Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)

Selasa, 1 Disember 2009

MENGECAT KUKU HUKUMNYA HARAM



Assalamualaikum wahai blogger-blogger semua. Hari ini saya ingin berkongsi satu hukum harian yang kita pandang ringan. Ia mengenai kuku yang diwarnakan. Mengecat kuku adalah budaya barat yang telah menjadi sebahagian budaya orang Malaysia tak kiralah samada mereka seorang Muslim atau sebaliknya. Sebagai wanita, saya juga ingin kelihatan cantik dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Budaya ini bertentangan dengan Islam dan tidak pernah dilakukan oleh para wanita Islam pada zaman dahulu atau mana-mana wanita mukminah. Kebiasaannya perbuatan mengecat kuku dilakukkan oleh wanita yang sengaja menyimpan kuku panjang untuk tujuan kecantikan semata-mata. Sesunguhnya mengecat kuku yang dijual di kedai-kedai merupakan bahan kimia yang boleh menghalang air daripada menyerap pada permukaan kuku ataupun kulit. Sekiranya cat itu disapu sebelum mengambil wudhuk atau sebelum mandi hadas besar, maka ia menyebabkan wudhuk itu dan mandi hadas besar itu TIDAK SAH.

Hukum perbuatan itu adalah HARAM, kerana apabila wudhuk tidak sah, maka solat pun tidak sah. Sekiranya kita mewarnakan dengan alat yang boleh menyerap air seperti inai, maka ia tidak salah. Tapi sekiranya dengan alat solek kuku yang sebaliknya, maka ketika hendak berwudhuk dan mandi hadas besar, WAJIBLAH dibuang dan dibersihkan dahulu.


Petikan dari buku; BATAS-BATAS AURAT & PERGAULAN SERTA HUKUM PERSOLEKAN DALAM ISLAM

Terbitan : Pustaka Azhar
Harga : RM 9.00

Semoga hidup kita lebih prihatin dengan gaya hidup kita supaya tidak melanggari hukum-hakam Islam. Amin.


Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES