Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)

Selasa, 14 Mei 2013

BUKU: IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD (S.A.W.)





Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Sedang mengemas rak buku-buku lama yang masih ada dalam simpanan saya. Saya terjumpa sebuah buku yang saya beli ketika darjah 5 iaitu pada tahun 1989. Saya ingat lagi pada zaman itu, 3 kali /2 kali setahun mesti ada jualan buku di sekolah.

Buku-buku akan di susun di atas meja kantin sekolah. Selalunya buku yang saya akan beli ketika sekolah dulu adalah buku warna (ketika itu baru darjah 1-3). Buku warna wajib beli kerana suka mewarna walaupun saya tahu saya tak pandai mewarna sebenarnya, 

Ok berbalik pada buku yang terjumpa yang saya beli ketika darjah 5 iaitu buku berbentuk ilmiah. Judul buku tersebut 

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMMAD (S.A.W.)




Warna kulit buku tersebut berwarna kuning. Ringksa saja rekabentuknya.

Penulis : Muhammad bin Hj. Mohd. Said
Terbitan :  Hashim bin Haji Abdulllah
Cetakan : Al-Ahmadiah Press (Pte) Ltd, Singapura. 




Antara yang menarik di dalam buku ini, 

  1. Siapakah Iblis itu dan dari mana asalnya.
  2. Raja Iblis kena pecat kerana membantah hukum Allah dilaknatkan di atasnya.
  3. Kedatangan Malaikat menyuruhkan Iblis mengadap Nabi Muhammad s.a.w.
  4. Iblis menjelma menjadi manusia serta memberi salam
  5. Nabi Muhammad s.a.w. mendapat tahu tiada menyahut salam Iblis serta memarahkan dia.
  6. Iblis bersumpah bercakap yang sebenarnya serta membuka rahsia segala manusia.
  7. Iblis berdukacita atas kemuliaan umat Nabi Muhammad s.a.w. 
  8. Bagaimanakah Iblus menggoda orang yang alim dan orang yang jahil.
  9. Perhatikanlah Iblis menggoda orang yang solat dengan cermat dan halus.
  10. Tuhan kurniakan beberapa kemuliaan di atas orang yang berpuasa dan banyak lagi :) 






Harga buku ini saya tak ingat. Mungkin dalam RM3.00 - RM5.00





Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Wallahualam bi shawab




bacaan harianku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES