Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)
Memaparkan catatan dengan label WANITA SOLEHAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WANITA SOLEHAH. Papar semua catatan

Khamis, 18 Julai 2013

WANITA YANG DICINTAI IBLIS




Wanita yang disukai dan dicintai Iblis 

1. Wanita yang derhaka kepada Allah. 

Sebab-sebab derhaka;
  • Tidak mengenal Allah
  • Cinta dunia, takut mati
  • Hati yang kotor
  • Melakukan dosa
  • Tidak mahu berdoa
  • Wanita yang pendendam. Wanita yang pendendam menjadi rakan iblis dan dendam adalah perbuatan yang haram. 


Selasa, 22 Februari 2011

DOA APABILA ISTERI MARAH




Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. 
Doa hari ini amat istimewa. Doa apabila isteri marah. Isteri juga kadang kala marah tak tentu hala. Jadi untuk memenangkan perasaan si isteri. Suami boleh baca doa ini. Ia juga boleh dibaca kedua-dua suami isteri . Insya'allah



Allahumma Rabba Muhammadin Ighfirlii wa adzhib ghaizha qalbii wa ajirnii min mudhillaaatil' fitani

"Ya Allah Ya Tuhan Muhammad! Ampunilah segala dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan dan lindungi aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan."



Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah



Wallahualam bi shawab


bacaan harianku

Jumaat, 7 Januari 2011

KEKELIRUAN YANG BIASA DI ALAMI MUSLIMAH



Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.  Ingin saya kongsikan sebuah buku yang beli tahun lepas iaitu buku "80 Kekeliruan Wanita Islam". Buku ini menjelaskan tentang kekeliruan yan sering dilakukan oleh wanita Islam. Sesungguhnya hidup ini amat singkat. Di akhirat kita diminta bertanggungjawabkan setiap perlakuan yang dilakukan bertentangan dengan ajaran Islam bagi memperolehi kebahagian di akhirat. Pendek kata, kehidupan di dunia adalah tabungan untuk akhirat. Tanggungjawab di akhirat akan menjadi lebih ringan jika kita menjauhi kekeliruan tersebut satu demi satu. 

Rabu, 15 Disember 2010

SUNAT KITA BERCELAK MATA







Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Setelah banyak membuat kajian dari bacaan dan juga bertanya pandangan dari yang arif tentang hukum hakam bercelak. Jadi saya ingin kongsikan sedikit ilmu pengetahuan yang kita pandang remeh, tapi memberi pahala kalau boleh diguna pakai dengan cara yang betul.


Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;

“Hendaklah kamu memakai celak mata kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata.” – (At Tibbun Nabawi)

Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, bermaksud;

“Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali”
– ( Ibnu Mahaj – At Tibbun Nabawi).
Faedah lain kita memakai celak mata seperti mana yang disebut di dalam At Tibbun Nabawi, bahawa perbuatan mencelak mata boleh mendatangkan beberapa faedah seperti
  • Menyihatkan mata
  • Menguat dan membersihkan (menerangkan) pandangan
  • Menghilangkan penyakit mata
  • Mencantikkan warna atau menyinar cahaya mata


Bercelak mata sunat bagi wanita dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahajatanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah. Seperti mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna (berlebih-lebihan) menambah bulu mata palsu dan sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan mengincukan bibir dengan warna merah secara berlebih-lebihan adalah dilarang keran semuanya adalah tabarruj jahiliah yang dilarang.

Namum, jika wanita bersolek untuk suaminya walaupun menyerupai tabbaruj jahiliah adalah digalakkan dan sunat pula (dapat pahala). Dapat pahala... mmmm . Tapi jika untuk keluar rumah dan untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang sama sekali.

Jadi sini dapatlah kita simpulkan, memakai celak adalah bagus untuk kesihatan mata dapat pahala kerana ia adalah sunnah Rasulullah. Bagi wanita pakai untuk berhias tapi niat hanya untuk tatapan suami. Selepas ini Fazi bolehlah berhias tanpa rasa syak wasangka tapi hanya untuk suami tercinta sahaja dan keizinannya juga.


Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah




Wallahualam bi shawab



bacaan harianku

Selasa, 14 Disember 2010

WAJIB WANITA BERWANGI-WANGIAN UNTUK SUAMI SAHAJA








Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Saya suka memakai wangi-wangian, kerana ia menyegarkan dan memberikan keyakinan pada diri saya. Tapi tahukah kita, hukum memakai wangi-wangian ini. 

Hukum wanita memakai wangi-wangian mempunyai beberapa situasi. Ia adakalanya akan menjadi;
  • WAJIB,
  • SUNAT,
  • MAKHRUH 
  • dan HARAM 

Hal ini adalah sebalik untuk kaum lelaki. Lelaki hukumnya memakai wangi-wangian adalah SUNAT  sepanjang masa, kecuali terdapat keterangan yang menghukumkan sebaliknya.


WAKTU WAJIB WANITA BERWANGI-WANGIAN

Bilakah agaknya wajib ya untuk berwangi-wangian. Sudah tentulah ketika suami ada di rumah. Khususnya ketika hendak melayan suami di waktu malam, hendaklah mereka terlebih dahulu bersolek dan memakai wangi-wangian. Selain daripada itu tujuan tersebut tidak diwajibkan. 

Nabi SAW bersabda.maksudnya
"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu (suami) memandang kepadanya sentiasa menyenangkan hati kamu..."
- (An Nasa'ie dari Abu Hurairah)

Apa yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan hati'? Ia memberi menerangkan dalam semua segi. Dari segi akhlak, wajahnya, dan dirinya sentiasa berhias dan bersolek, sentiasa berbau wangi di rumah dan di hadapan suam. Semuanya termasuk perkara yang boleh menyenangkan suami. Tetapi kalau keluar rumah, wanita dilarang, bahkan HARAM bersolek dan mengenakan bau-bauan dan bersolek ketika keluar rumah.

Terdapat di dalam kitab Muhimmah dan 'Uqudullujain' bahawa ; 

"Para waniya (isteri) berhias (solek) dan menggenakan wangi-wangian untuk suami dan tidak memakainya ketika suami tidak ada di rumah dan ketika hendak keluar rumah"

Asma binti Khairiyyah Fazari telah menasihatkan anak perempuannya ketika anak perempuannya hendak berkahwin;

"Peliharalah dirimu daripada berbau busuk oleh hidung suamimu, Janganlah sampai ia mencium baumu, kecuali yang harum-harum belaka."


Umamah bin Haris menasihati kepada anak perempuannya, Ummu Ilyas, ketika telah selesai aqad nikah dengan Amru bin Hujuru, raha Kindah; 


"Sentiasa menjaga hidung sumai kamu agar jangan ia tercium bau busukmu. Hendaklah sentiasa memakai bau-bauan agar sentiasa berbau wangi oleh suami."


Sementara Abdullah bin Jaafar bin Abu Talib pula menasihati anak perempuannya;


"Sentiasalah kamu memakai celak untuk suami mu, kerana celak itu adalah sebaik-baik perhiasan."


Ini menunjukkan Abdullah juga menyuruh anaknya sentiasa bersolek untuk suaminya. 


Ibnu Abbas pula berkata;


" Aku sentiasa berhias untuk isteriku sepertimana isteri ku sentiasa berhias untuk ku."


Oleh demikian sebagai sepasang suami isteri, berhias untuk pasangan adalah perlu dan wajib untuk menimbulkan suasana menyenangkan dan menyenangkan mata dan hati pasangan kita. 


Kadang kala kita lihat perkara ini remeh, tetapi perkara ini jugalah akan boleh membahagiakan rumahtangga kita dan juga memualkan pasangan sekiranya kita tak menjaga keterampilan kita dihadapan suami kita. Malah ia juga kalau di kawal boleh membuatkan suami / isteri kita mencari yang lain atau lebih teruk lagi runtuhnya masjid yang dibina. 



Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah



Wallahualam bi shawab










bacaan harianku

Rabu, 20 Oktober 2010

Tajdid Iman: Pintu taubat wanita berzina terbuka luas







Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel yang saya rasa sesuai untuk dikongsikan bersama. 


  


Oleh Dr Juanda Jaya






Masyarakat perlu ada sifat pemaaf, prihatin bendung gejala buang bayi daripada berleluasa

PERSEPSI negatif masyarakat terhadap dosa penzina agaknya melampau sampai ke tahap tiada ampun lagi. Jika setakat mencela perbuatan terkutuk itu tidaklah berat ditanggung penzina yang mahu bertaubat. Tetapi jika sampai tidak menaruh belas kasihan bahkan dipulaukan, dikeji seumur hidup sampai anak yang dilahirkan turut sama menanggung dosa orang tua dengan panggilan anak haram, diistimewakan dengan sebutan nama berbin dan binti Abdullah supaya berbeza daripada anak-anak lain, apakah ini sikap memaafkan masyarakat kita?

Apabila berlaku fenomena membuang bayi, kita sepakat mengutuk sekeras-kerasnya kejahatan ini tanpa menilai mengapa ia berlaku. Adakah disebabkan budaya masyarakat yang jauh menyeleweng daripada agama, jika benar mengapa ramai orang Islam yang terbabit?

Mungkin orang kafir lebih bijak menghapuskan benih perzinaan itu dengan melakukan pengguguran, tetapi persoalannya adalah sikap membunuh darah daging yang sempurna bentuk jasad dan sifatnya itu lebih kejam daripada pengguguran pada awal kandungan.

Kita tidak mempersoalkan tindakan mana lebih kejam kerana memang kedua-duanya adalah dosa besar dalam Islam. Tetapi umat Islam perlu memiliki sifat kemanusiaan dan jangan menghukum teruk wanita yang berzina supaya mereka tidak takut dan kembali melakukan dosa besar dengan membuang bayi.

Bayi tidak berdosa itu terbunuh mungkin disebabkan proses kelahiran yang disembunyikan akibat perasaan takut dan malu, bukan kerana sengaja mahu dibunuh. Bagaimana jika ia bukan hasil perzinaan, kerana jenayah rogol misalnya atau 'haruan makan anak'?

Disebabkan masyarakat tiada belas kasihan dan keluarga berantakan, maka wanita yang terbabit berusaha menutupi dosa dengan melahirkan sendiri anak tak berdosa itu. Mustahil mereka mahu membunuh bayi selepas kelahiran. Kalau berniat membunuh, mereka akan melakukannya pada awal kandungan lagi. Mungkin sesetengahnya tidak sempat menggugurkan kandungan dan terpaksa menunggu saat kelahiran, tetapi pada masa menunggu itu mengapa keluarga dan masyarakat tidak mahu memaafkan sehingga wanita ini putus asa dan akhirnya membunuh bayinya.

Keluarga dan masyarakat berperanan besar dalam menyelesaikan fenomena ini. Orang Islam yang taat jangan sesekali memandang serong wanita yang sudah bertaubat. Mereka yang terlanjur dan mahu bertaubat sepatutnya dibimbing, dikasihani dan ditunjukkan jalan keluar. Jika kita bersikap keras, membenci dan terus memusuhi mereka tanpa memberi peluang, fenomena sebegini akan berlarutan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu [246]. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali Imran ayat: 159)

Kita dituntut untuk terpanggil dan sensitif dengan gejala tidak sihat di sekeliling rumah, tempat kerja, lingkungan di seluruh negeri kita. Jika ada anak saudara yang terlanjur, mampukah kita memberi kemaafan dan menanggung sama aib itu, atau kita menutupinya kerana takut dicemuh masyarakat kemudian tidak peduli dengan perbuatannya bahkan melarang anak perempuan kita bergaul rapat dengannya?

Bukankah lebih baik mengajar anak-anak kita menolong, menasihat dan mencari jalan keluar supaya taubatnya benar-benar nasuha? Malangnya, cerita keji itu tetap dikenang selamanya dan dijadikan cacian dalam keluarga sendiri padahal wanita itu sudah bertaubat.

Kita lihat pandangan dan sikap Baginda SAW terhadap wanita berzina dalam suatu hadis mengenai taubat yang bermaksud, "Ada seorang wanita dari Juhainah datang kepada Rasulullah SAW sedang dirinya hamil kerana berzina. Dia berkata: Wahai Rasulullah aku telah melakukan kesalahan yang menyebabkan aku terkena hudud, maka laksanakanlah hudud itu kepadaku. Kemudian Rasulullah SAW memanggil wali perempuan ini dan bersabda: Berbuat baiklah kepadanya apabila sudah melahirkan bawalah dia kepadaku." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW tidak sesekali mengeji wanita yang ingin bertaubat ini, tidak mencari dan mengheret lelaki yang melakukannya dan tidak menjatuhkan hudud ke atasnya saat itu juga. Bahkan Rasulullah SAW berpesan kepada ayahnya atau bapa saudaranya atau saudara lelakinya supaya menjaga wanita ini baik-baik. Betapa lembutnya akhlak Nabi SAW, sedangkan ramai anak-anak perempuan di sekelilingnya terlanjur tak dapat menahan marah ke atas mereka. Sehingga menyebabkan wanita itu tetap dalam kejahatannya bahkan bertambah jahat lagi dengan membuang bayi mereka.

Kemudian selepas wanita itu melahirkan dan cukup tempoh penyusuan bayinya, sesudah dia meninggal dalam hudud, baginda mensolatkannya. Umar r.a. bertanya: Wahai Rasulullah mengapa engkau mensolatkan wanita ini padahal dia berzina. Rasulullah bersabda: "Wanita ini benar-benar bertaubat seandainya taubat itu dibahagi kepada 70 orang Madinah nescaya masih cukup. Pernahkah kamu mendapatkan orang yang lebih utama daripada seorang yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Azza Wa Jalla."

Seperti kita, Umar mengeji sekeras-kerasnya penzina. Tetapi Rasulullah SAW mengingatkan mengenai kedudukan taubat lebih tinggi lagi daripada segala kejahatan yang pernah dilakukan manusia.

Sebelum hudud ditegakkan, negara mesti menyediakan badan dakwah dan kebajikan yang aktif berperanan mendidik umat, menggunakan pendekatan kasih sayang dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar, membanteras jenayah dengan usaha pencegahan berlandaskan ilmu, nasihat dan bimbingan.

Jika ibu bapa sibuk dengan urusan sendiri, tidak menghiraukan pendidikan agama kepada anak-anak, langkah terbaik adalah mengenakan dulu hukuman ke atas ibu bapa yang tidak bertanggungjawab sebelum menyalahkan anak-anak terbabit.

Malang sungguh, saat terlanjur mereka diberhentikan daripada pengajian, dipulau keluarga, tiada yang sudi menasihati dan membimbing, jalan taubat ditutup rapat oleh masyarakat sekeliling. Jika kita tidak mengubah persepsi terhadap wanita-wanita malang ini selamanya gejala buang bayi akan berleluasa.










Saya bukanlah pakar bab agama, cuma berkongsi pandangan dan bacaan sebagai seorang insan. Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.


bacaan harianku

Rabu, 30 Jun 2010

KERANA CINTA PADA ALLAH ATAU KERANA CINTA GILA PADA 'SI DIA'







Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Entry kali ini lebih pada pandangan saya. Dalam kehidupan seharian kita, kita akan berjumpa dengan bermacam-macam kerenah manusia. 
Ada yang berilmu dan mengamalnyanya dengan bijaksana. 
Ada juga yang tidak berilmu dan hanyut dengan kejahilannya. 
Tidak ketinggalan juga ada yang berilmu tetapi tidak mahu mengamalkannya.... 
Ada juga yang jahil, tetapi mahu mencari ilmu untuk bekalannya tetapi tak tahu di mana hendak di tuju... 

Begitulah manusia dengan ragamnya. 

Manusia boleh berubah hanya kerana cinta. 
Sama ada kita percaya atau tidak itulah kenyataannya.
Tetapi samada perubahan itu membawa ke arah kebaikan atau kerosakan diri sendiri. 

Beberapa bulan yang lepas seorang wanita datang berjumpa dengan saya menceritakan kisah hidupnya.Saya tidak kenal wanita A secara peribadi. Secara luarannya dia seorang yang berpendidikan tinggi, berilmu beragama (cukup didikan agamanya), berpakaian sopan dan manis orangnya. Siapa yang melihatnya tentu suka akan dirinya. 
Dia memulakan ceritanya dengan memberitahu yang beliau sedang mengandung anak sulungnya. Gembiranya saya mendengar berita ini. Saya sendiri masih berusaha ingin mengandung tapi tak berjaya lagi :)  dan sayakan tahniah kepadanya. 

Tiba-tiba wajahnya berubah kerana beliau tidak bersedia lagi untuk menerima kandungan itu kerana dia belum lagi berkahwin. Alangkah terkejutnya mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya. Dia kata semua ini adalah balasan Allah kepadanya. Sebelum ini, dia telah menggunakan kecantikannya, kebijaksaannya, penampilan muslimah dan hujah-hujah agamanya untuk merebut cinta seorang lelaki dari seorang sahabat baiknya dengan menuduh sahabatnya tidak sesuai dengan lelaki tersebut kerana lelaki itu memerlukan wanita yang baik sepertinya. Sahabat baiknya menjadi tidak keruan selepas peristiwa perebutan cinta terjadi. Dia berkata dia terpikat pada lelaki tersebut kerana sekali pandang seperti orang yang taat pada agama, pandai berkata-kata yang membuatkan dia rasa bahagia dan dialah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suaminya.

Setelah berjaya memiliki cinta lelaki tersebut, kisah cinta mereka berdua berlarutan  2 tahun tanpa sebarang masalah. Berjumpa setiap hari adalah wajib bagi mereka pasangan cinta yang hangat. Bergayut di telefon setiap hari usah dikatalah. Lelaki tersebut seorang manis mulut. Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya, dia percaya. Lelaki itu kata setiap malam pergi solat di masjid. Rupa-rupanya dia telah mengadakan hubungan baru dengan wanita lain yang berpakaian moden. Sehingga wanita tersebut mengandung anak teman lelakinya. 
Wanita A ini telah mendapat tahu kecurangan teman lelakinya. Macam biasa teman lelakinya menyalahkan dan memburukan wanita B dan dia percayakan teman lelakinya. Pada mulanya dia telah berjanji tidak akan menerima lelaki berperangai seperti ini walaupun dlelaki tersebut lelaki terakhir dalam duni. Tetapi akibat cinta yang mendalam terhadap lelaki tersebut dia maafkan. Dia bersama teman lelakinya bersatu hati tak akan berpisah dengan membuat syarat sekiranya salah seorang curang lagi, mereka akan mati dalam keadaan yang tidak elok. Lalu wanita yang mengandung itu disuruh gugurkan kandungan dan jangan ganggu mereka berdua kerana mereka akan bernikah dalam masa sebulan. Wanita mengandung tersebut redha dan telah keguguran akibat tekanan yang teruk dan akibat terjatuh dari tangga. Beberapa bulan kemudian, wanita B dikhabarkan telah  berpakaian menutup aurat dan mendapat jodoh yang baik serta bahagia.

Setelah 3 tahun peristiwa itu berlaku, antara mereka berdua tidak juga mengikatkan ikatan yang sah. Sehinggalah dia dapat tahu yang beliau sah mengandung 2 minggu lepas. Dia telah maklumkan pada keluarganya. Seluruh keluarganya seperti tidak percaya kerana dia anak sulungnya yang dipercayai keluarga dan rajin solat menconteng arang ke muka keluarga. Baru 3hari lepas dia bertunang setelah dipaksa oleh keluarganya. Mereka dijangkakan akan bernikah minggu depan (sekarang rasanya mereka dah pon menjadi suami isteri yang sah). Dia amat sedih apa yang berlaku. Kerana teman lelakinya sehingga kini tidak berkerja. Sepanjang hubungannya yang bertahun-tahun lamanya, dia tak pasti adakah dia cintakan teman lelakinya kerana Allah atau kerana cinta gila (cinta nafsu) pada 'Si Dia'.

Setelah mendengar cerita wanita tersebut, apa yang boleh saya katakan padanya,  
Di dalam surah an-Nur ayat 26,

Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." 
Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Itu adalah pasti. Untuk mengingatka kita yang leka, angkuh dan sombong pada Allah. Mungkin apa yang berlaku juga adalah kafarah. Kafarah ialah untuk menghapuskan/menutupi dosa tersebut sehingga tidak ada lagi pengaruhnya, baik di dunia maupun di akhirat atau dalam kata lain pembersih dosa.
Mungkin beliau memang adalah jodohnya. Mungkin apabila mereka berdua bernikah boleh berubah menjadi lebih baik. Pintu taubat masih terbuka luas untuk umat- Nya. Kerana perkahwinan menyelamatkan manusia daripada melakukan perkara yang terkutuk. Diharap beliau mendapat pengajaran dari perjalanan hidupnya. Dari pengalaman saya, apabila kita ingin jodoh yang terbaik untuk kita pertama sekali hendaklah;
  • Niat ingin berkahwin kerana Allah Taala dan agamanya. Insya'allah berkekalan. Sekiranya kita niat kerana paras rupa, harta, kuasa dan lain-lain tak lama. 
  • sentiasa memaafkan orang lain,
  • mendoakan kesejahteraan ibubapa, keluarga, saudara seislam dan musuh kita.
  • Sentiasa melakukan suruhan dan larangan-Nya supaya hidup kita lebih berkat,
  • Melakukan solat sunat hajat untuk mendapat jodoh yang terbaik untuk kita,
  • Melakukan solat istikarah, untuk mendapat pertunjuk pada kita dalam kehidupan seharian, 
  • Melakukan setiap hari solat sunat dhoha untuk dimurahkan rezeki. Bagi saya jodoh juga rezeki. 
  • Jangan berlaku zalim, aniaya, atau jatuh hukum pada orang sekiranya kita tidak tahu asal usul ceritanya kerana hidup ini Allah akan bayar cash kat kita kalau kita salah hukum pada orang lain. Tak kena pada kita, mesti turun ke keturunan kita,
  • Mendapat restu ibu bapa,
  • dan akhir sekali, bercintalah selepas kahwin kerana ia lebih menjamin diri kita dari melakukan maksiat mata, mulut, telinga dan lain-lain.  Bercinta begitu lama  sebelum kahwin adalah buang masa kita dan tiada manisnya lagi ketika di alam perkahwinan kelak. 

Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir'aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula. Allahu A'lam.



Jadi bijaklah memilih cinta. 
Cinta pada yang Esa lebih terjamin dunia dan akhirat.






Saya bukanlah pakar bab agama, cuma berkonsi pandangan sebagai seorang insan. Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.
Wallahualam bi shawab



bacaan harianku

Rabu, 21 April 2010

BERTUDUNG? MENGAPA SAYA PILIH UNTUK BERTUDUNG

(sekadar gambar hiasan)






Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Entry kali ini saya mengenai aurat iaitu memakai tudung atau jilbab. Bertudung adalah perkara yang diwajibkan pada setiap wanita muslimah. Bila wajib maksudnya WAJIB, kalau tidak berdosa... setiap kali kita tidah menjaga aurat kita berdosalah kita. Cara memakai tudung juga penting. tidak jarang, pendek dan juga pakaian yang kita pakai juga tidak ketat, jarang dan menampakkan bentuk badan.





Saya terbaca artikel ini dalam blog adik saya Kasturi. Jadi kredit perlu di berikan pad Kasturi http://pakwi.blogspot.com/  yang telah ubah bahasa dan ayatnya  serta  saya selitkan pandangan saya.


MENGAPA SY PILIH BERTUDUNG / JILBAB?
1. Menjalankan syiar Islam. 

     -  Fazi  seorang muslimah, jadi wajib.

2. Berniat untuk ibadah.

     - bila niat untuk beribadat dan kerana Allah kita dah dapat pahala. Senangkan dapat pahala

3. Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.


4. Kerana saya ingin taat kepada Allah yang telah menjadikan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezeki, melindungi dan menolong saya.


5. Kerana saya ingin taat kepada Rasul-Nya, pembimbing umat dengan risalah beliau


6. Untuk mendapatkan keredhaan  Allah (InsyaAllah).


7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.

    - Allah sudah berikan nyawa dan kita telah pon berjanji ketika di alam roh lagi untuk menjadi HAMBA-Nya patuh dan taat akan suruhannya dan meninggalkan larangan-Nya.

8. Seluruh ulama bersetuju bahawa undang-undang memakai tudung itu wajib.


9. Agar kaum wanita menutup auratnya.


10. Bukan kerana gaya-gayaan. 

      - niat kena betul ye..... boleh bergaya tapi jangan keterlaluan. 

11. Bukan kerana mengikut trend.

     - ada juga yang bertudung mengikut trend?? Janganlah begitu, sayang la wahai semua  muslimah. Carapemakaian  tudung pon kena betul.. bukan yang nampak jambul, jarang dan pendek.

12. Bukan untuk berlagak (berterampilan) suci atau baik/ alim. 

      -  Tak perlu takut sekiranya ada yang berkata berlagak alim kerana bertudung adalah WAJIB untuk semua muslimah yang mencintai Allah.

13. Lebih baik berlagak (berterampilan) suci dari pada berterampilan  sebaliknya ^ _ ^.

      -  Orang kata, pandangan pertama adalah segalanya. Sekiranya orang itu berpakaian sopan seperti muslimah mesti orang lain kata "Dia ni mesti orang baik-baik. " Manakala berpakaian sebaliknya; " Kesian dia ini tak dapat didikan agama dan jaga auratnya... minta-mintalah dia mendapat hidayah suatu hari nanti."

14. Tidak sekadar bermaksud agar berbeda dari yang lain.
15. Meninggikan darjat wanita dari belenggu kehinaan yang hanya menjadi objek nafsu semata-mata.


16. Jilbab sesuai untuk semua wanita yang mahu menjaga dirinya dari objek nafsu semata-mata.


17. Saya ingin menjadi wanita solehah.


18. Saya tengah berusaha mencapai darjat taqwa.


19. Jilbab adalah pakaian taqwa.


20. Jilbab adalah identiti wanita muslimah.


21. Di awali dengan memakai tudung, saya ingin menapak jalan ke syurga.


22. Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian.


23. Isteri-isteri Rasulullah berbusana muslimah.


24. Para sahabiah (sahabat Rasulullah yang wanita) juga berbusana muslimah.


25. Mereka merupakan panutan semua muslimah, begitu juga saya.


26. Semoga Allah memberikan kepada kita balasan jannah yang sama seperti mereka.


27. Untuk meninggikan izzah Islam.


28. Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah).


29. Jilbab lebih melindungi diri.


30. Membuat saya lebih merasa aman.


31. Menjaga diri dari gangguan lelaki tidak bertanggungjawab.


32. Menjaga diri dari tempat pandangan lelaki yang hanya ingin 'cuci mata'.


33. Menjaga diri dari objek syahwat lelaki.


34. Menjaga diri dari mata lelaki yang keranjang.


35. Menjaga diri dari tangan-tangan jahat yang ingin menjamah.


36. Menghindari zina mata dan zina hati.


37. Sebagai pencegahan dari perbuatan zina itu sendiri.


38. Jilbab boleh mengelakkan saya dari sikap-sikap yang negatif.


39. Jilbab boleh memadam keinginan-keinginan yang menyimpang.


40. Membuat saya lebih bersahaja.


41. Membuat saya lebih khusyuk.


42. Mejauhkan saya dari perbuatan dosa (insyaAllah).


43. Membuat saya malu bila melakukan dosa.


44. Mendekatkan saya pada Allah.


45. Mendekatkan saya pada Rasulullah.


46. Mendekatkan saya pada nabi-nabi-Nya.


47. Mendekatkan saya pada sesama muslim.


48. Mendekatkan saya pada ajaran Islam.


49. Membuat saya tetap ingin belajar tentang Islam.


50. Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran Islam.


51. Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.


52. Ajaran Islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yang kuno.


53. Berjilbab bukan sesuatu yang kuno.


54. Mengatakan berjilbab itu kuno berarti telah menggugat kuasa Allah.


55. Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik bagi ummat-Nya.


56. Berjilbab, bererti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.


57. Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islami.


58. Membezakan diri dari penganut agama lain.


59. Memudahkan dalam pengidentifikasian sesama saudari seislam.


60. Memperkuat tali silaturahmi dan ukuwah sesama muslimah.


61. Menghilangkan keraguan saya bila ingin menyapa saudari muslimah.


62. Memudahkan menanamkan rasa sayang-menyayangi sesama saudara / saudari seislam.


63. Membuat saya lebih terlihat anggun.


64. Membuat saya terlihat menyenangkan.


65. Membuat saya lebih terlihat wanita.


66. Tidak kelihatan seperti laki-laki.


67. Membuat saya selalu berada dalam lingkungan yang Islami.


68. Jilbab menjaga saya dari pergaulan yang salah.


69. Memudahkan saya, dengan izin Allah, mengenal lelaki yang salih.


70. Wanita yang baik (salihah) dengan lelaki yang baik (salih) pula.


71. Mudah-mudahan saya diberi jodoh lelaki yang salih.


72. Jodoh merupakan urusan Allah.


73. Dengan keta'atan pada Allah, Allah akan memberikan kemudahan-Nya.


74. Memudahkan saya dalam beraktifitas ..


75. Membuat lebih mudah bergerak.


76. Jilbab menjagaku sehingga tidak terlihat lekuk-lekuk tubuh


77. Sangat menjolok mata  apabila memakai pakaian wanita seperti trend saat ini (yang ketat).


78. Saya tidak suka memakai seluar seluar ketat.


79. Seluar yang ketat boleh menyebabkan kanser rahim kerana suhu di sekitar rahim tidak beraturan.


80. Menjimatkan masa dalam berpakaian.


81. Menjimatkan masa dalam berhias.


82. Tidak perlu repot-repot selalu berusaha mengikuti trend mode yang berkembang.


83. Menjimatkan kos untuk membeli pakaian yang sedang trend.


84. Menjimatkan kos untuk membeli make up.


85. Melindungi kulit wajah dari make up yang boleh merosakkan kulit.


86. Melindungi kulit dari sengatan sinar matahari.


87. Meminimumkan penyakit kanser kulit.


88. Sengatan matahari boleh mengurangkan kelembapan kulit sehingga kulit jadi kering.


89. Meminimumkan munculnya bintik-bintik hitam pada permukaan kulit akibat perubahan pigmen di usia tertentu.


90. Melindungi rambut dari debu-debu yang berterbangan.


91. Debu-debu itu dapat mengotori rambut dan menyebabkan rambut mudah gugur yang mengakibatkan keguguran.


92. Menuntun saya untuk hidup lebih mudah.


93. Menghindari hidup yang konsumtif.


94. Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.


95. Membuat saya lebih memikirkan hal lain selain mode dan perhiasan.


96. Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan umat.


97. Lebih mudah dalam menabung.


98. Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.


99. Memiliki kesempatan lebih banyak untuk pemurah dan sedekah.


100. Itu berarti lebih banyak beramal untuk bekal di hari


101. Meneladani Siti Mariam, Ibunda Nabi Isa AS


102. Menuruti perintah Nabi Isa AS & para Nabi terdahulu. Melalui ayat:



1 Korintus 11:5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.


11:6 Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.


11:7 Sebab laki-laki tidak perlu menudungi kepalanya: ia menyinarkan gambaran dan kemuliaan Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan laki-laki.


11:8 Sebab laki-laki tidak berasal dari perempuan, tetapi perempuan berasal dari laki-laki.


11:9 Dan laki-laki tidak diciptakan kerana perempuan, tetapi perempuan diciptakan kerana laki-laki.


11:10 Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh kerana para malaikat.


11:11 Namun demikian, dalam Tuhan tidak ada perempuan tanpa laki-laki dan tidak ada laki-laki tanpa perempuan.



11:12 Sebab sama seperti perempuan berasal dari laki-laki, demikian pula laki-laki dilahirkan oleh perempuan; dan segala sesuatu berasal dari Allah.


11:13 Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah PEREMPUAN BERDOA KEPADA ALLAH DENGAN KEPALA YG TIDAK BERTUDUNG?

103. Memurnikan ajaran yg telah hilang dari ummat terdahulu

104. Melaksanakan perintah dalam Quran, Taurat, Zabur (Mazmur) & Injil

105. Membuktikan jika ummat lain telah menghilangkan ajaran para Nabi terdahulu

106. Melindungi diri dari api neraka

107. Menjaga kesucian jiwa orang lain

108. Mengingatkan orang lain pada perintah ALLAH

109. Mengikuti Jalan, Hidup & Kebenaran yg diajarkan oleh Nabi Isa AS

110. Sampai kepada ALLAH melalui jalan Nabi Isa AS yg telah dihilangkan oleh umat 
terdahulu ; dimurnikan kembali oleh ALLAH dalam Quran melalui Rasulullah Muhammad SAW

111. Lebih berharga jika tertutup rapih dibanding dibuka percuma / free

112. Tabungan boleh digunakan untuk jalan ALLAH

113. memberi contoh baik bagi anak &sekitar












Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.
Wallahualam bi shawab

bacaan harianku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES