah;
Wanita yang menaiki kenderaan bersama lelaki yang bukan muhrimnya.
Segelintir wanita menganggap pemandu peribadi itu seolah-olah bukan lelaki. Ia menutup wajahnya di hadapan lelaki yang bukan muhrim, tetapi membukanya dihadapan pemandu lelaki. Dia keluar bersama pemandu peribadi dengan memakai wangian, sedangkan dia tidak mempedulikannya. Di dalam kenderaan, dia berborak dengan pemandunya, kadang-kadang duduk di sampingnya. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jangan sesekali salah seroang daripada kamu duduk nerdua-duan dengan seorang wanita, kecuali bersama muhrimnya." (Muttafaqun' alaihi)
Jika wanita itu bersama dua wanira lain atau lebih, maka itu tidak menjadi masalah. Ketika itu, mereka tidak dikatakan berdua-duaan dengan syarat perjalanan itu dilakukan pada jarak yang dekat. Hal ini dijelaskan oleh Syaik Muhammad bin Utsaimin.
Judul Buku: 80 KEKELIRUAN WANITA ISLAM
Penulis: Dr. Abdullah Adbullah Abdurrahman al-Jibrin
Adaptasi: Norsyazwani Ismail
Terbitan : Synergy Media
--------------------------
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah
Wallahualam bi shawab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan