Rak Buku Bacaan Harian ku

Fazi's read book montage

Martha Stewart's Cookies: The Very Best Treats to Bake and to Share
Hello, Cupcake
Cake Pops: Tips, Tricks, and Recipes for More Than 40 Irresistible Mini Treats
Martha Stewart's Cupcakes: 175 Inspired Ideas for Everyone's Favorite Treat
What's New, Cupcake? Ingeniously Simple Designs for Every Occasion
BakeWise: The Hows and Whys of Successful Baking with Over 200 Magnificent Recipes
The Face Food Bento Book
Hello, Cupcake! What's New?
100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Laksamana Cheng Ho: Pemimpin Armada Lautan Barat
Sejarah 25 Rasul
Solat Sunat - Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Siri Kisah Teladan Para Sufi Siri 1 - Hasan Al-Basri
Cara Makan Rasulullah (SAW): Makanan Sihat Dan Berkualiti
Aura Personaliti Warna
Allah Tidak Pernah Jauh
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya


Fazi Fuad's favorite books »

AHLI PERPUSTAKAAN


Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Ke dalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)

Khamis, 16 Mei 2013

BUKU : PASCA SYAHADAH - PANDUAN ISTIMEWA BUAT MUALAF






Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.


Syukur alhamdulillah kali ini saya cuba berkongsi sebuah lagi buku yang saya rasa amat bagus dan sesuai untuk menyebarkan dakwah Islam kepada Saudara Muslim / Mualaf mahupun pada mereka yang Not Yet Muslim yang mahu mengkaji apa itu Islam.



Buku yang saya maksudkan tersebut ialah





Judul : Pasca Syahadah
Penulis ; Faisal Abdurrahim
Terbitan : Must Read Sdn Bhd
Muka surat : 264
Harga : RM22.00 Semanjung Malaysia / RM25.00 Sabah/Sarawak






Kata-kata dari penulis 





"Buku ini dihasilkan bagi membuka ruang kepada mualaf / Saudara Muslim mempelajari dengan kaedah yang mudah difahami. Istimewa buat tatapan Saudara Muslim, perkasakan diri dengan meningkatkan keilmuan tentang Islam untuk menjadi muslim yang berjaya.

Pemerkasakan pengetahuan tentang Islam bagi Saudara Muslim adalah sangat penting tonggak keimanan buat mereka apabila berhadapan dengan keluarga dan kawan-kawan muslim atau bukan muslim.

Sesungguhnya, ilmu adalah cahaya, jahil adalah merbahaya. Semoga perjalanan mencapai takwa bermula dengan kelahiran buku ini."




Buku dihadiahkan oleh penulis buku ini sendiri melalui Dj Yati Ikim.fm kepada suami saya ketika suami dijemput ke konti Ikim.fm sebagai tetamu jemputan kali ini untuk segmen Islam Agama Ku setiap hari Khamis pada pukul 5.15 petang bulan Mac yang lalu.



Antara isi kandungan dalam buku ini. 


Bab 1 : Memahami Mualaf 

  • makna mualaf 
  • persediaan sebelum memeluk Islam 
  • tindakan muslim terhadap Saudara


Bab 2 : Keindahan Islam 

  • definisi Islam 
  • Islam Agama yang mudah
  • Kenapa Islam Kelihatan Susah


Bab 3 : Mengucap Syahadah

  • Makna Syahadah 
  • Keperluan Syahadah
  • Kesan Syahadah Terhadap Keimanan


Bab 4 : Beriman Kepada Allah SWT

  • Deifinisi Islam
  • Rukun Iman 
  • Beriman Kepada Allah SWT
  • Sifat-sifat Allah SWT
  • Pandangan Al-Kitab Tentang Allah SWt
  • Pandangan Kitab Agama Hindu tentang Allah SWT


Bab 5 :Syirik

  • Definisi Syirik
  • Jenis-jenis syirik 
  • Perbezaan syirik besar dan syirik kecil
  • Amalan-amalan syirik besar
  • Bahaya Syirik
  • Islam Mrnghancurkan Kesyirikan
  • Kesan Amalan Syirik Terhadap Manusia

Bab 6 : Beriman Kepada malaikat

  • Beriman kepada malaikat 
  • Ciri-ciri Malaikat 
  • Tugas-tugas Malaikat

Bab 7 : Beriman kepada Kitab-kitab Allah SWT

  • Beriman kepada Kitab-kitab Allah SWT
  • Hubungan manusia dengan kitab Allah SWT
  • Setiap Nabi dianugerahkan dengan kitab suci

Bab 8 : Ketulenan Al-Quran

  • Ketulenan Al-Quran
  • Pemeliharaan ketulenan Al-Quran

Bab 9 : Beriman Kepada Rasul

  • Definisi Nabi dan Rasul 
  • Nabi dan Rasul yang Ulu Azmi
  • nabi Muhammad SAW sebagai Nabi terakhir
  • Beriman kepada Rasul
  • Sifat-sifat Rasul 

Bab 10 : Sejarah ringkas Nabi Muhammad SAW

  • Kelahiran Rasulullah SAW
  • Zaman kanak-kanak 
  • Zaman Belia
  • Peritiswa Agung dalam kehidupan Rasulullah SAW
  • Mukjizat Nabi Muhammad SAW


Bab 11 : Beriman  kepada Hari Akhirat

  • Berikan kepada Hari Akhirat
  • Pembahagian Alam Kehidupan
  • Tanda-tanda akan datang Hari Kiamat 
  • Gambaran Hari Kiamat 
  • Kehidupan dalam Syurga dan Neraka 

Bab 12 : Beriman Kepada Qada & Qadar

  • Beriman kepada Qada dan Qadar 
  • Kewajipan beriman kepada Qada dan Qadar
  • Hubungan antara Qada dan Qadar dengan usaha





Makna mualaf


Mualaf berasal daripada bahasa arab iaitu 'Allafa' bermakna berjinak-jinak atau mempunyai minat.

Jadi, mualaf adalah orang yang mula berjinak-jinak atau berminat terhadap Islam.


Siapakah yang digelarkan sebagai muallaf ?


1. Mengikut Imam Syafie, mualaf didefinisikan sebagai orang-orang yang baru memeluk Islam.


2. Mengikut Al-Qaradowi, mualaf didefinisikan sebagai orang-orang yang dijinakkan hatinya supaya cenderung kepada Islam.


Mualaf adalah orang yang sedang berjinak-jinak kepada Islam. Mualaf juga dikenali sebagai saudara baru dan saudara muslim. apabila mereka telah memahami dan mengamalkan asas-asas Islam, mereka digelar sebagai mukalaf. 

Sebelum memeluk Islam mualaf perlu membuat persediaan mental dan pengetahuan tentang Islam supaya bersedia menghadapai cabaran-cabaran yang akan dihadapi selepas bergelar muslim. 

Semua muslim bertanggung jawab membimbing mualaf tidak terhad kepada jabatan atau majlis agama Islam dan ustaz sahaja. Semua muslim perlu diberikan peranan dalam membimbing dan menjaga kebajikan Saudara Muslim. 






Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.
Wallahualam bi shawab



bacaan harianku

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah, saya akan cadangkan buku ini kepada kawan yang berniat mendalami tentang Islam

    BalasPadam
  2. Mana nak dapatkan buku ni?Saya cari tak jumpa la.Kallau sesiapa jumpa tolonh call saya 0184032432

    BalasPadam
  3. Salam.. Saya nak buku ni.. Di mana nak dptkn nya

    BalasPadam
  4. assalam, ada x buku ini dalam versi english?di mana saya nak dapatkannya?


    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

FAZI FUZZY CAKES