
Rak Buku Bacaan Harian ku
AHLI PERPUSTAKAAN
Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)
Halaman
Memaparkan catatan dengan label SOLAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOLAT. Papar semua catatan
Isnin, 26 Mei 2014
Khamis, 6 Jun 2013
27 Rejab 622M - TARIKH TIANG AGAMA KITA BERMULA.
Sembahyang lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW yang merupakan penghulu bagi segala anbia yang juga merupakan nabi dan rasul akhir zaman pada hakikatnya mempunyai nilai yang cukup tinggi kerana proses penerimaan perintah sembahyang oleh Rasulullah itu sendiri bukannya satu kerja mudah.
Berbanding dengan nabi-nabi lain yang mula melakukan sembahyang atas beberapa faktor, tetapi ibadat sembahyang yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW diterima perintah oleh baginda secara terus dari Allah dengan baginda dibawa ke Sidratul Muntaha yang letaknya melepasi lapisan langit ketujuh. Sidratul Muntaha itu sendiri adalah tempat yang tidak boleh didatangi oleh manusia lain, kecuali Nabi Muhammad, malah para malaikat juga tidak boleh ke sana.
Rabu, 2 Januari 2013
SOLAT SUNAT RAWATIB
Solat rawatib mengiringi solat tardu sebelum ataupun selepas. Untuk mencari keredaan Allah, tambahlah ibadat solat kita dengan amalan yang disunnahkan ini semoga dapat menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.
Jumaat, 28 Disember 2012
SOLAT WITIR : PENGERAT KASIH SAYANG
SOLAT WITIR : PENGERAT KASIH SAYANG
Solat Sunat Witir merupakan solat terakhir yang perlu dilakukan oleh seseorang pada setiap hari. Jumlah rakaat bagi witir ialah ganjil sebab itulah ia dinamakan witir (ganjil). Paling sedikit 1 rakaat dan yang paling banyak 11 rakaat. Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar.
DALIL
Hadis yang diriwayatkan dari Aisyah, yang bermaksud :
"Adalah Nabi s.a.w solat di antara solat Isyak dengan terbit fajar sebelas rakaat, Baginda memberi salam tiap-tiap dua rakaat dan yang penghabisannya satu rakaat"
Mafhumnya bahawasanya Rasulullah s.a.w mengerjakan solat witir (sekiranya 11 rakaat) maka bilangan salamnya ialah 6 salam.
Jumaat, 7 September 2012
Selasa, 3 Julai 2012
MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasukgolongan orangorang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)
Isnin, 29 November 2010
SOLAT SUNAT : KAITAN NYA DENGAN KEPERLUAN MASA KINI
Nak seri muka? buat solat wuduk.
Untuk penyakit Kronik rajinlah buat solat sunat Tahajud
Murah rezeki amalkan Solat Sunat Dhuha
Mengeratkan kasih sayang amalkan Solat Witir.
Penulis buku
Antara gambar secara praktikal juga ditunjukkan.
Mudah difahami kerana ada disertakan gambar cara-cara melakukan solat sunat.
Tajuk : SOLAT SUNNAT
Pengarang : USTAZ ABDUL RAHMAN MOHAMED
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Mukasurat : 170
Harga: RM 29.90 (SEMANANJUNG MALAYSIA)
RM31.90 (SABAH & SARAWAK)
Islam ialah agama kesejahteraan , agama samawi yang syumul dengan konsep peribadatan yang menyeliruh, unik dan tersendiri. Ibadah dalam Islam menjurus kepada ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan yang banyak menyelesaikan masalah. Setiap ibadah dalam Islam mengandungi hikmah atau fadilat yang tersendiri. Jika digali dan dikaji maka yang terserlah kebaikan yang tersirat.
Buku ini menerangkan fadilat dan tatacara solat-solat sunat yang ada dalam ISlam. Dilengkapi dengan paparan situasi masalah-masalah masyarat yang ada jalan penyelesaiaannya dengan melaksanakan solat-solat sunat tertentu. Masalah kita juga mungkin disorot dalam buku ini.
Buku ini juga dilengkapi dengan gambar-gambar bagaimana melaksanaka solat sunat tertentu suapaya lebih mudah difahami dan praktikal.
p/s: jangan pula kita mengejar yang sunat sahaja, yang wajib dilupakan. Dahulukan yang wajib dan diiringi dengan yang sunat pula.
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah
Wallahualam bi shawab

Khamis, 30 September 2010
MENITIS AIR MATA MELIHAT SOLAT JEMAAH YANG SEBEGITU RAMAI
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Ingin berkongsi video yang amat mengusik hati. Alangkah tenangnya melihat video ini.
Petikan dari Islam Voice
Video ini diambil di Alexandria, Mesir, selama bulan Ramadhan 2010 .. Ini adalah jawapan kami kepada semua pihak yang memerangi Islam dan cuba untuk menghentikannya dari menyebar di seluruh dunia .. , Kami memberitahu mereka bahawa anda boleh menarik kartun atau ancaman untuk membakar Quran, atau bantahan terhadap Masjid, atau larangan Azan, atau jilbab melawan, .. dll, tapi pada akhirnya anda tidak akan pernah menang atas Islam, kerana kekuatan kata-kata kebenaran tidak pernah bisa dikalahkan ...
Ayo belajar bagaimana Muslim kuat pada iman mereka .. Berapa banyak mereka mencintai Islam .. Berapa banyak mereka tulus dalam mengikuti Islam .. Berapa banyak mereka dedikasikan dalam melayani Islam ... Cuba untuk memikirkan agama di dunia dan anda tidak akan pernah menemukan pemeluk agama yang kuat dalam iman mereka dan tulus dalam ibadah mereka sebagai Muslim ..
Dalam video, orang-orang berdoa di jalan kerana tidak ada tempat kosong di dalam masjid "Masjid", maka mereka mengadakan doa pada setiap tempat kosong yang boleh mereka dapati .. Dan situasi yang sama di setiap negara Islam di seluruh dunia ..
Fikirkan apa-apa cara untuk menghancurkan Muslim atau menghancurkan iman yang kuat, tapi kebenaran Adakah, anda tidak akan pernah menang atas Islam ...
Petikan dari Islam Voice
Video ini diambil di Alexandria, Mesir, selama bulan Ramadhan 2010 .. Ini adalah jawapan kami kepada semua pihak yang memerangi Islam dan cuba untuk menghentikannya dari menyebar di seluruh dunia .. , Kami memberitahu mereka bahawa anda boleh menarik kartun atau ancaman untuk membakar Quran, atau bantahan terhadap Masjid, atau larangan Azan, atau jilbab melawan, .. dll, tapi pada akhirnya anda tidak akan pernah menang atas Islam, kerana kekuatan kata-kata kebenaran tidak pernah bisa dikalahkan ...
Ayo belajar bagaimana Muslim kuat pada iman mereka .. Berapa banyak mereka mencintai Islam .. Berapa banyak mereka tulus dalam mengikuti Islam .. Berapa banyak mereka dedikasikan dalam melayani Islam ... Cuba untuk memikirkan agama di dunia dan anda tidak akan pernah menemukan pemeluk agama yang kuat dalam iman mereka dan tulus dalam ibadah mereka sebagai Muslim ..
Dalam video, orang-orang berdoa di jalan kerana tidak ada tempat kosong di dalam masjid "Masjid", maka mereka mengadakan doa pada setiap tempat kosong yang boleh mereka dapati .. Dan situasi yang sama di setiap negara Islam di seluruh dunia ..
Fikirkan apa-apa cara untuk menghancurkan Muslim atau menghancurkan iman yang kuat, tapi kebenaran Adakah, anda tidak akan pernah menang atas Islam ...
by Islam Voice
http://www.facebook.com/islamvoice
This video was shot in Alexandria, Egypt, during the month of Ramadan 2010 .. This is our answer to all those who fight Islam and try to stop it from spreading all over the world .. , We tell them you can draw cartoons or threat to burn Quran, or protest against Mosques, or ban the Athan, or fight hijab, .. etc, but in the end you will never win over Islam, because the power of the word of truth can never be defeated ...
Come to learn how strong Muslims are on their faith .. How much they love Islam .. How much they're sincere in following Islam .. How much they're dedicate in serving Islam ... Try to think of any religion in the world and you will never find followers of any religion who are as strong in their faith and sincere in their worship as Muslims ..
In the video, people are praying in the streets because there is no empty place inside the mosque "Masjid" so they made the prayer on every empty place they could find .. And it's the same situation in every Islamic country around the world ..
Think of any way to destroy Muslims or break a faith that strong, but the truth Is, you will never win over Islam ...
copyright: [Islam Voice]
Saya bukanlah pakar bab agama, cuma berkongsi pandangan dan bacaan sebagai seorang insan. Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.

Khamis, 25 Mac 2010
BERJEMAAH BERSAMA SUAMI

Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Malam ini saya ingin berkongsi satu perkara yang mungkin remeh pada setengah orang. Tapi bagi saya ia adalah satu perkara yang penting itu solat berjemaah bersama suami. Ini adalah pengalaman sendiri untuk dikongsikan bersama.
Solat fardu lima waktu adalah rukun Islam yang ke 2. Jadi solat adalah tiang agama dan wajib untuk semua muslim. Solat berjemaah adalah perkara yang wajib bagi kami suami isteri setiap waktu (kebetulan kami kerja bersama-sama. Allah telah memudahkan kami merasai nikmat solat berjemaah bersama-sama.)
Seperti saya, saya telah berkahwin dengan saudara baru. Tapi alhamdulillah suami saya telah pandai sembahyang 5 waktu tanpa sebarang masalah. Tanggungjawab saya sebagai isteri kepada seorang saudara baru amat berat dan besar. Kena selalu menunjukkan contoh yang sebaik mungkin sebagai seorang muslim.
Untuk solat berjemaah bersama suami sebenarnya mesti bermula pada hari pertama sah menjadi sepasang suami isteri lagi. Apabila ia diamalkan dari awal perkahwinan ia akan menjadi perkara yang wajib untuk pasangan suami isteri.
Banyak hikmah solat jemaah bersama suami kita. Mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri. Sekiranya ada salah faham anatara kami ianya tak panjang kerana apabila masuk saja waktu kami pasti bertemu untuk berjemaah. Selepas selesai solat dan berdoa pasti kami bersalaman dan meminta maaf atas kesalahan masing-masing. Kan seronok, masam muka sekejap je. Tak boleh lama-lama.
Kita dapat 27 darjat pahala sebab solat jemaah. Rugikan kalau kita solat diri cuma dapat 1 darjat pahala. Jadi jemaahlah bersama suami. Tapi kalau ada anak-anak ajarlah berjemaah bersama.
Rumah kita akan disukai oleh Malaikat Rahmat kerana malaikat Rahmat menyukai rumah-rumah yang rukuk yang dan sujud (solat). Rumah-rumah yang di dalamnya ditunaikan perkara-perkara sunat adalah rumah makmur, malaikat berzikir di dalam nya dan lari daripada syaitan-syaitan.
Disifatkan penghuninya adalah mereka yang bertaubat, yang beribadat, yang mengembara, yang rukuk dan sujud dan rumah-rumah ini sentiaas dalam perhubungan Allah.
Itulah rumah-rumah yang di kasihi Allah dan cahaya Muhammad.
"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan megembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yangmenuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)."
Surah al Taubah: 112
Saya kerap mendengar rakan-rakan mengadu mengenai suami mereka tidak mahu solat 5 waktu. Tak ada rasa tanggungjawab dalam agama. Bila Fazi mendegar keluhan mereka, terasa sedih dan kasihan pon ada.
Ini antara pandangan dan tips saya kepada mereka yang berkahwin.
- Sebagai isteri, kita sendiri kena tunjukkan contoh terbaik dahulu dalam bab solat. Kita jaga solat kita.
- Jangan lupa setiap kali selepas solat doakan yang terbaik untuk suami supaya suami mahu mendirikan solat. Jangan putus asa untuk berdoa. Doa biarlah berterusan
- Setiap kali masuk waktu solat, kita sebagai isteri cepat-cepat ambil wuduk dan suruh suami solat. Sekiranya suami buat dek dan berkata nanti nanti , jangan dipaksa. Tapi jangan putus asa. Nasihat dan ajak secara lembut. Suami ada ego mereka sendiri yang kadang kala perlu dijaga.
- Yang seterusnya, ulang perkara yang perkara yang sama setiap waktu dan setiap hari tapi kali ini ajak suami berjemaah. Siap-siap bentangkan sejadah. Insya'allah suami akan sedar, ditambah dengan doa seorang isteri yang inginkan suaminya menjadi seorang yang bertanggungjawab dan beriman, mereka kan malu pada diri sendiri dan Allah. Allah akan makbulkan doa seorang isteri yang solehah. Insya'allah.
Rasalah nikmat solat berjemaah bersama suami. Rumahtangga lebih berkat dan bahagia dunia dan akhirat kerana disaluti cahaya keimanan.
“ | " Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlahsolat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. "
Surah An-Nisaa’: 103
|

Langgan:
Catatan (Atom)
