Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia. (Surah At-Tahrim: Ayat 6)
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Terkejut saya membaca berita hari ini tentang "bir halal". Dah kata bir tentulah haram. Jom kita baca artikel dari harian metro ini.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Kasdi Ali dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.
Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.
Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.
“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.
“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.
Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.
Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.
“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.
“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.
Apabila pulang dari tanah suci, kita mengharapkan semoga kita dapat keberkatan-Nya. Apabila menjejaki di sana, kita terasa kerdilnya diri, penuh dengan rasa kesyukuran dapat jemputan ke sana.
Setelah pulang dari sana, diri ini masih terasa berada di sana. Untuk mengubat rasa rindu di Tanah Haram, saya sempat beli 2 naskah buku yang boleh dijadikan kenangan dan ditunjukkan pada sahabat-sahabat di Malaysia mengenai Tanah Haram.
Harganya hanya 10 riyal satu naskah.
Banyak gambar-gambar bersejarah ada dalam buku ini.
Kita boleh lihat perbezaan dulu dengan sekarang di Mekah dan Madinah.
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.
Album : Cinta Rasul II
Munsyid : Haddad Alwi
Ummi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu
Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati... 2x
Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani... 2x
Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... 2x
‘ Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah. Mengandungkannya sehingga menyusukannya dalah dalam masa tiga puluh bulan.’ ( al-Ahqaf: 15)
Seorang lelaki telah datang bertemu Rasulullah s.a.w serta bertanya :
“siapakah manusia yang paling berhak menjadi sahabatku yang terbaik?”
Sabda Rasulullah s.a.w : “ibumu”Katanya lagi : “siapa lagi?”Sabda Rasulullah s.a.w : “ibumu”Katanya lagi : “siapa lagi?”Sabda Rasulullah s.a.w : “ibumu”Katanya lagi : “siapa lagi?”Sabda Rasulullah s.a.w : “ bapamu”
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah mendukung ibunya dalam keadaan bertawaf. Kemudian beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w :
“ adakah aku telah menunaikan haknya?”. Sabda Rasulullah s.a.w : “ tidak, walaupun dengan satu kelahiran.”
Berbuat baik kepada ibu adalah meliputi baik pergaulan terhadapnya, menghormatinya, merendahkan diri terhadapnya, mentaatinya dalam perkara yang bukan maksiat dan mendapatkan keredhaannya dalam semua perkara sehinggakan di dalam jihad, kerana jihad adalah fardu kifayah tidak harus dilakukan tanpa keizinannya. Berbaik kepadanya adalah salah satu dari jihad.
Seorang lelaki telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan menyatakan bahawa dia ingin berperang lalu ingin meminta pendapat baginda. Selepas itu, Rasulullah s.a.w pun bertanya adakah lelaki itu masih mempunyai ibu? Lalu lelaki itu berkata ya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Sentiasalah berada disampingnya kerana syurga terletak di bawah kakinya.”
Di sini, kita dapat perhatikan bahawa darjat seorang ibu diangkat tinggi di dalam Islam. Berdosa bagi kita sekiranya melukakan hatinya. Sekali hati seorang ibu terguris, maka kita akan sentiasa diburu keresahan. Wanita yang dipanggil ibu hendaklah dihormati walaupun ibu itu seorang yang kafir kerana dalam Islam sendiri mengangkat tinggi darjat seorang ibu. Ibu yang kafir tidak bermakna putusnya hubungan antara seorang ibu dan anak. Fikirlah sebaiknya. Di manakah harus diletakkan kedudukan ibu itu di dalam hati ini. Tiada pengganti bagi seorang ibu yang telah pergi buat selamanya. Hargai kehadirannya di dunia ini dan jangan pernah terlintas di hati kita untuk meninggalkannya sunyi seorang diri.
Walau sekejam mana pun seorang ibu itu, kita bertanggungjawab untuk menjaga hatinya. Dan sekiranya perlu, hendaklah kita menegurnya dengan cara yang baik dan sopan. Tanggungjawab kita juga untuk menegur ibu seandainya apa yang dilakukannya itu adalah salah di sisi Islam tapi biarlah dengan cara yang berhemah dan berpada-pada. Bagi seorang ibu pula, jadilah seorang yang profesional untuk menerima nasihat seorang anak.
Bagi ibu yang telah bercerai, Islam akan memelihara hak dan kasih sayang ibu dengan menjadikan ibu yang diceraikan oleh suaminya lebih berhak mendapat hadanah (hak penjagaan) terhadap anak-anaknya serta lebih layak mendapatnya berbanding seorang bapa. Abdullah Ibn ‘Amru Ibn al-‘As telah meriwayatkan bahawa ada seorang wanita mengadu kepada Rasulullah s.a.w bahawa suaminya telah menceraikannya dan ingin merampas anaknya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Kamu lebih berhak mendapatkannya selagi mana kamu tidak berkahwin lain.”
Setiap ibu yang telah diberi perhatian dan hak-hak oleh Islam seperti yang telah disebutkan ini, mempunyai tanggungjawab iaitu mendidik anak-anaknya dengan baik dengan menyemaikan di dalam diri mereka sifat-sifat terpuji, menjauhkan mereka dari kejahatan, membiasakan mereka dengan ketaatan kepada Allah, mendorongkan mereka agar membantu segala kebenaran dan memberi semangat kepada mereka untuk berjihad sebagai menyahut kasih sayang keibuan yang terdapat padanya tetapi ibu mestilah lebih mementingkan seruan kebenaran lebih dari seruan kasih sayang.
Kalimah ibu itu amat keramat bagi setiap keluarga kerana tanpa ibu, tidak mungkin kita dapat merasa belaian kasih sayangnya. Sedangkan anak-anak yang kehilangan ibu akan terasa kesannya yang amat dalam. Tidak kiralah ketika itu anak itu telah dewasa atau masih kecil. Tepatlah kata-kata yang sering didengar, seorang ibu boleh menjadi ibu dan ayah kepada seorang anak tetapi seorang ayah itu belum tentu dapat melaksanakan tugasnya sebagai seorang ayah dan ibu buat anaknya. Ibu yang terpaksa menahan derita ditinggalkan orang tersayang akan menjadi kuat apabila ada anaknya yang akan sentiasa membangkitkan semangatnya. Tapi sedarkah kita bahawa ibu kita sentiasa menahan hirisan halus di hatinya yag tidak mungkin ada penawarnya. Dia akan sentiasa berpura-pura bahawa tiada apa yang disimpannya tetapi cuba kita sendiri yang menyelongkarnya. Cubalah untuk tatapi matanya kerana dari situlah kita akan tahu betapa tergurisnya hati seorang ibu.
Ingin saya berkongsi bahawa di dunia ini tidak semuanya akan menjadi indah. Ada sahaja rintangan dan dugaan yang mendatangi kita. Kisah ini dalah kisah dari forward emel yang saya terima.
Aku kini hidup bagaikan tiada nyawa kerana orang yang amat ku sayangi telah pergi buat selamanya. Aku melangkah dengan derapan kaki yag perlahan dan sukar bagiku untuk melangkah dengan lebih pantas kerana aku tahu aku akan berjauhan dari pusaranya. Kerana itu jugalah aku katakan bahawa kalimah ibu itu keramat. Tidak mungkin bagiku untuk mencari pengganti ibuku kerana dia terlalu istimewa di hati ini. Dia seorang insan yang tidak pernah lekang dengan nasihatnya buatku. Kehidupanku yang jauh dari pandangannya menjadikan aku lebih rapat dengannya. Walaupun seringkali dicaci dan dimarah, aku simpan di dalam hati kerana aku tahu segala amarahnya itu akan menemaniku di kala ibu telah tiada.
Memang betul kata ibu, aku adalah anak yang kuat dan tabah kerana aku berjaya menahan air mataku dari mengalir sewaktu pemergiannya. Aku menghadapi hari itu dengan senyum dan tawa walaupun perit hatiku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku jalani kehidupanku dengan tenang dan aku cuba untuk menceriakan hatiku sendiri tapi anak mana yang tidak terasa akan kehilangan ibunya.
Seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja. Dalam hati seorang anak seharusnya meletakkan ibu itu sebagai ratu. Jika ingin melakukan sesuatu, fikirkan. Adakah perbuatan ini akan melukakan hati ibuku? Adakah patut untuk aku melakukannya? Ingatlah, sejahat dan sekejam mana pun seorang ibu itu, dia tidak akan pernah terlintas untuk memusnahkan kehidupan anaknya. Di fikiran seorang ibu itu adalah untuk melakukan yang terbaik bagi anaknya.
Sayangilah ibumu dan hargailah pengorbanannya kerana walau seribu tahun sekalipun, kita tidak akan menemui ibu yang serupa.
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah