Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Dah lama tak update blog ni. Agak sibuk dengan kerja, hari ini saya luangkan masa sikit untuk buku terbaru saya beli iaitu buku BELAJAR MEMASAK 2 - Langkah demi langkah.
Buku ini menyediakan 50 resipi massakan yang menjadi kegemaran ramai dalam buku terbarunya, /idea untuk buku ini setelah kejayaan buku 'Buku Memasak' pertama yang memuatkan resipi-resipi dalam pelbagai cita rasa.
Buku ini memuatkan gabungan resipi masakan pelbagai kaum di Malaysia tetapi juga juga di seluruh dunia. Kandungannya menarik kerana setiap masakan dipaparkan dengan langkah-langkah yang mudah beserta keterangan dan gambar-gambar yang jelas.
JUDUL BUKU : BELAJAR MEMASAK 2 - LANGKAH DEMI LANGKAH
PENULIS : NORZAILINA NORDIN
PENERBIT : KARANGKRAF / ALAF21
HARGA: SEM MALAYSIA : RM21.00 - SABAH/SARAWAK : RM24.00
Menarik
- Resipi yang enak-enak
- Ada gambar cara membuat langkah demi langkah
- Mudah untuk dipraktikkan.
- Gambar yang cantik
- Resipi untuk sarapan : Roti Canai, Capati, Nan Keju dan banyak lagi
- Resipi makan tengahri : Black Pepper Steak, Lasagne, Pizza, Chicken Chop, Ayam Lemon dan banyak lagi.
- Resipi minum petang : Keropok lekor, Kuih goyang, Muruku, Puff Sardin dan banyak lagi
- Resipi pencuci mulut : Biskut Berhias, Coklat Berkacang, Krim Puff dan banyak lagi
- Resipi Makanan Asas : Laksa, Burger, Sosej dan banyak lagi.
huhuhu... nk buku tu.. :(
BalasPadam