Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Sebentar tadi saya telah mendengat ceramah di Radio Perak.fm di dalam kereta perlajanan ke Tapah atas urusan kerja. Ceramahnya amat menarik mengenai sunnah Rasulullah. Antara yang menarik minat saya mengenai mata. Dalam ceramah tersebut menceritakan Rasulullah menegur seorang hamba Allah selepas melihat beliau solat. Rasulullah menyuruh beliau solat sekali lagi. Setelah selesai beliau solat, Rasulullah menyuruh sekali lagi beliau solat semula. Kemudian selesailah solat tersebut. Sekali lagi Rasulullah menuruh beliau solat sekali lagi. Dengan rasa ingin tahu apa silapnya yang Rasulullah menyuruh beliau solat beberapa kali, beliau pon bertanya,
Rak Buku Bacaan Harian ku
AHLI PERPUSTAKAAN
Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)
Halaman
Memaparkan catatan dengan label PANDANGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PANDANGAN. Papar semua catatan
Khamis, 17 Februari 2011
Selasa, 24 Ogos 2010
MENYESAL PELUK ISLAM SELEPAS DENGAR CERAMAH USTAZ
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Sempena bulan yang mulia saya ingin berkongsi satu pengalaman saya dengan seorang saudara baru wanita ketika saya pergi menemai suami shooting drama. Setelah penat seharian shooting, jam sudah pukul 7mlm sementara menunggu waktu berbuka puasa kami mengisi masa dengan berborak-borak.
Salah seorang dari kami di meja makan bertanya pada saya tentang bagaimana suami memeluk islam, adakah kerana saya suami memeluk islam?
Beliau terkejut dengan perubahan suami saya sebelum memeluk islam 4 tahun yang lepas. Sejuk mata melihat suami saya buat kali pertama selepas beliau memeluk islam. Perubahan yang ketara terserlah.
Saya katakan padanya suami saya telah memeluk Islam (07/2007)setahun sebelum kami berjumpa. Beliau memeluk Islam bukan kerana cinta atau ingin berkahwin dengan wanita melayu. Tapi kerana cintanya pada Islam setelah mendapat hidayah ketika dalam mimpi dan dari pengaulan di kalangan masyakarat Islam.
Kami bertemu jodoh selepas suami saya pulang dari umrah tahun pertengahan tahun 2008. Kami ditemukan di rumah kakak saya buat kali pertama pada malam 1 Ramadhan. Pada 7 Ramadhan suami saya melamar saya. Kemudian kami bertunang pada 17 Ramadhan iaitu pada hari Nuzul al-Quran. Dalam masa 2 bulan kami telah melangsungkan pernikahan kami dan sah lah kami sebagai suami isteri.
Kemudian rakan semeja Si A tadi bertanya lagi
"Bagaimana awak mendidik suami, bolehke ikut ajaran Islam?"
Persoalan yang menarik untuk dijawab. Untungnya saya, suami telah mendalami Islam sebelum beliau memeluk Islam. Beliau telah mengkali semua agama sebelum beliau memeluk Islam. Setelah membuat kajian, beliau belajar berpuasa, solat 5 waktu dan sebagainya dengan seorang ustaz.
Selepas berkahwin dengan saya , alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat beliau sudah tahu asas-asas Islam. Saya cuma selalu pantau solatnya sekira ada yang tak cukup atau ada yang tak betul tertibnya. Memberi semangat sekiranya rasa tersisih oleh masyarakat. Dan yang paling penting sebagai seorang isteri kena mempersiapkan diri dengan ilmu di dada untuk membimbing suami saudara baru dan memberi contoh terbaik di kaca matanya.
Setelah puas mendengar cerita mengenai kami suami isteri, salah seorang yang duduk di meja makan juga rupanya seorang wanita saudara baru. Beliau juga cuba mencelah perbualan yang dibualkan.
Beliau berkata " Kalau akak tanya saya kenapa saya masuk Islam, saya pon tak tahu kenapa saya masuk Islam."
Kami di meja tersebut tergamam mendengarnya. Jadi Si A pon bertanya.
"Bagaimana B boleh masuk Islam?"
B menjawab, "Entahlah saya pon tak tahu kenapa saya masuk Islam. Ketika mengucap 2 kali syahadah. Tidak ada apa-apa perasaan. Perasaan itu kosong. Ada suatu hari itu selepas habis kiamulai yang disertai oleh ramai saudara baru ada takzirah. Ustaz tersebut itu menceritakan mengenai arak. Kenapa arak itu haram. Ia adalah kerana memabukkan dan adalah punca semua kejahatan.
Jadi saya bertanya pada Ustaz tersebut kalau kita minum arak tapi kita tak mabuk jadi ia tak haram la.
Ustaz tersebut tak boleh nak jawab persoalan saya. Kemudiam saya berpaling pada kawan sebelah dengan cakap yang saya menyesal memeluk Islam kerana ada rasa beban. Kawan sebelah saya pula peluk Islam kerana ingin berkahwin sahaja bukan kerana Islam juga ada rasa menyesal."
Sakit dada saya dengar penjelasan B ni. Beliau memeluk Islam tak tahu kenapa dan beliau rasa beban pula.
Kemudian B berkata lagi " Saya tanya Ustaz lagi, kenapa kita kena solat dalam bahasa arab? Ustaz tu jawab kerana Allah bercakap dalam bahasa arab. Apabila ustaz itu memberi jawapan begitu saya bukankah tuhan itu Maha Mengetahui. Hanya bahasa arab saje ke yang dia tahu. Semua soalan yang ditanya semuanya tak memuaskan hati saya."
Selepas mendengar semua cerita dari B, saya katakan padanya arak haram diminum walau setitik sekalipun haram kerana tujuan dijadikan arak itu untuk menghilangkan kawarasan akal, memabukkan, seronok dan sebagainya. Dan sayakan pada zaman Rasulullah, ketika jemaahnya sedang solat ada yang dalam keadaan mabuk akibat dari meminum arak. Selepas kejadian tersebut, Rasulullah mengharamkan arak dalam Islam dan turunnya wahyu mengenai arak diharamkan.
Mengenai bahasa arab dalam solat. Allah telah memberi penghormatan kepada Rasulullah yang berbangsa arab. Penggunaan bahasa arab digunakan. Jawapannya mudah. Kalau saya salah tolong betulkan.
Saya nasihatkan B supaya dia berguru. Dia tak boleh seorang diri tanpa bimbingan selepas memeluk Islam. Perbualan tersebut selesai dengan masuknya waktu berbuka puasa.

"Minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)
Mengenai bahasa arab dalam solat. Allah telah memberi penghormatan kepada Rasulullah yang berbangsa arab. Penggunaan bahasa arab digunakan. Jawapannya mudah. Kalau saya salah tolong betulkan.
Saya nasihatkan B supaya dia berguru. Dia tak boleh seorang diri tanpa bimbingan selepas memeluk Islam. Perbualan tersebut selesai dengan masuknya waktu berbuka puasa.
Pengajaran yang saya dapat pada hari tersebut ialah, kita sebagai saudara Islam wajib bantu saudara baru kita dalam hal ehwal agama. Berikan jawapan yang mudah dan senang difahami. Jangan rumitkan agama Islam kita. Apabila mereka dengar perkara tersebut beban dan rumit, perasaan menyesal dan ingin kembali kepada agama asal akan timbul.
Selain dari itu, kita juga kena beri contoh terbaik sebagai seorang muslim. Selamatkanlah saudara baru kita. Semoga di bulan yang mulia ini kita sebagai seorangyang dilahirkan Islam dan saudara baru lebih dekat dengan Allah. Insya'allah

Saya bukanlah pakar bab agama, cuma berkongsi pandangan dan bacaan sebagai seorang insan. Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.

Rabu, 30 Jun 2010
KERANA CINTA PADA ALLAH ATAU KERANA CINTA GILA PADA 'SI DIA'
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Entry kali ini lebih pada pandangan saya. Dalam kehidupan seharian kita, kita akan berjumpa dengan bermacam-macam kerenah manusia.
Ada yang berilmu dan mengamalnyanya dengan bijaksana.
Ada juga yang tidak berilmu dan hanyut dengan kejahilannya.
Tidak ketinggalan juga ada yang berilmu tetapi tidak mahu mengamalkannya....
Ada juga yang jahil, tetapi mahu mencari ilmu untuk bekalannya tetapi tak tahu di mana hendak di tuju...
Begitulah manusia dengan ragamnya.
Manusia boleh berubah hanya kerana cinta.
Sama ada kita percaya atau tidak itulah kenyataannya.
Tetapi samada perubahan itu membawa ke arah kebaikan atau kerosakan diri sendiri.
Beberapa bulan yang lepas seorang wanita datang berjumpa dengan saya menceritakan kisah hidupnya.Saya tidak kenal wanita A secara peribadi. Secara luarannya dia seorang yang berpendidikan tinggi, berilmu beragama (cukup didikan agamanya), berpakaian sopan dan manis orangnya. Siapa yang melihatnya tentu suka akan dirinya.
Dia memulakan ceritanya dengan memberitahu yang beliau sedang mengandung anak sulungnya. Gembiranya saya mendengar berita ini. Saya sendiri masih berusaha ingin mengandung tapi tak berjaya lagi :) dan sayakan tahniah kepadanya.
Tiba-tiba wajahnya berubah kerana beliau tidak bersedia lagi untuk menerima kandungan itu kerana dia belum lagi berkahwin. Alangkah terkejutnya mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya. Dia kata semua ini adalah balasan Allah kepadanya. Sebelum ini, dia telah menggunakan kecantikannya, kebijaksaannya, penampilan muslimah dan hujah-hujah agamanya untuk merebut cinta seorang lelaki dari seorang sahabat baiknya dengan menuduh sahabatnya tidak sesuai dengan lelaki tersebut kerana lelaki itu memerlukan wanita yang baik sepertinya. Sahabat baiknya menjadi tidak keruan selepas peristiwa perebutan cinta terjadi. Dia berkata dia terpikat pada lelaki tersebut kerana sekali pandang seperti orang yang taat pada agama, pandai berkata-kata yang membuatkan dia rasa bahagia dan dialah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suaminya.
Setelah berjaya memiliki cinta lelaki tersebut, kisah cinta mereka berdua berlarutan 2 tahun tanpa sebarang masalah. Berjumpa setiap hari adalah wajib bagi mereka pasangan cinta yang hangat. Bergayut di telefon setiap hari usah dikatalah. Lelaki tersebut seorang manis mulut. Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya, dia percaya. Lelaki itu kata setiap malam pergi solat di masjid. Rupa-rupanya dia telah mengadakan hubungan baru dengan wanita lain yang berpakaian moden. Sehingga wanita tersebut mengandung anak teman lelakinya.
Wanita A ini telah mendapat tahu kecurangan teman lelakinya. Macam biasa teman lelakinya menyalahkan dan memburukan wanita B dan dia percayakan teman lelakinya. Pada mulanya dia telah berjanji tidak akan menerima lelaki berperangai seperti ini walaupun dlelaki tersebut lelaki terakhir dalam duni. Tetapi akibat cinta yang mendalam terhadap lelaki tersebut dia maafkan. Dia bersama teman lelakinya bersatu hati tak akan berpisah dengan membuat syarat sekiranya salah seorang curang lagi, mereka akan mati dalam keadaan yang tidak elok. Lalu wanita yang mengandung itu disuruh gugurkan kandungan dan jangan ganggu mereka berdua kerana mereka akan bernikah dalam masa sebulan. Wanita mengandung tersebut redha dan telah keguguran akibat tekanan yang teruk dan akibat terjatuh dari tangga. Beberapa bulan kemudian, wanita B dikhabarkan telah berpakaian menutup aurat dan mendapat jodoh yang baik serta bahagia.
Setelah 3 tahun peristiwa itu berlaku, antara mereka berdua tidak juga mengikatkan ikatan yang sah. Sehinggalah dia dapat tahu yang beliau sah mengandung 2 minggu lepas. Dia telah maklumkan pada keluarganya. Seluruh keluarganya seperti tidak percaya kerana dia anak sulungnya yang dipercayai keluarga dan rajin solat menconteng arang ke muka keluarga. Baru 3hari lepas dia bertunang setelah dipaksa oleh keluarganya. Mereka dijangkakan akan bernikah minggu depan (sekarang rasanya mereka dah pon menjadi suami isteri yang sah). Dia amat sedih apa yang berlaku. Kerana teman lelakinya sehingga kini tidak berkerja. Sepanjang hubungannya yang bertahun-tahun lamanya, dia tak pasti adakah dia cintakan teman lelakinya kerana Allah atau kerana cinta gila (cinta nafsu) pada 'Si Dia'.
Setelah mendengar cerita wanita tersebut, apa yang boleh saya katakan padanya,
Di dalam surah an-Nur ayat 26,
Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....."
Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Itu adalah pasti. Untuk mengingatka kita yang leka, angkuh dan sombong pada Allah. Mungkin apa yang berlaku juga adalah kafarah. Kafarah ialah untuk menghapuskan/menutupi dosa tersebut sehingga tidak ada lagi pengaruhnya, baik di dunia maupun di akhirat atau dalam kata lain pembersih dosa.
Mungkin beliau memang adalah jodohnya. Mungkin apabila mereka berdua bernikah boleh berubah menjadi lebih baik. Pintu taubat masih terbuka luas untuk umat- Nya. Kerana perkahwinan menyelamatkan manusia daripada melakukan perkara yang terkutuk. Diharap beliau mendapat pengajaran dari perjalanan hidupnya. Dari pengalaman saya, apabila kita ingin jodoh yang terbaik untuk kita pertama sekali hendaklah;
- Niat ingin berkahwin kerana Allah Taala dan agamanya. Insya'allah berkekalan. Sekiranya kita niat kerana paras rupa, harta, kuasa dan lain-lain tak lama.
- sentiasa memaafkan orang lain,
- mendoakan kesejahteraan ibubapa, keluarga, saudara seislam dan musuh kita.
- Sentiasa melakukan suruhan dan larangan-Nya supaya hidup kita lebih berkat,
- Melakukan solat sunat hajat untuk mendapat jodoh yang terbaik untuk kita,
- Melakukan solat istikarah, untuk mendapat pertunjuk pada kita dalam kehidupan seharian,
- Melakukan setiap hari solat sunat dhoha untuk dimurahkan rezeki. Bagi saya jodoh juga rezeki.
- Jangan berlaku zalim, aniaya, atau jatuh hukum pada orang sekiranya kita tidak tahu asal usul ceritanya kerana hidup ini Allah akan bayar cash kat kita kalau kita salah hukum pada orang lain. Tak kena pada kita, mesti turun ke keturunan kita,
- Mendapat restu ibu bapa,
- dan akhir sekali, bercintalah selepas kahwin kerana ia lebih menjamin diri kita dari melakukan maksiat mata, mulut, telinga dan lain-lain. Bercinta begitu lama sebelum kahwin adalah buang masa kita dan tiada manisnya lagi ketika di alam perkahwinan kelak.
Jadi bijaklah memilih cinta.
Cinta pada yang Esa lebih terjamin dunia dan akhirat.

Langgan:
Catatan (Atom)