Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)

Rabu, 30 Jun 2010

KERANA CINTA PADA ALLAH ATAU KERANA CINTA GILA PADA 'SI DIA'







Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Entry kali ini lebih pada pandangan saya. Dalam kehidupan seharian kita, kita akan berjumpa dengan bermacam-macam kerenah manusia. 
Ada yang berilmu dan mengamalnyanya dengan bijaksana. 
Ada juga yang tidak berilmu dan hanyut dengan kejahilannya. 
Tidak ketinggalan juga ada yang berilmu tetapi tidak mahu mengamalkannya.... 
Ada juga yang jahil, tetapi mahu mencari ilmu untuk bekalannya tetapi tak tahu di mana hendak di tuju... 

Begitulah manusia dengan ragamnya. 

Manusia boleh berubah hanya kerana cinta. 
Sama ada kita percaya atau tidak itulah kenyataannya.
Tetapi samada perubahan itu membawa ke arah kebaikan atau kerosakan diri sendiri. 

Beberapa bulan yang lepas seorang wanita datang berjumpa dengan saya menceritakan kisah hidupnya.Saya tidak kenal wanita A secara peribadi. Secara luarannya dia seorang yang berpendidikan tinggi, berilmu beragama (cukup didikan agamanya), berpakaian sopan dan manis orangnya. Siapa yang melihatnya tentu suka akan dirinya. 
Dia memulakan ceritanya dengan memberitahu yang beliau sedang mengandung anak sulungnya. Gembiranya saya mendengar berita ini. Saya sendiri masih berusaha ingin mengandung tapi tak berjaya lagi :)  dan sayakan tahniah kepadanya. 

Tiba-tiba wajahnya berubah kerana beliau tidak bersedia lagi untuk menerima kandungan itu kerana dia belum lagi berkahwin. Alangkah terkejutnya mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya. Dia kata semua ini adalah balasan Allah kepadanya. Sebelum ini, dia telah menggunakan kecantikannya, kebijaksaannya, penampilan muslimah dan hujah-hujah agamanya untuk merebut cinta seorang lelaki dari seorang sahabat baiknya dengan menuduh sahabatnya tidak sesuai dengan lelaki tersebut kerana lelaki itu memerlukan wanita yang baik sepertinya. Sahabat baiknya menjadi tidak keruan selepas peristiwa perebutan cinta terjadi. Dia berkata dia terpikat pada lelaki tersebut kerana sekali pandang seperti orang yang taat pada agama, pandai berkata-kata yang membuatkan dia rasa bahagia dan dialah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suaminya.

Setelah berjaya memiliki cinta lelaki tersebut, kisah cinta mereka berdua berlarutan  2 tahun tanpa sebarang masalah. Berjumpa setiap hari adalah wajib bagi mereka pasangan cinta yang hangat. Bergayut di telefon setiap hari usah dikatalah. Lelaki tersebut seorang manis mulut. Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya, dia percaya. Lelaki itu kata setiap malam pergi solat di masjid. Rupa-rupanya dia telah mengadakan hubungan baru dengan wanita lain yang berpakaian moden. Sehingga wanita tersebut mengandung anak teman lelakinya. 
Wanita A ini telah mendapat tahu kecurangan teman lelakinya. Macam biasa teman lelakinya menyalahkan dan memburukan wanita B dan dia percayakan teman lelakinya. Pada mulanya dia telah berjanji tidak akan menerima lelaki berperangai seperti ini walaupun dlelaki tersebut lelaki terakhir dalam duni. Tetapi akibat cinta yang mendalam terhadap lelaki tersebut dia maafkan. Dia bersama teman lelakinya bersatu hati tak akan berpisah dengan membuat syarat sekiranya salah seorang curang lagi, mereka akan mati dalam keadaan yang tidak elok. Lalu wanita yang mengandung itu disuruh gugurkan kandungan dan jangan ganggu mereka berdua kerana mereka akan bernikah dalam masa sebulan. Wanita mengandung tersebut redha dan telah keguguran akibat tekanan yang teruk dan akibat terjatuh dari tangga. Beberapa bulan kemudian, wanita B dikhabarkan telah  berpakaian menutup aurat dan mendapat jodoh yang baik serta bahagia.

Setelah 3 tahun peristiwa itu berlaku, antara mereka berdua tidak juga mengikatkan ikatan yang sah. Sehinggalah dia dapat tahu yang beliau sah mengandung 2 minggu lepas. Dia telah maklumkan pada keluarganya. Seluruh keluarganya seperti tidak percaya kerana dia anak sulungnya yang dipercayai keluarga dan rajin solat menconteng arang ke muka keluarga. Baru 3hari lepas dia bertunang setelah dipaksa oleh keluarganya. Mereka dijangkakan akan bernikah minggu depan (sekarang rasanya mereka dah pon menjadi suami isteri yang sah). Dia amat sedih apa yang berlaku. Kerana teman lelakinya sehingga kini tidak berkerja. Sepanjang hubungannya yang bertahun-tahun lamanya, dia tak pasti adakah dia cintakan teman lelakinya kerana Allah atau kerana cinta gila (cinta nafsu) pada 'Si Dia'.

Setelah mendengar cerita wanita tersebut, apa yang boleh saya katakan padanya,  
Di dalam surah an-Nur ayat 26,

Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." 
Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Itu adalah pasti. Untuk mengingatka kita yang leka, angkuh dan sombong pada Allah. Mungkin apa yang berlaku juga adalah kafarah. Kafarah ialah untuk menghapuskan/menutupi dosa tersebut sehingga tidak ada lagi pengaruhnya, baik di dunia maupun di akhirat atau dalam kata lain pembersih dosa.
Mungkin beliau memang adalah jodohnya. Mungkin apabila mereka berdua bernikah boleh berubah menjadi lebih baik. Pintu taubat masih terbuka luas untuk umat- Nya. Kerana perkahwinan menyelamatkan manusia daripada melakukan perkara yang terkutuk. Diharap beliau mendapat pengajaran dari perjalanan hidupnya. Dari pengalaman saya, apabila kita ingin jodoh yang terbaik untuk kita pertama sekali hendaklah;
  • Niat ingin berkahwin kerana Allah Taala dan agamanya. Insya'allah berkekalan. Sekiranya kita niat kerana paras rupa, harta, kuasa dan lain-lain tak lama. 
  • sentiasa memaafkan orang lain,
  • mendoakan kesejahteraan ibubapa, keluarga, saudara seislam dan musuh kita.
  • Sentiasa melakukan suruhan dan larangan-Nya supaya hidup kita lebih berkat,
  • Melakukan solat sunat hajat untuk mendapat jodoh yang terbaik untuk kita,
  • Melakukan solat istikarah, untuk mendapat pertunjuk pada kita dalam kehidupan seharian, 
  • Melakukan setiap hari solat sunat dhoha untuk dimurahkan rezeki. Bagi saya jodoh juga rezeki. 
  • Jangan berlaku zalim, aniaya, atau jatuh hukum pada orang sekiranya kita tidak tahu asal usul ceritanya kerana hidup ini Allah akan bayar cash kat kita kalau kita salah hukum pada orang lain. Tak kena pada kita, mesti turun ke keturunan kita,
  • Mendapat restu ibu bapa,
  • dan akhir sekali, bercintalah selepas kahwin kerana ia lebih menjamin diri kita dari melakukan maksiat mata, mulut, telinga dan lain-lain.  Bercinta begitu lama  sebelum kahwin adalah buang masa kita dan tiada manisnya lagi ketika di alam perkahwinan kelak. 

Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir'aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula. Allahu A'lam.



Jadi bijaklah memilih cinta. 
Cinta pada yang Esa lebih terjamin dunia dan akhirat.






Saya bukanlah pakar bab agama, cuma berkonsi pandangan sebagai seorang insan. Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.
Wallahualam bi shawab



bacaan harianku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES