KEHEBATAN ORANG YANG MERAHSIAKAN SEDEKAH
Daripada Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda;
"Ketika Allah telah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak, maka Allah menciptakan gunung-ganang dan menancapkannya di ataqs bumi sehingga berhentilah bumi itu bergerak-gerak lagi. Maka kagumlah para malaikat seraya bertanya:
"Ya Tuhanku, apakah ada antara makhluk Engkau yang lebih hebat daripada gunung-ganang itu?"
Allah menjawab:
"Ya ada, iaitu besi."
Para malaikat bertanya:
"Apakah ada di kalangan makhluk Engkau yang lebih hebat daripada besi?"
Allah menjawab:
"Ya ada, iaitu api."
Para malaikat bertanya lagi:
"Apakah ada di kalangan makhluk Engkau yang lebih hebat daripada api?"
Allah menjawab:
"Ya ada, iaitu air."
Para malaikat bertanya lagi:
"Apakah ada di kalangan makhluk Engkau yang lebih hebat daripada air?"
Allah menjawab:
"Ya ada, iaitu angin."
Para malaikat bertanya lagi:
"Apakah ada di kalangan makhluk Engkau yang lebih hebat daripada angin?"
Allah menjawab:
"Ya ada, iaitu keturunan Adam yang memberikan suatu derma (sedekah) dengan tangan kanannya dan merahsiakan sedekahnya itu sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya, maka dia lebih hebat daripada angin."
---------------------------------Subhanallah, besarnya nikmat bersedekah. Insya'allah lepas ni Fazi memperbanyakkan amalan ni. Sekian sedikit ilmu yang dapat Fazi kongsikan pada hari ini.Wallahualam bi shawab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan