Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Sebentar tadi saya telah mendengat ceramah di Radio Perak.fm di dalam kereta perlajanan ke Tapah atas urusan kerja. Ceramahnya amat menarik mengenai sunnah Rasulullah. Antara yang menarik minat saya mengenai mata. Dalam ceramah tersebut menceritakan Rasulullah menegur seorang hamba Allah selepas melihat beliau solat. Rasulullah menyuruh beliau solat sekali lagi. Setelah selesai beliau solat, Rasulullah menyuruh sekali lagi beliau solat semula. Kemudian selesailah solat tersebut. Sekali lagi Rasulullah menuruh beliau solat sekali lagi. Dengan rasa ingin tahu apa silapnya yang Rasulullah menyuruh beliau solat beberapa kali, beliau pon bertanya,
Rak Buku Bacaan Harian ku
AHLI PERPUSTAKAAN
Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)
Halaman
Khamis, 17 Februari 2011
Rabu, 12 Januari 2011
REMEH-TEMEH TENTANG ZAKAT
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.
Masyarakat umum seing keliru bagaimana hendak mengeluarkan zakat? Bila perlu dikeluarkan? Kalau dah bayar cukai pendapatan, apakah perlu mengeluarkan zakat kepada keluarga sendiri yang fakir miskin? Bolehkah amaun minimum duit dalam bank yang perlu dikeluarkan zakat? Berapa yang perlu dikeluarkan? Bagaimana pula emas yang dipakai hingga ke siku?
Ini sebahagian persoalan yang sering menerobos minda masyarakat umum. Soalan itu nampak remeh-temeh tetapi ramai yang tidak pasti jawapannya secara tepat.
Jumaat, 7 Januari 2011
KEKELIRUAN YANG BIASA DI ALAMI MUSLIMAH
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Ingin saya kongsikan sebuah buku yang beli tahun lepas iaitu buku "80 Kekeliruan Wanita Islam". Buku ini menjelaskan tentang kekeliruan yan sering dilakukan oleh wanita Islam. Sesungguhnya hidup ini amat singkat. Di akhirat kita diminta bertanggungjawabkan setiap perlakuan yang dilakukan bertentangan dengan ajaran Islam bagi memperolehi kebahagian di akhirat. Pendek kata, kehidupan di dunia adalah tabungan untuk akhirat. Tanggungjawab di akhirat akan menjadi lebih ringan jika kita menjauhi kekeliruan tersebut satu demi satu.
Langgan:
Catatan (Atom)

