Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)

Isnin, 9 September 2013

ADAB DALAM ISLAM



                                                           


Berdasarkan Kamus Pelajar adab merupakan budi pekerti yg halus atau tingkah laku yg baik. Manakala Kamus Dewan Edisi ke-3 dan Edisi ke-4 pula mendefinisikan adab sebagai tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan atau cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu, budi bahasa dan tingkah laku, pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia.

Maksud ADAB dalam Bahasa Ingerris  ialah good manners , polite , courteous , civil , respect , courtesy , etiquette

Saya buka semula buku yang pernah baca bab adab dalam buku yang berjudul Asas-Asas Fardu Ain yang ditulis oleh Allahayarham Ustaz Sulaiman Endut;

Adab atau bererti pekerti, perangai, tingkahlaku, tabiat  dan adab kebiasaan. Budi pekerti ada yang baik dan ada yang buruk.

Ia dipanggil sifat mahmudah seperti ;
sabar, amanah, benar dan lain-lain. 

Begitu juga dengan sifat mazmudah seperti;
Sombong, dengki, dendam dan lain-lain. 


Penyair Ahmad Syauqi pernah berkata : 

"Satu bangsa dikenal kerana akhlak (budi pekerti). Jika budi pekertinya telah runtuh, maka runtuh pulalah bangsa itu." 



Akhlak yang baikadalah penting. Oleh itu salah satu tugas Rasulullah S.A.W diutuskan oleh Allah adalah untuk memperbaiki akhlak umat manusia.

Rasulullah S.A.W bersabda;
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."



Dalam agama Islam , akhlak adalah satu pengukur sama ada sempurna atau tidak iman seseorang.

Rasulullah S.A.W bersabda;

"Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya."

Sesungguhnya akhlak memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan satu-satu bangsa.



Minggu lepas ketika menghadiri Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Habib Ali Zaenal Abidin ada menceritakan mengenai adab makan dan minum. Entry kali ini saya nak kongsikan sedikit Adab Makan.




ADAB MAKAN


Sebelum Makan

1. Makan dan minuman dari sumber yang halal bukan dari sumber haram atau syubhat.
2. Hendaklah seorang itu berniat makan dan minum untuk menguat badan kerana beribadat kepada Allah
3. Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan. Hadis Rasulullah S.A.W
"Berkata makanan itu ialah dengan berwuduk sebelum dan sesudahnya"

4. Membaca Bismillah   بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ    ketika makan dan membaca Alhamdulillah   الحمد للهsetelah selesai makan.
5. Hendaklah meletakkan hidangan makanan itu di atas hamparan di atas lantai kerana ini lebih    menampak tawaduk dan kerendahan diri.
6. Duduk ketika makan, makan dengan tangan kanan dan dahulukan yang kanan.
7. Menyukai makanan yang ada ridak menghina makanan, jika suka makan, jika tidak ditinggalkan.
8. Makan bersama-sama dengan ahli keluarga atau tetamu tidak makan berseorangan.
9. Sunat bercakap ketika makan
10. Jangan sekali-kali memulakan makan sehingga dimulakan oleh orang yang tua. 
11. Jangan mensia-sia makanan. 

Hadis Rasulullah S.A.W bermaksud
"Adalah Rasulullah S.A.W setelah makan, selalu menjilat ketiga-tiga jarinya, seraya berkata: Jika terjatuh suapan seseorang kamu hendaklah diamengutipkannya dan dijauhkan daripada menuusahkan serta hendak dimakannya dan jangan ditinggalkan untuk dimakan oleh syaitan."

                   




Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat,
Kita berjaya di dunia dan akhirat,
Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah

Wallahualam bi shawab




bacaan harianku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES