Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera wahai saudara-saudari semua. Di tika semua orang lena tidur, saya pada waktu malam yang mulia ini saya ingin berkongsi saya perkara yang menarik dari petikan buku SAKATUL MAUT & ALAM KUBUR. Semoga ilmu ini dapat memberi pengajaran yang berharga dalam hidup kita sebagai hamba-Nya.
Adapun lamanya di akhirat itu tergantung kepada amal perbuatan seseorang selama dia hidup. Semenjak dibangkitkan dari kubur, dikumpulkan pada suatu padang tandus tidak berair, mengunjungi Nabi-nabi untuk meminta syafaat pertolongannya, melihat Tuhan, mandi di dalam Telaga Al-Kausar, dihisab iaitu diadili mempertanggungjawabkan sekalian amal perbuatannya kepada Tuhan, di mizan iaitu diputuskan hukuman sampai meniti Titian Siratul Mustaqim yang halus dan licin, kesemuanya itu bagi mereka yang berdosa terasa lima puluh ribu tahun.
Hadis Abi Said r.a. mengatakan : Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sehari di akhirat itu serasa seribu tahun bagi kehidupan dunia."(As-Sajdah:5)
Hadis Abi Said r.a. mengatakan : Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Sehari di akhirat itu (bagi yang berdosa) adalah teras lima puluh ribu tahun di dunia. Ditanya : Sehari di dunia ini. Nabi S.A.W : Demi Allah yang diriku di dalam kekuasaannya. Lamanya akhirat itu diringakah bagi orang mukmin, lebih kurang dari sembahyang fardu."
(Riwayat Ahmad Hadith Sahih)
Dengan rasa rendah diri, saya suka mencadangkan sahabat-sahabat membaca buku ini. Ia akan membuatkan kita dekat dengan Allah. Kerana kita selalu lupa tanggung jawab sebenar kita di atas muka bumi ini. Selamat Membaca ..
izin kan saya minjam kata2 ini utk menyampaikan...kepada umat Islam
BalasPadam