Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)

Khamis, 25 Mac 2010

BERJEMAAH BERSAMA SUAMI










Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Malam ini saya ingin berkongsi satu perkara yang mungkin remeh pada setengah orang. Tapi bagi saya ia adalah satu perkara yang penting itu solat berjemaah bersama suami. Ini adalah pengalaman sendiri untuk dikongsikan bersama.


Solat fardu lima waktu adalah rukun Islam yang ke 2. Jadi solat adalah tiang agama dan wajib untuk semua muslim. Solat berjemaah adalah perkara yang wajib bagi kami suami isteri setiap waktu.


Seperti saya, saya telah berkahwin dengan saudara baru. Tapi alhamdulillah suami saya telah pandai sembahyang 5 waktu tanpa sebarang masalah. Tanggungjawab saya sebagai isteri kepada seorang saudara baru amat berat dan besar. Kena selalu menunjukkan contoh yang sebaik mungkin sebagai seorang muslim.

Untuk solat berjemaah bersama suami sebenarnya mesti bermula pada hari pertama sah menjadi sepasang suami isteri lagi. Apabila ia diamalkan dari awal perkahwinan ia akan menjadi perkara yang wajib untuk pasangan suami isteri.

Banyak hikmah solat jemaah bersama suami kita. Mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri. Sekiranya ada salah faham anatara kami ianya tak panjang kerana apabila masuk saja waktu kami pasti bertemu untuk berjemaah. Selepas selesai solat dan berdoa pasti kami bersalaman dan meminta maaf atas kesalahan masing-masing. Kan seronok, masam muka sekejap je. Tak boleh lama-lama.


Kita dapat 27 darjat pahala sebab solat jemaah. Rugikan kalau kita solat diri cuma dapat 1 darjat pahala. Jadi jemaahlah bersama suami. Tapi kalau ada anak-anak ajarlah berjemaah bersama.

Rumah kita akan disukai oleh Malaikat Rahmat kerana malaikat Rahmat menyukai rumah-rumah yang rukuk yang dan sujud (solat). Rumah-rumah yang di dalamnya ditunaikan perkara-perkara sunat adalah rumah makmur, malaikat berzikir di dalam nya dan lari daripada syaitan-syaitan.

Disifatkan penghuninya adalah mereka yang bertaubat, yang beribadat, yang mengembara, yang rukuk dan sujud dan rumah-rumah ini sentiaas dalam perhubungan Allah.

Itulah rumah-rumah yang di kasihi Allah dan cahaya Muhammad.


"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan megembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yangmenuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)."
Surah al Taubah: 112

Saya kerap mendengar rakan-rakan mengadu mengenai suami mereka tidak mahu solat 5 waktu. Tak ada rasa tanggungjawab dalam agama. Bila Fazi mendegar keluhan mereka, terasa sedih dan kasihan pon ada.

Ini antara pandangan dan tips saya kepada mereka yang berkahwin.
  1. Sebagai isteri, kita sendiri kena tunjukkan contoh terbaik dahulu dalam bab solat. Kita jaga solat kita.
  2. Jangan lupa setiap kali selepas solat doakan yang terbaik untuk suami supaya suami mahu mendirikan solat. Jangan putus asa untuk berdoa. Doa biarlah berterusan
  3. Setiap kali masuk waktu solat, kita sebagai isteri cepat-cepat ambil wuduk dan suruh suami solat. Sekiranya suami buat dek dan berkata nanti nanti , jangan dipaksa. Tapi jangan putus asa. Nasihat dan ajak secara lembut. Suami ada ego mereka sendiri yang kadang kala perlu dijaga.
  4. Yang seterusnya, ulang perkara yang perkara yang sama setiap waktu dan setiap hari tapi kali ini ajak suami berjemaah. Siap-siap bentangkan sejadah. Insya'allah suami akan sedar, ditambah dengan doa seorang isteri yang inginkan suaminya menjadi seorang yang bertanggungjawab dan beriman, mereka kan malu pada diri sendiri dan Allah. Allah akan makbulkan doa seorang isteri yang solehah. Insya'allah.

Rasalah nikmat solat berjemaah bersama suami. Rumahtangga lebih berkat dan bahagia dunia dan akhirat kerana disaluti cahaya keimanan.

" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlahsolat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. "










Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Wallahualam bi shawab



bacaan harianku

5 ulasan:

  1. salam,sis fazi.trjumpa blog ni waktu google2 pasal solat brjemaah :) salam kenal & jemput follow kmbali :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam :)
      Insya'allah saya follow kembali blog Puan.
      Terima kasih

      Padam
  2. Assalam..sya baru nak mula solat jemaah dgn suami..tp x tahu bgmana caranya..adakah kita perlu mengikut suami membaca tahiyat awal dan akhir atau sekadar mengikut saja dan membaca fatihah? Sila tunjuk ajar..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES