Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)
Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI DAN TIPS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI DAN TIPS. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Mei 2013

HIDUP BAHAGIA DAN DERITA




HIDUP BAHAGIA DAN DERITA  
adalah anugerah dan ujian yang terindah untuk kita sebagai hambaNya.

Terima dengan hati yang terbuka.

bacaan harianku

Selasa, 7 Mei 2013

MARAH!! MARAH!!



Bacalah doa ini untuk menghilang perasaan marah dalam diri. 

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

“Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”

atau 

Allahumma la tusymit bi ‘adwwi wa la tasu’ubi sadiqi wa la taj’al musibati fi dini wa la taj’alid dunya akbara hami wa la tusallit ‘alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu.

“Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan ber maha raja lela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.”
bacaan harianku

Jumaat, 11 Januari 2013

KAWAN YANG KU INGINKAN






IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.

Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan."

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”

“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.

Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Rabu, 2 Januari 2013

Kronologi makhluk manusia





Kronologi makhluk manusia :



Alam Roh

Di alam roh ini makhluk manusia belum lagi dipanggil manusia. Ia masih lagi dalam bentuk roh. Tak banyak yang Allah sampaikan mengenai alam ini. Apapun Roh telahpun berjanji kepada Allah untuk taat. Roh juga berumur sebaya. Yang membezakan ialah waktu roh itu dimasukkan ke dalam rahim ibu yang mengandung pada zaman ini, zaman sebelum ini mahupun zaman yang akan datang. Dalam ertikata lain setiap insan yang kita temui sebenarnya sama baya dengan kita di alam roh cuma dengan kehendak Allah Talla mereka dilahirlah terlebih dahulu di alam ini.



Alam Rahim

Roh yang dimasukkan telah ditetapkan Allah akan amal, rezeki, ajal dan sebagainya sepanjang kehidupannya di dunia. Alam yang dilalui tanpa sedar ini selama lebih kurang 9 bulan masa dunia lamanya.



Alam Hidup di Dunia

Alam inilah kita dinamakan manusia dan disini jugalah penentuan perjalanan kita yang seterusnya baik atau buruk. Tidak seperti di alam yang sebelum ini dimana kita langsung tak boleh membuat pilihan kerana Allah Taala telah memberikan ketetapan, hanya di alam ini pula kita boleh membuat pilihan samaada untuk patuh kepada perintah Allah atau sebaliknya.



Isnin, 31 Disember 2012

JANGAN SIA-SIAKAN HIDAYAH YANG DIBERIKAN






Hidayah merupakan perkara terpenting dalam kehidupan manusia. Tanpanya seseorang itu akan hidup dalam kesesatan. Sebab itu Allah memerintahkan kita memohon hidayah sekurang-kurang 17 kali dalam sehari iaitu bacaan dalam surah al-fatihah ( Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus).


Kita hendaklah sentiasa berdoa agar dikekalkan dalam keadaan beriman sehingga maut datang menjemput kita. Antara doa yang mesti dibaca setiap masa ialah doa yang diajar sendiri oleh allah dalam al-Quran untuk amalan kita semua. Iaitu doa :

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Ertinya: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." 
( Ali Imran: 8)

Sabtu, 29 Disember 2012

NASIHAT UNTUK LIDAH






عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ - متفق عليه
Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia tidak menyakiti tetangganya. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tamunya. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia bertakat-kata yang baik atau hendaklah ia diam.” (HR. Bukhari & Muslim)

Ahad, 29 April 2012

ANDA MARAH? ITU API SYAITAN.



Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.  Dalam mengharungi kehidupan seharian, kita tak terlepas dari pelbagai perasaan yang baik dan sebaliknya. Saya seorang pendiam suka memendam perasaan. Tapi kadang kala terlepas juga perasaan marah tu. 

Marah adalah suatu sifat semulajadi manusia, cuma perlu pada tempat dan masa yang betul, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu. Marah adalah sifat yang pastinya ada dalam diri setiap manusia. Tidak kira apa pun pangkat dan darjat mahupun peringkat umur, pastinya akan mempunyai perasaan marah. 

Sabtu, 17 September 2011

NAMA ANAK-ANAK IBLIS







syaitan yang direjam!


Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ramadhan sudah berlalu..... Syawal kini kia raikan. Di bulan Ramadhan, syaitan-syaitan di belenggu supaya tidak mengganggu anak-anak Nabi Adam untuk beribadat dengan khusyuk. Kini saya ingin berkongsi kisah iblis dan anak-anaknya. Iaitu nama dan tugas-tugas mereka untuk menyesatkan kita semua. Saya dapat info ini dari seorang sahabat dari inbox emel saya. 

Syaitan, seperti yang diketahui dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi, asalnya adalah salah satu golongan Malaikat yang paling beriman dan amat taat,pintar,patuh dan kuat beribadah kepada Allah.Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel)selepas ingkar dengan perintah Allah disebut(iblis laknatullah@devil of lucifer). Walau bagaimanapun, menurut Islam,Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. 

Rabu, 21 April 2010

TOBAT MAKSIAT















Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.  Entry kali ini saya hanya ingin kongsi sebuah video clip yang mengingat kita semua terutama saya yang kita hidup di atas dunia sementara sahaja. Suka akan nasihat dalam lagu ini. 






Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat


Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim


Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim



Cepat ucap astafighrullahal’adzim



Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim







Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.
Wallahualam bi shawab



bacaan harianku

Khamis, 25 Mac 2010

BERJEMAAH BERSAMA SUAMI










Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Malam ini saya ingin berkongsi satu perkara yang mungkin remeh pada setengah orang. Tapi bagi saya ia adalah satu perkara yang penting itu solat berjemaah bersama suami. Ini adalah pengalaman sendiri untuk dikongsikan bersama.


Solat fardu lima waktu adalah rukun Islam yang ke 2. Jadi solat adalah tiang agama dan wajib untuk semua muslim. Solat berjemaah adalah perkara yang wajib bagi kami suami isteri setiap waktu (kebetulan kami kerja bersama-sama. Allah telah memudahkan kami merasai nikmat solat berjemaah bersama-sama.)


Seperti saya, saya telah berkahwin dengan saudara baru. Tapi alhamdulillah suami saya telah pandai sembahyang 5 waktu tanpa sebarang masalah. Tanggungjawab saya sebagai isteri kepada seorang saudara baru amat berat dan besar. Kena selalu menunjukkan contoh yang sebaik mungkin sebagai seorang muslim.

Untuk solat berjemaah bersama suami sebenarnya mesti bermula pada hari pertama sah menjadi sepasang suami isteri lagi. Apabila ia diamalkan dari awal perkahwinan ia akan menjadi perkara yang wajib untuk pasangan suami isteri.

Banyak hikmah solat jemaah bersama suami kita. Mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri. Sekiranya ada salah faham anatara kami ianya tak panjang kerana apabila masuk saja waktu kami pasti bertemu untuk berjemaah. Selepas selesai solat dan berdoa pasti kami bersalaman dan meminta maaf atas kesalahan masing-masing. Kan seronok, masam muka sekejap je. Tak boleh lama-lama.


Kita dapat 27 darjat pahala sebab solat jemaah. Rugikan kalau kita solat diri cuma dapat 1 darjat pahala. Jadi jemaahlah bersama suami. Tapi kalau ada anak-anak ajarlah berjemaah bersama.

Rumah kita akan disukai oleh Malaikat Rahmat kerana malaikat Rahmat menyukai rumah-rumah yang rukuk yang dan sujud (solat). Rumah-rumah yang di dalamnya ditunaikan perkara-perkara sunat adalah rumah makmur, malaikat berzikir di dalam nya dan lari daripada syaitan-syaitan.

Disifatkan penghuninya adalah mereka yang bertaubat, yang beribadat, yang mengembara, yang rukuk dan sujud dan rumah-rumah ini sentiaas dalam perhubungan Allah.

Itulah rumah-rumah yang di kasihi Allah dan cahaya Muhammad.


"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan megembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yangmenuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)."
Surah al Taubah: 112

Saya kerap mendengar rakan-rakan mengadu mengenai suami mereka tidak mahu solat 5 waktu. Tak ada rasa tanggungjawab dalam agama. Bila Fazi mendegar keluhan mereka, terasa sedih dan kasihan pon ada.

Ini antara pandangan dan tips saya kepada mereka yang berkahwin.
  1. Sebagai isteri, kita sendiri kena tunjukkan contoh terbaik dahulu dalam bab solat. Kita jaga solat kita.
  2. Jangan lupa setiap kali selepas solat doakan yang terbaik untuk suami supaya suami mahu mendirikan solat. Jangan putus asa untuk berdoa. Doa biarlah berterusan
  3. Setiap kali masuk waktu solat, kita sebagai isteri cepat-cepat ambil wuduk dan suruh suami solat. Sekiranya suami buat dek dan berkata nanti nanti , jangan dipaksa. Tapi jangan putus asa. Nasihat dan ajak secara lembut. Suami ada ego mereka sendiri yang kadang kala perlu dijaga.
  4. Yang seterusnya, ulang perkara yang perkara yang sama setiap waktu dan setiap hari tapi kali ini ajak suami berjemaah. Siap-siap bentangkan sejadah. Insya'allah suami akan sedar, ditambah dengan doa seorang isteri yang inginkan suaminya menjadi seorang yang bertanggungjawab dan beriman, mereka kan malu pada diri sendiri dan Allah. Allah akan makbulkan doa seorang isteri yang solehah. Insya'allah.

Rasalah nikmat solat berjemaah bersama suami. Rumahtangga lebih berkat dan bahagia dunia dan akhirat kerana disaluti cahaya keimanan.

" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlahsolat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. "










Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Wallahualam bi shawab



bacaan harianku

Rabu, 17 Mac 2010

ORANG MUKMIN TIDAK PERNAH STRESS

gambar sekadar hiasan



Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi entry yang saya terima dari kotak emel.

Sebagai hamba Allah, dalam kehidupan di dunia manusia tidak akan luput dari berbagai cobaan, baik kesusahan maupun kesenangan, sebagai sunnatullah yang berlaku bagi setiap insan, yang beriman maupun kafir.

Allah Ta’ala berfirman,

وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) , dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Qs Al Anbiya’: 35)

Ibnu Katsir –semoga Allah Ta’ala merahmatinya– berkata, “Makna ayat ini yaitu: Kami menguji kamu (wahai manusia), terkadang dengan bencana dan terkadang dengan kesenangan, agar Kami melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang ingkar, serta siapa yang bersabar dan siapa yang beputus asa.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/342, Cet Daru Thayyibah)


Kebahagiaan hidup dengan bertakwa kepada Allah

Allah Ta’ala dengan ilmu-Nya yang Maha Tinggi dan Hikmah-Nya yang Maha Sempurna menurunkan syariat-Nya kepada manusia untuk kebaikan dan kemaslahatan hidup mereka. Oleh kerana itu, hanya dengan berpegang teguh kepada agama-Nyalah seseorang bisa merasakan kebahagiaan hidup yang hakiki di dunia dan akhirat.

Allah Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ

“Hai orang-orang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya yang mengajak kamu kepada suatu yang memberi (kemaslahatan) hidup bagimu.” (Qs al-Anfaal: 24)


Ibnul Qayyim -semoga Allah Ta’ala merahmatinya- berkata,

“Ayat ini menunjukkan bahwa kehidupan yang bermanfaat hanyalah didapatkan dengan memenuhi seruan Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka barangsiapa yang tidak memenuhi seruan Allah dan Rasul-Nya, maka dia tidak akan merasakan kehidupan (yang baik). Meskipun dia memiliki kehidupan (seperti) hewan yang juga dimiliki oleh binatang yang paling hina (sekalipun). Maka kehidupan baik yang hakiki adalah kehidupan seorang yang memenuhi seruan Allah dan Rasul-Nya secara lahir maupun batin.” (Kitab Al Fawa-id, hal. 121, Cet. Muassasatu Ummil Qura’)


Inilah yang ditegaskan oleh Allah Ta’ala dalam banyak ayat al-Qur’an, di antaranya firman-Nya,

مَنْ عَمِلَ صَالِحاً مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (di dunia), dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka (di akhirat) dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Qs ِAn Nahl: 97)


Dalam ayat lain, Allah Ta’ala berfirman,

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعاً حَسَناً إِلَى أَجَلٍ مُسَمّىً وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Rabbmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu (di dunia) sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya (di akhirat nanti)” (Qs Huud: 3)

Dalam mengomentari ayat-ayat di atas, Ibnul Qayyim mengatakan,


“Dalam ayat-ayat ini Allah Ta’ala menyebutkan bahwa Dia akan memberikan balasan kebaikan bagi orang yang berbuat kebaikan dengan dua balasan: balasan (kebaikan) di dunia dan balasan (kebaikan) di akhirat.” (Al Waabilush Shayyib, hal. 67, Cet. Darul Kitaabil ‘Arabi)


Oleh kerana itulah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan ibadah shalat, yang dirasakan sangat berat oleh orang-orang munafik, sebagai sumber kesejukan dan kesenangan hati, dalam sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,

وجعلت قرة عيني في الصلاة

“Dan Allah menjadikan qurratul ‘ain bagiku pada (waktu aku melaksanakan) shalat.” (HR. Ahmad 3/128, An Nasa’i 7/61 dan imam-imam lainnya, dari Anas bin Malik, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahihul Jaami’ish Shagiir, hal. 544)

Makna qurratul ‘ain adalah sesuatu yang menyejukkan dan menyenangkan hati. (Lihat Fatul Qadiir, Asy Syaukaani, 4/129)


Sikap seorang mukmin dalam menghadapi masalah

Dikeranakan seorang mukmin dengan ketakwaannya kepada Allah Ta’ala, memiliki kebahagiaan yang hakiki dalam hatinya, maka masalah apapun yang dihadapinya di dunia ini tidak membuatnya mengeluh atau stres, apalagi berputus asa. Hal ini disebabkan kerana keimanannya yang kuat kepada Allah Ta’ala sehingga membuat dia yakin bahwa apapun ketetapan yang Allah Ta’ala berlakukan untuk dirinya maka itulah yang terbaik baginya. Dengan keyakinannya ini Allah Ta’ala akan memberikan balasan kebaikan baginya berupa ketenangan dan ketabahan dalam jiwanya.

Inilah yang dinyatakan oleh Allah Ta’ala dalam firman-Nya,

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali denga izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Qs At Taghaabun: 11)

Ibnu Katsir mengatakan, “Makna ayat ini: seseorang yang ditimpa musibah dan dia meyakini bahwa musibah tersebut merupakan ketentuan dan takdir Allah, sehingga dia bersabar dan mengharapkan (balasan pahala dari Allah Ta’ala), disertai (perasaan) tunduk berserah diri kepada ketentuan Allah tersebut, maka Allah akan memberikan petunjuk ke (dalam) hatinya dan menggantikan musibah dunia yang menimpanya dengan petunjuk dan keyakinan yang benar dalam hatinya, bahkan bisa jadi Dia akan menggantikan apa yang hilang darinya dengan yang lebih baik baginya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 8/137)


Inilah sikap seorang mukmin dalam menghadapi musibah yang menimpanya. Meskipun Allah Ta’ala dengan hikmah-Nya yang maha sempurna telah menetapkan bahwa musibah itu akan menimpa semua manusia, baik orang yang beriman maupun orang kafir, akan tetapi orang yang beriman memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang kafir, yaitu ketabahan dan pengharapan pahala dari Allah Ta’ala dalam mengahadapi musibah tersebut. Tentu saja semua ini akan semakin meringankan beratnya musibah tersebut bagi seorang mukmin.


Dalam menjelaskan hikmah yang agung ini, Ibnul Qayyim mengatakan,

“Sesungguhnya semua (musibah) yang menimpa orang-orang yang beriman dalam (menjalankan agama) Allah senantiasa disertai dengan sikap ridha dan ihtisab (mengharapkan pahala dari-Nya). Kalaupun sikap ridha tidak mereka miliki maka pegangan mereka adalah sikap sabar dan ihtisab (mengharapkan pahala dari-Nya). Ini (semua) akan meringankan beratnya beban musibah tersebut. Kerana setiap kali mereka menyaksikan (mengingat) balasan (kebaikan) tersebut, akan terasa ringan bagi mereka menghadapi kesusahan dan musibah tersebut. Adapun orang-orang kafir, maka mereka tidak memiliki sikap ridha dan tidak pula ihtisab (mengharapkan pahala dari-Nya). Kalaupun mereka bersabar (menahan diri), maka (tidak lebih) seperti kesabaran hewan-hewan (ketika mengalami kesusahan).

Sungguh Allah telah mengingatkan hal ini dalam firman-Nya,

وَلا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لا يَرْجُونَ

“Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan.” (Qs An Nisaa’: 104)

Oleh kerana itu, orang-orang mukmin maupun kafir sama-sama menderita kesakitan. Akan tetapi, orang-orang mukmin teristimewakan dengan pengharapan pahala dan kedekatan dengan Allah Ta’ala.” (Ighaatsatul Lahfan, hal. 421-422, Mawaaridul Amaan)


Hikmah cubaan

Di samping sebab-sebab yang kami sebutkan di atas, ada faktor lain yang tak kalah pentingnya dalam meringankan semua kesusahan yang dialami seorang mukmin dalam kehidupan di dunia, yaitu dengan dia merenungkan dan menghayati hikmah-hikmah agung yang Allah Ta’ala jadikan dalam setiap ketentuan yang diberlakukan- Nya bagi hamba-hamba- Nya yang beriman dan bertakwa. Kerana dengan merenungkan hikmah-hikmah tersebut dengan seksama, seorang mukmin akan mengetahui dengan yakin bahwa semua cobaan yang menimpanya pada hakikatnya adalah justru untuk kebaikan bagi dirinya, dalam rangka menyempurnakan keimanannya dan semakin mendekatkan diri-Nya kepada Allah Ta’ala.


Semua ini di samping akan semakin menguatkan kesabarannya, juga akan membuatnya selalu bersikap husnuzh zhann (berbaik sangka) kepada Allah Ta’ala dalam semua musibah dan cobaan yang menimpanya. Dengan sikap ini Allah Ta’ala akan semakin melipatgandakan balasan kebaikan baginya, kerana Allah akan memperlakukan seorang hamba sesuai dengan persangkaan hamba tersebut kepada-Nya, sebagaimana firman-Nya dalam sebuah hadits qudsi:

أنا عند ظنّ عبدي بي

“Aku (akan memperlakukan hamba-Ku) sesuai dengan persangkaannya kepadaku.” (HSR al-Bukhari no. 7066 dan Muslim no. 2675)

Makna hadits ini: Allah akan memperlakukan seorang hamba sesuai dengan persangkaan hamba tersebut kepada-Nya, dan Dia akan berbuat pada hamba-Nya sesuai dengan harapan baik atau buruk dari hamba tersebut, maka hendaknya hamba tersebut selalu menjadikan baik persangkaan dan harapannya kepada Allah Ta’ala. (Lihat kitab Faidhul Qadiir, 2/312 dan Tuhfatul Ahwadzi, 7/53)


Di antara hikmah-hikmah yang agung tersebut adalah:


[Pertama]

Allah Ta’ala menjadikan musibah dan cobaan tersebut sebagai obat pembersih untuk mengeluarkan semua kotoran dan penyakit hati yang ada pada hamba-Nya, yang kalau seandainya kotoran dan penyakit tersebut tidak dibersihkan maka dia akan celaka (kerana dosa-dosanya) , atau minimal berkurang pahala dan derajatnya di sisi Allah Ta’ala. Oleh kerana itu, musibah dan cobaanlah yang membersihkan penyakit-penyakit itu, sehingga hamba tersebut akan meraih pahala yang sempurna dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta’ala (Lihat keterangan Ibnul Qayyim dalam Ighaatsatul Lahfan hal. 422, Mawaaridul Amaan). Inilah makna sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Orang yang paling banyak mendapatkan ujian/cobaan (di jalan Allah Ta’ala) adalah para Nabi, kemudian orang-orang yang (kedudukannya) setelah mereka (dalam keimanan) dan orang-orang yang (kedudukannya) setelah mereka (dalam keimanan), (setiap) orang akan diuji sesuai dengan (kuat/lemahnya) agama (iman)nya, kalau agamanya kuat maka ujiannya pun akan (makin) besar, kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan (kelemahan) agamanya, dan akan terus-menerus ujian itu (Allah Ta’ala) timpakan kepada seorang hamba sampai (akhirnya) hamba tersebut berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak punya dosa (sedikitpun)” (HR At Tirmidzi no. 2398, Ibnu Majah no. 4023, Ibnu Hibban 7/160, Al Hakim 1/99 dan lain-lain, dishahihkan oleh At Tirmidzi, Ibnu Hibban, Al Hakim, Adz Dzahabi dan Syaikh Al Albani dalam Silsilatul Ahaadits Ash Shahihah, no. 143)


[Kedua]

Allah Ta’ala menjadikan musibah dan cobaan tersebut sebagai sebab untuk menyempurnakan penghambaan diri dan ketundukan seorang mukmin kepada-Nya, kerana Allah Ta’ala mencintai hamba-Nya yang selalu taat beribadah kepada-Nya dalam semua keadaan, susah maupun senang (Lihat keterangan Ibnul Qayyim dalam Ighaatsatul Lahfan, hal. 424, Mawaaridul amaan) Inilah makna sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Alangkah mengagumkan keadaan seorang mukmin, kerana semua keadaannya (membawa) kebaikan (untuk dirinya), dan ini hanya ada pada seorang mukmin; jika dia mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (HSR Muslim no. 2999)


[Ketiga]

Allah Ta’ala menjadikan musibah dan cobaan di dunia sebagai sebab untuk menyempurnakan keimanan seorang hamba terhadap kenikmatan sempurna yang Allah Ta’ala sediakan bagi hamba-Nya yang bertakwa di surga kelak. Inilah keistimewaan surga yang menjadikannya sangat jauh berbeda dengan keadaan dunia, kerana Allah menjadikan surga-Nya sebagai negeri yang penuh kenikmatan yang kekal abadi, serta tidak ada kesusahan dan penderitaan padanya selamanya. Sehingga kalau seandainya seorang hamba terus-menerus merasakan kesenangan di dunia, maka tidak ada artinya keistimewaan surga tersebut, dan dikhawatirkan hamba tersebut hatinya akan terikat kepada dunia, sehingga lupa untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti (Lihat keterangan Ibnul Qayyim dalam Ighaatsatul Lahfan, hal. 423, Mawaaridul Amaan dan Ibnu Rajab dalam Jaami’ul ‘Uluumi wal Hikam, hal. 461, Cet. Dar Ibni Hazm). Inilah di antara makna yang diisyaratkan dalam sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل

“Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang melakukan perjalanan.” (HSR Al Bukhari no. 6053)


Penutup

Sebagai penutup, kami akan membawakan sebuah kisah yang disampaikan oleh Ibnul Qayyim tentang gambaran kehidupan guru beliau, Imam Ahlus Sunnah wal Jama’ah di zamannya, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah –semoga Allah merahmatinya– .

.....Kisah ini memberikan pelajaran berharga kepada kita tentang bagaimana seharusnya seorang mukmin menghadapi cobaan dan kesusahan yang Allah Ta’ala takdirkan bagi dirinya.

Ibnul Qayyim bercerita,

“Allah Ta’ala yang Maha Mengetahui bahwa aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih bahagia hidupnya daripada gurunya, Ibnu Taimiyyah. Padahal kondisi kehidupan beliau sangat susah, jauh dari kemewahan dan kesenangan duniawi, bahkan sangat memprihatinkan. Ditambah lagi dengan (siksaan dan penderitaan yang beliau alami di jalan Allah Ta’ala), yang berupa (siksaan dalam) penjara, ancaman dan penindasan (dari musuh-musuh beliau). Tapi bersamaan dengan itu semua, aku mendapati beliau adalah termasuk orang yang paling bahagia hidupnya, paling lapang dadanya, paling tegar hatinya serta paling tenang jiwanya. Terpancar pada wajah beliau sinar keindahan dan kenikmatan hidup (yang beliau rasakan). Kami (murid-murid Ibnu Taimiyyah), jika kami ditimpa perasaan takut yang berlebihan, atau timbul (dalam diri kami) prasangka-prasangka buruk, atau (ketika kami merasakan) kesempitan hidup, kami (segera) mendatangi beliau (untuk meminta nasehat), maka dengan hanya memandang (wajah) beliau dan mendengarkan ucapan (nasehat) beliau, serta merta hilang semua kegundahan yang kami rasakan dan berganti dengan perasaan lapang, tegar, yakin dan tenang.” (Al Waabilush Shayyib, hal. 67, Cet. Darul Kitaabil ‘Arabi)


وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين

Kota Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, 15 Rabi’ul awwal 1430 H


Penulis: Ustadz Abdullah bin Taslim Al Buthoni, Lc.




Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.Wallahualam bi shawab

bacaan harianku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES