Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.
Soalan:
Ada kawan saya baru masuk ISlam. SOalt sudah tahu tapi belum pandai baca Fatihah. Macam mana nak solat?
Jawapan :
Kalau berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa jika imam solat sambil membaca dengan nyaring, maka makmum tak perlu membaca Fatihah, selesailah masalah. Dalam kes ini, makmum tak perlu baca Fatihah. Cuma solat yang nyaroing hanya ada tiga iaitu solat Subuh, Maghrib dan Isyak. Dua lagi iaitu solat Zuhur dan Asar nampak gayanya kena juga makmum baca Fatihah.
Dalam hal ini, jika tidak mampu membaca Fatihah, maka bolehlah dibacakan tujuh jenis zikir atau doa. Kalau tak boleh baca juga, maka solatlah dalam bentuk pergerakan fizikal tanpa perlu membaca Fatihah . Tapi kenalah usaha belajar membaca Fatihah. Boleh mulakan dengan Iqra atau Qiraati dan sebagainya.
Petikan dari buku
JUDUL BUKU : SOAL JAWAB REMEH-TEMEH TENTANG SOLAT TAPI ANDA MALU BERTANYA
PENULIS : US. MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR
PENERBIT :TELAGA BIRU
HARGA: RM16.90
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah
Wallahualam bi shawab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan