Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)
Memaparkan catatan dengan label BUKU AGAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUKU AGAMA. Papar semua catatan

Khamis, 18 Julai 2013

WANITA YANG DICINTAI IBLIS




Wanita yang disukai dan dicintai Iblis 

1. Wanita yang derhaka kepada Allah. 

Sebab-sebab derhaka;
  • Tidak mengenal Allah
  • Cinta dunia, takut mati
  • Hati yang kotor
  • Melakukan dosa
  • Tidak mahu berdoa
  • Wanita yang pendendam. Wanita yang pendendam menjadi rakan iblis dan dendam adalah perbuatan yang haram. 


Rabu, 29 Mei 2013

[HADIS] TAUBAT DI MALAM HARI ATAU DI SIANG HARI?


Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Hari ini saya ingin berkongsikan satu hadis mengenai taubat. 


Dari Abu Musa Abdullah bin Qais Al-Asy'ari r.a, dari Nabi S.A.W. , bersabda;

“Sesungguhnya Allah Azza Wajalla selalu membentangkan tanganNya diwaktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan juga membentangkan tanganNya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah barat.”
(HR Muslim)

Selasa, 14 Mei 2013

BUKU: IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD (S.A.W.)





Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Sedang mengemas rak buku-buku lama yang masih ada dalam simpanan saya. Saya terjumpa sebuah buku yang saya beli ketika darjah 5 iaitu pada tahun 1989. Saya ingat lagi pada zaman itu, 3 kali /2 kali setahun mesti ada jualan buku di sekolah.

Buku-buku akan di susun di atas meja kantin sekolah. Selalunya buku yang saya akan beli ketika sekolah dulu adalah buku warna (ketika itu baru darjah 1-3). Buku warna wajib beli kerana suka mewarna walaupun saya tahu saya tak pandai mewarna sebenarnya, 

Ok berbalik pada buku yang terjumpa yang saya beli ketika darjah 5 iaitu buku berbentuk ilmiah. Judul buku tersebut 

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMMAD (S.A.W.)


Isnin, 26 Disember 2011

TAK TAHU BACA AL-FATIHAH DALAM SOLAT?






Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.  

Soalan: 

Ada kawan saya baru masuk ISlam. SOalt sudah tahu tapi belum pandai baca Fatihah. Macam mana nak solat? 

Jawapan :

Kalau berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa jika imam solat sambil membaca dengan nyaring, maka makmum tak perlu membaca Fatihah, selesailah masalah. Dalam kes ini, makmum tak perlu baca Fatihah. Cuma solat yang nyaroing hanya ada tiga iaitu solat Subuh, Maghrib dan Isyak. Dua lagi iaitu solat Zuhur dan Asar nampak gayanya kena juga makmum baca Fatihah. 

Jumaat, 7 Januari 2011

KEKELIRUAN YANG BIASA DI ALAMI MUSLIMAH



Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.  Ingin saya kongsikan sebuah buku yang beli tahun lepas iaitu buku "80 Kekeliruan Wanita Islam". Buku ini menjelaskan tentang kekeliruan yan sering dilakukan oleh wanita Islam. Sesungguhnya hidup ini amat singkat. Di akhirat kita diminta bertanggungjawabkan setiap perlakuan yang dilakukan bertentangan dengan ajaran Islam bagi memperolehi kebahagian di akhirat. Pendek kata, kehidupan di dunia adalah tabungan untuk akhirat. Tanggungjawab di akhirat akan menjadi lebih ringan jika kita menjauhi kekeliruan tersebut satu demi satu. 

Rabu, 11 Ogos 2010

PESANAN IMAM SYAFIE











Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Saya ingin berkongsi sedikit bahan bacaan yang saya. Minggu lepas saya baru sahajamemberi senaskah buku yang menarik iaitu

IMAM SYAFIE  Pejuang Kebenaran.

Ia adalah sebuah novel sejarah yang ditulis oleh penulis novel sejarah Saudara Abdul Latip Talib. 
Terbitan PTS. 

Novel ini mencerikan dengan lebih lanjut berkenan kisah hidup Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan beliau dalam menegakkan kebenaran. 

Antara yang menarik dalam novel ini ialah pesanan Imam Syafie

  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia & akhirat.
  2. Perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk . perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
  5. Apabila salah seoang antarakaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.








Saya bukanlah pakar bab agama, cuma berkongsi pandangan dan bacaan sebagai seorang insan. Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.


Wallahualam bi shawab
bacaan harianku

Jumaat, 7 Mei 2010

TERMINAL SYURGA








Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Beberapa bulan yang lalu saya telah membeli sebuah buku yang menarik dan ringkas untuk difahami. Buku yang berjudul  10 Terminal Syurga Rumah Tangga.  

Buku ini mengandungi petua melahirkan rumah tangga yang di dalamnya bersemarak suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Terdapat tiga dimensi perkahwinan yang dicatat oleh  Dr. Abdullah al-Ulwan dalam kitabnya yang masyur, Tarbiah al-Awlad fi al-Islam;-

i. Perkahwinan adalah fitrah manusia
ii. Perkahwinan adalah kepentingan dalam bermasyarakat
iii. Perkahwinan adalah penyucian dan pemilihan hati.

Ya Allah, kurniakan kepada si isteri kesetiaan kepada suaminya sebagaimana kesetiaan Zainab binti Muhammad. Pengabdian kepada Allah Taala sebagaimana pengabdian Rabiatul Adawiyah dan iltizam untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah sebagaimana yang ada pada diri Sumayyah. Jurniakan kepada si suami, kebijaksaan membimbing isterinya ke ambang syurga dan semoga ia sabar dengan apa yang mendugaannya sebagaimana Nabi Allah Ayyub a.s bersabar terhadap imannya, kesihatannya dan keluarganya.

Penulis : Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood dan Siti Nur Fatimah Hasan
Terbitan : Telaga Biru
Harga: RM17.OO



Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.
Wallahualam bi shawab




bacaan harianku

Khamis, 10 Disember 2009

LAMANYA DI AKHIRAT





Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera wahai saudara-saudari semua. Di tika semua orang lena tidur, saya pada waktu malam yang mulia ini saya ingin berkongsi saya perkara yang menarik dari petikan buku SAKATUL MAUT & ALAM KUBUR. Semoga ilmu ini dapat memberi pengajaran yang berharga dalam hidup kita sebagai hamba-Nya.


Adapun lamanya di akhirat itu tergantung kepada amal perbuatan seseorang selama dia hidup. Semenjak dibangkitkan dari kubur, dikumpulkan pada suatu padang tandus tidak berair, mengunjungi Nabi-nabi untuk meminta syafaat pertolongannya, melihat Tuhan, mandi di dalam
Telaga Al-Kausar, dihisab iaitu diadili mempertanggungjawabkan sekalian amal perbuatannya kepada Tuhan, di mizan iaitu diputuskan hukuman sampai meniti Titian Siratul Mustaqim yang halus dan licin, kesemuanya itu bagi mereka yang berdosa terasa lima puluh ribu tahun.

"Sehari di akhirat itu serasa seribu tahun bagi kehidupan dunia."
(As-Sajdah:5)



Hadis Abi Said r.a. mengatakan : Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Sehari di akhirat itu (bagi yang berdosa) adalah teras lima puluh ribu tahun di dunia. Ditanya : Sehari di dunia ini. Nabi S.A.W : Demi Allah yang diriku di dalam kekuasaannya. Lamanya akhirat itu diringakah bagi orang mukmin, lebih kurang dari sembahyang fardu."
(Riwayat Ahmad Hadith Sahih)










Dengan rasa rendah diri, saya suka mencadangkan sahabat-sahabat membaca buku ini. Ia akan membuatkan kita dekat dengan Allah. Kerana kita selalu lupa tanggung jawab sebenar kita di atas muka bumi ini. Selamat Membaca ..

Wallahualam bi shawab

bacaan harianku

SUDIKAH KITA MEMBERI PENGEMIS MAKAN?


Salam sejahtera wahai saudara-saudari semua. Di pagi yang mulia ini saya ingin berkongsi saya kisah yang menarik dari petikan buku DIARI HIDUP RASULULLAH SAW. Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran yang berharga dalam hidup kita sebagai hamba-Nya.


Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di dalam rumah mereka. Tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis yang daif itu, lalu si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepada pengemis tersebut. Tetapi sebagai isteri yang taat dan patuh pada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu.

" Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?"

Rupa-rupanya sikap si suami berbeza dengan sikap si isteri. Dengan suara yang lantang dan kasar, dia menjawab,

" Tidak payah. Halau sahaja dia dan tutup pintu!"

Wanita berhati mulia itu terpaksa menurut perintah suami nya dan tidak memberi makanan kepada pengemis.

Tidak lama selepas itu, perniagaan si suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bankrap. Dia terpaksa menanggung banyak hutang. Selain itu, disebabkab oleh sifat dan tabiat suami isteri berbeza, rumahtangga merka menjadi huru-hara dan akhirnya mereka bercerai.

Tidak lama selepas tempoh idahnya tamat, wanita itu berkahwin semula. Kali ini dia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan di kota dan hidup bahagia. Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan bersama suami barunya, pintu rumah mereka diketuk orang. Apabila dibuka, ternyata tetamu yang tidak diundang iatu adalah pengemis. Wanita itu sedih melihat pengemis yang daif tersebut. Lantas dia berkata kepada suaminya,

" Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?"

"Ya, berilah makanan kepada pengemis itu."


Selepas memberi pengemis itu makanan, si isteri masuk dalam rumah sambil menanggis? Dengan perasaan hairan si suami bertanya,

"Mengapa kamu menangis? Adakah kerana saya menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?"

Si isteri menggelelngkan kepalanya, lalu berkata dengan sedih,

"Saya sedih dengan perjalanan takdir yang menakjubkan. Kamu tahukah siapa pengemis yang ada di luar tadi? Dia adalah bekas suamiku."

Mendengar penjelaskan isterinya, si suami berasa terkejut, tetapi dia bertanya lagi,

" Tahukah kamu siapa saya yang kini menjadi suamimu? Saya adalah pengemis yang dahulu dihalaunya !"




Judul : DIARI HIDUP RASULULLAH S.A.W
Penulis : Muhammad Abd Syukur, Muhammad Muslih Aziz,
Muhammad Syamsul Yakin.

Terbitan : PTS Millennia Sdn Bhd.
Harga : RM11.90
Muka Surat : 138 muka surat

Tarikh memiliki buku ini : 4 Disember 2009


Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Selasa, 24 November 2009

15 MUSUH IBLIS


Assalamualaikum wahai saudara-saudari semua. Dah lama tak update blog ni. Semalam saya baru saja beli 3 naskah buku terbitan Pustaka Azhar. Judul naskah yang saya beli ialah;
  1. DOSA-DOSA YANG DIPANDANG RINGAN OLEH MANUSIA
  2. RUMAH YANG DISUKAI MALAIKAT RAHMAT
  3. BATAS-BATAS AURAT & PERGAULAN
Tapi entry saya kali ini adalah dari sebuah buku yang dihadiahkan oleh saudara Faizul kepada suami saya sempena ulang tahun hari jadinya yang ke 41 tahun. Judul naskah tersebut;

SEDARKAH KAMU WAHAI MANUSIA ANTARA SEMALAM & HARI INI.

Antara isi kandungan yang menarik mengenai 15 Musuh Iblis.
  1. NABI MUHAMMAD S.A.W.
  2. IMAM YANG ADIL
  3. ORANG KAYA YANG RENDAH HATI
  4. PEDAGANG YANG JUJUR
  5. ORANG ALIM YANG SEMBAHYANG KHUSYUK
  6. ORANG BERIMAN YANG SUKAMEMBERI NASIHAT
  7. ORANG BERIMAN YANG PENGASIH
  8. ORANG YANG BERTAUBAT DAN TETAP ATAS TAUBATNYA
  9. ORANG YANG TIDAK MAHU BERBUAT KEMUNGKARAN
  10. ORANG BERIMAN YANG SENTIASA BERWUDHUK
  11. ORANG YANG BERIMAN YANG BANYAK BERSEDEKAH
  12. ORANG BERIMAN YANG BERKELAKUAN BAIK
  13. ORANG YANG BERIMAN MEMBERI MANFAAT MEMBACA AL-QURAN
  14. ORANG YANG MENEGAKKAN IBADAT PADA WAKTU MALAM
  15. ORANG YANG MENEGAKKAN IBADAT PADA WAKTU MALAM, SEDANGKAN ORANG LAIN TIDUR DENGAN NYENYAKNYA.




Satu lagi yang menarik untuk saya kongsikan di sini ringkasan dan diadaptasi dari kitab “Wiqayatul Insan minal Jin wasy Syayaathin”, karya Wahid Abdus Salam Bali, Oleh : Abu Umar Abdillah


BIODATA IBLIS


Nama : Iblis
Gelar : Laknatullah ‘Alaihi (semoga Allah melaknatnya)
Lahir : Sebelum diciptakan manusia
Tempat tinggal : Toilet dan rumah yang tidak disebut nama Allah ketika memasukinya

Singgasana : Di atas air
Rumah masa depan : Neraka Jahanam, seburuk-buruk tempat tinggal
Agama : Kafir
Jabatan : Pimpinan Umum orang-orang yang dimurkai Allah dan sesat
Masa Jabatan : Hingga hari Kiamat

Karyawan : Setan jin dan setan manusia
Partner dalam bekerja : Orang yang diam dari kebenaran
Agen : Dukun dan paranormal
Musuh : kaum muslimin
Kekasih di dunia : Wanita yang hobi telanjang dan pamer aurat
Keluarga : Para thaghut
Cita-cita : Ingin membuat semua manusia kafir
Motto : Kemunafikan adalah akhlak yang paling utama
Hobi : Menyesatkan manusia dan menjerumuskan ke dalam dosa

Lukisan kesayangan : Tato
Mata pencaharian : Mencari harta yang haram
Makanan favorit : Bangkai manusia (ghibah)
Tempat favorit : Tempat-tempat najis dan tempat maksiat
Tempat yang dibenci : Majlis ilmu dan temat-tempat ketaatan
Alat komunikasi : ghibah (menggunjing), namimah (adu domba) , dan dusta


Jurus Andalan :
1. Memoles kebathilan
2. Menamakan Maksiat dengan nama yang indah
3. Menamakan Ketaatan dengan nama yang tidak disukai
4. Masuk melalui pintu yang disukai manusia
5. Menyesatkan manusia secara bertahap
6. Menghalang-halangi manusia dari kebenaran
7. Berlagak sebagai penasihat



Kelemahan :
1. Tidak berkutik di hadapan orang yang ikhlas
2. kewalahan menghadapi orang yang berilmu
3. Lari dari suara adzan
4. Lari dari rumah yang dibacakan al-Baqarah
5. Menyingkir dari orang yang berdzikir kepada Allah
6. Menangis ketika melihat orang bersujud kepada Allah








Sebagai manusia kita selalu terlupa yang kita ini MUSUH IBLIS atau SAHABAT IBLIS?
Mari kita renung-renungkan.


Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Sabtu, 17 Oktober 2009

BAGAIMANA MENDAPAT PAHALA HIDUP 7 RIBU TAHUN!


Judul : BAGAIMANA MENDAPAT PAHALA HIDUP 7000 TAHUN!
Penulis : HAJI AHMAD HARIS SUHAIMI
Diterbitkan oleh : HRs CONSULTANT

Sebuah buku yang paling sesuai dibaca untuk bakal jemaah haji dan umrah. Buku yang sungguh memberi keinsafan, sememangnya perlu ada setiap keluarga islam.

Di antara perkara-perkara yang dibincangkan;

1. Bagaimanakah cara mendapat pahala yang besar dengan amalan yang sedikit seolah-olah sperti anda hidup ribuan tahun di dunia ini, disamping mendapat darjat yang tinggi dihari akhirat, Insya'allah.

2. Cara-cara melipatgandakan pahala anda sewaktu mengerjakan Haji atau Umrah terutama semasa berada di tanah suci Mekah dan Madinah.

3. Bagaimana menyusun jadual amalan harian anda dan mudah diamalkan bagi mendapat kelebihan yang besar ini dalam kesibukan kerja harian.

4. Mendapatkan keampunan dosa-dosa dari Allah SWT dengan amalan yang mudah insya'allah, berserta niat yang ikhlas.

5. Cara mengelakkan supaya pahala kia yang banyak tidak terhapus di hari akhirat.

6. Cara membangkitkan semangat rajin , beribadah dan menambahkan kecintaan dari sekalian Akhirat.

7. Sebuah buku yang menerangkan cara mendapatkan pulangan yang besar di hari akhirat dan cara mengelakkan kerugian, di samping menjawab beberapa salah tanggapan terhadap ajaran Islam serta salah tanggapan pengertian ibadah yang sebenar.

Apa yang menarik perhatian saya membeli buku ini?
  1. Tajuknya menarik minat untuk membeli.
  2. Penulis buku yang bijak menyampaikan ilmu.
  3. Isi Kandungan
  4. Susun atur dalam buku yang mudah di baca dan difahami.

Antara isi kandungan yang menarik perhatian saya ialah;

1. Langkah ke masjid sebanyak 500 langkah bersamaan 500 tahun umur kita beribadah, dengan siangnya berpuasa dan malamnya bersolat.

2. Pahala menunggu untuk bersolat, sama pahalanya seperti pahala orang bersolat juga, iaitu sebanyak 1000 jemaah!

3. Niatkan amalan biasa sebagai tujuan ibadah.

Di mana boleh di dapati?
Buku ini saya pinjam dari Abah. Tertarik dengan huraian isi kandungan. Selepas membacanya 30%, saya cuba mencari buku ini disemua kedai-kedai buku agama. Semua kedai kata sold out. Berbulan juga saya cari, akhirnya Abah kesian, Abah bagi terus buku ini.

Harganya pula ?
RM19.90. Berbaloi

Selasa, 13 Oktober 2009

APAKAH AMALAN BAGI MENJAUHKAN KESUSAHAN HIDUP

Judul : APAKAH AMALAN MENJAUHKAN KESUSAHAN HIDUP
Penulis : HAJI AHMAD HARIS SUHAIMI
Diterbitkan oleh : HRs CONSULTANT

Sebuah buku motivasi Islam yang dinanti-nantikan. Satu usaha bagi mengumpulkan panduan dan amalan bagi menjauhkan masalah yang berat dalam kehidupan serta membina kejayaan diri dan masyarakat Islam ke arah kecemerlangan disamping mengambil kira pandangan pakar-pakar motivasi hari ini. Semoga buku ini dapat dijadikan panduan dan rujukan bagi setiap generasi tua dan muda bagi membina kejayaan, Insya'Allah.
-----------------------------------------------------------------------
Apa yang menarik perhatian saya membeli buku ini?
  1. Tajuknya
  2. Penulis buku
  3. Isi Kandungan
  4. Susun atur dalam buku yang mudah di baca dan difahami.
Antara isi kandungan yang menarik perhatian saya ialah;
ELAKKAN DARIPADA DILAKNAT OLEH IBUBAPA, KERANA IA MENDATANGKAN KECELAKAAN DUNIA DAN AKHIRAT.

BACAAN DOA SELAMAT YANG MUJARAB, SERTA BANYAKKLAN MEMBERI SALAM KEPADA ORANG-ORANG ISLAM KERANA IA MENJAUHKAN BALA DAN KECELAKAAN!

Di mana boleh di dapati?
Saya membelinya di MPH, Mid Valley

Harganya pula ?
RM33.90 bkn ahli MPH. Kalau ahli dapat diskaun 20%


Selamat membaca dan insya'allah saya akan berkongsi serba sedikit isi kandungan buku ini apabila saya selesai membacanya kelak.

Wassalam dari saya Insan Biasa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES