Sebagai seorang wanita, untuk kelihatan cantik sentiasa adalah lumrah. Islam tidak melarang wanita untuk bersolek untuk kecantikan fizikal untuk tujuan yang diharuskan syarat. Bahkan, bersolek hukumnya wajib jika untuk suami mereka. Tapi ianya adalah haram jika untuk diperlihatkan kepada lelaki ajnabi atau untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekan. Hukum hakam juga, jika bersolek sehingga mengubah dan meminda kejadian Allah dan menyerupai persolekan wanita jahililah atau tabbaruj jahililliah.
Tersebut di dalam kitab Al Wa'yul Islami bahawa;
"Ada pun perhiasan atau alat kecantikan (alat solek) wanita selagi tidak mengandungi unsur-unsur pemalsuan dan penipuan hukumnya adalah mubah (harus) bagi wanita tidak bersuami dan tidak bertujuaan untuk menampakkan kepada lelaki yang ajnabi serta tidak berlebih-lebihan dalam pemakaiannya. Akan tetapi apabila wanita itu bersuami dan suaminya menghendaki ia bersolek untuknya, maka hukumnya wajib ia bersolek untuk suaminya. Jika suaminya orang yang tidak suka isteri bersolek dan berdandan dan ia melarang, maka haram hukumnya ia berbuat demikian, kerana terjatuh kepada mendurhakai suami. Tapi jika suaminya diam, maka hukunnya harus ia bersolek."
Sesungguhnya menjadi seorang wanita ini bukannya mudah bukan, tapi ia juga bukan susah kalau kita tahu cara yang betul untuk menjadi seorang wanita yang solehah. Sebagai wanita dan juga seorang isteri, Fazi merasakan kecantikan mesti diutamakan untuk kelihatan sentiasa menarik di hadapan suami. Bukan susah nak dapat pahala.. dan senang juga untuk mendapat dosa. Ingat wanita adalah golongan yang paling ramai yang menjadi ahli nereka.
Wallahualam bi shawab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan